My followers

Thursday, June 14, 2012

jom same2 kite doakan...

Disamping kita mengingati dan membantu rakyat Syria yang ditindas sekarang, jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar. Terbaru, mereka juga ditindas dan dibunuh oleh puak Buddha dan juga pemerintah kerana umat Islam Rohingya merupakan minoriti di sana.


Oleh yang demikian, admin menerima maklumat bahawa pihak NGO MAPIM akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat (esok). Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

MAPIM juga akan bersama komuniti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zohor. Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Sesungguhnya muslim itu bersaudara, ayuh nyatakan solidariti kita kepada mereka semua. Disamping kita doakan kejayaan rakyat Syria, jangan lupakan juga mereka di dalam doa kita semua.


https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya?ref=tck

Kami (Muslim Rohingya) hanya mempunyai 3 pilihan :

1-Kami kekal di sini dengan risiko terus dibunuh
2-Kami berlayar ke tengah lautan dengan risiko lemas
3-Kami menjadi pelarian jika diterima negara berkenaan

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membela mereka?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...