My followers

Sunday, September 30, 2012

CARA-cara mendapat syafaat nabi...

assalamualaikum semua sahabat2..just nak kongsi ilmu sedikit buat sahabat semua...

cara-cara mendapat syafaat nabi di hari kiamat:

1. Tidak mensyirikkan Allah.

2. Berdoa selepas azan.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud "Apabila mendengar azan maka jawablah seperti muazzin. Kemudian selepas azan berdoalah memohon untukku medapat wasilah( tempat tertinggi) di akhirat kelak".

3.Banyak berselawat ke atas nabi.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku."

4. Menetap di Madinah.

"Sesiapa yang bersabar atas keperitan hidup di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."
(HR Muslim)

5. Perbykkan solat sunat.

6. Tunaikan hajat org islam.

7. Bersaudara kerana Allah.

Saturday, September 22, 2012

LELAKI DAYUS...


Bila Lelaki menjadi Dayus?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila:

1. Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.




2. Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.


3. Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.



4. Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.



5. Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘sporting’ yang memahami.



6. Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.



7. Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.



8. Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sama sekali.



9. Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.



10. Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.



11. Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.



12. Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.



13. Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.



14. Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Saturday, September 15, 2012

aku sekarang

Assalamualaikum sahabat2...lame sudah x update blog sy ni...maklumlah busy final year buat projek dan tesis ...tambahan pula sekarang sy praktikal...masa yg terluang ni nk share sikit la ape yg sy fikirkan sekarang...

hari demi hari berlalu begitu pantas meninggalkan kite...kadang2 terfikir ke mana masa muda aku dihabiskan?? adakah sekadar mengejar cita2 menuntut ilmu menggengam segulung ijazah yg belum tentu menjamin masa dpan yang baik...persoalan yg sering bermain di fikiran aku..sejak akhir2 ni ....tambahan pula status aku menjadi pelajar akan berakhir tidak lama lg..3 thun menuntut di menara gading tidak byk dpt aku pelajari utk mematangkan diri ini..adakah aku kurang menggunakan masa dengan sebaiknya atau masa aku sibuk dihabiskan dengn perkara yg sia2...mmg tidak dinafikan aku terlalu sibuk mengejar selain bidang yg aku belajar di universiti...aktif memasuki badan beruniform dan pelbagai persatuan yg lain...sehingga kdang kala aku hanyut dengan perkara tersebut...namun alhamdulillah Allah masih beri peluang utk aku sentiasa mendekatkan diri kepadaNya..walaupon sibuk menuntut ilmu...kini aku sedar semakin meningkat usia semakin byk perkara perlu aku fikirkan dan perbaiki..memasuki alam perkerjaan bukanlah sesuatu yg mudah dan agak asing bagi aku...menyambung belajar utk ke peringkat sarjana mungkin bukan pilihan sekarang..ape yg aku fikirkan adalah mencari pengalaman berkerja utk membantu keluargaku walaupon keadaan keluarga agak stabil sekarang..aku tetap bersyukur dengan ape yg aku ada sekarang.....insyallah aku ingin mencari ilmu agama yg dpt aku bawa utk bekalan di sana...kadang kala fikiran aku sering dihantui dengan dosa2 yg aku lakukan...semoga Allah mengampuni dosa aku yg lalu...jadikn diri ini lebih baik insyallah...

sekadar berkongsi cerita..assalam..

Saturday, August 4, 2012

pesanlah kepada orang perempuan...

Assalamualaikum...

hai kwn2..lama sudah sy x update blog ni..huhu..maklumlah busy sikit sejak akhir2 ni...just nak share some entry yg dikatakan penting...sebelum itu sy ingin mengucapkan selamat berpuasa Ramadhan 1433H...

jadikan entry kali ni...panduan utk kamu..

4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka

Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

1. Ayahnya


Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya


Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.


3. Abang-abangnya


Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.

4. Anak Lelakinya


Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.

Firman Allah SWT:-

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam -



Thursday, June 14, 2012

jom same2 kite doakan...

Disamping kita mengingati dan membantu rakyat Syria yang ditindas sekarang, jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar. Terbaru, mereka juga ditindas dan dibunuh oleh puak Buddha dan juga pemerintah kerana umat Islam Rohingya merupakan minoriti di sana.


Oleh yang demikian, admin menerima maklumat bahawa pihak NGO MAPIM akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat (esok). Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

MAPIM juga akan bersama komuniti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zohor. Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Sesungguhnya muslim itu bersaudara, ayuh nyatakan solidariti kita kepada mereka semua. Disamping kita doakan kejayaan rakyat Syria, jangan lupakan juga mereka di dalam doa kita semua.


https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya?ref=tck

Kami (Muslim Rohingya) hanya mempunyai 3 pilihan :

1-Kami kekal di sini dengan risiko terus dibunuh
2-Kami berlayar ke tengah lautan dengan risiko lemas
3-Kami menjadi pelarian jika diterima negara berkenaan

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membela mereka?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...