My followers

Tuesday, May 31, 2011

12 barisan manusia bangkit dari kubur..

Manusia Bangkit Dari Kubur Dalam 12 Barisan:

Suatu ketika, Muaz bin Jabal r. a menghadap Rasullullah s. a. w dan bertanya: "Wahai Rsullullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s. a. w: "Pada sangkakala ditiup, maka kamu sekalian datamg berbaris-baris" -(Surah an-Naba':18)

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis hingga basah pakaiannya. Lalu Baginda menjawab:

"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri.... Maka dinyatakan apakah 12 barisan berkenanaan iaitu:

BARISAN PERTAMA Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka itu adalah orang-orang yang ketika hidupnya menyakiti hati jirannya, maka in balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah yang maha pengasih: "Mereka itu adalah orang yang ketika hidupnya meringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembalinya adalah neraka..."

BARISAN KETIGA Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Meraka ini adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEEMPAT Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka ini adalah orang yang berdusta didalam jual beli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka.."

BARISAN KELIMA Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s. a. w menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Masyar. "Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s. a. w, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KETUJUH Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. "Meraka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembalu mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik degan kepala kebawah dan kaki keatas. " Meraka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN Diiringi dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara haram, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS Diiringi dari kubur mereka dengan berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai kedada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai keperut dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka, datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal soleh dan banyak berbuat baik. Meraka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah yang maha pengasih..."

Monday, May 30, 2011

hari belia negara..

assalam...entry kali nie nak cter ckit pasal program hari belia negara yg diadakan pada 27-29 mei yg lepas...kt putrajaya...ak masuk cabaran rakanmuda IPT...mmg bestla aktiviti yg dijalankan sepanjang hari belia tersebut..pelbagai aktiviti menarik dan gerai2 jualan dari pelbagai agensi kerajaan dan agensi swasta yg lain...ak masuk pertandingan bola tampar dan eksplorasi yg dijalankan dibawah cabaran  rakan muda IPT....kire ak mewakili ukmla nie...then program berlangsung dengan lancar... walaupon ak x pandai main sgt bola tampar tp alhamdulillah berjaya meraih tempat ke-3 dlm pertandingan tersebut...utk eksplorasi berjaya meraih tempat ke-6 ....hadiah utk tempat ke-3 ialah rm600  dan hamper serta sijil...walaupon penat tp enjoy la program 2...dpt gak jumpa kwn2 sek. dulu...mcm2 pertandingan dan acara yg diadakan sepanjang 3 hari program berlangsung...ak berkampung di UPM...sebagai tempat penginapan kami...selain itu, dpat gak bertemu kwn2 baru dri IPTA dan IPTS yg lain...rase itu sahaja utk kali nie...wsalam...=)



maklum balas tentang kehalalan secret recipe...

Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut :


Erti lelaki sejati...

ASSALAMUALAIKUM...nak berkongsi sedikit pasal artikel ini...sekadar perkongsian..

Lelaki Sejati bukan dilihat dari hasil yang ia capai sahaja, tetapi dari besarnya pengorbanan untuk mencapai tujuan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kecerdasan isi otaknya sahaja, tetapi dari kesanggupan berkongsi ilmu yang ia punya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar sahaja, tetapi dari kasih sayangnya pada orang di sekitarnya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang sahaja, tetapi dari kelembutannya mengatakan suatu kebenaran.
Lelaki Sejati bukan dilihat dari besarnya musuh yang dilawannya, tetapi dari ia menjadikan Syaitan dan para pengikutnya sebagai musuh yang nyata.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya sahaja, tetapi dari sikap bersahabatnya pada pada setiap makhluk Tuhan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati oleh kawannya sahaja, tetapi bagaimana dia juga dihormati oleh lawannya.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan sahaja, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang sahaja, tetapi dari hati yang ada dibalik itu.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari banyaknya Wanita yang memujanya, tetapi komitmennya terhadap Wanita yang dicintai.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari jumlah cabaran yang dibebankan sahaja, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan.
Lelaki Sejati bukanlah dilihat dari indahnya membaca Al-Quran sahaja, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.
Lelaki Sejati bukan pintarnya melafazkan sebuah janji suci, melainkan bukti yang pasti.
Lelaki Sejati adalah yang benar-benar Lelaki!

Wednesday, May 25, 2011

komuter cinta..


Hentian komuter Serdang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, masing-masing mempunyai arah tujuan malah aku juga tidak terlepas dalam kesesakan itu. Macam-macam ragam dapat dilihat. Ada yang rancak berborak, ada yang berfikir bersendirian, ada yang berani mati menghisap rokok dan ada juga pasangan kekasih yang berdua-duaan.
Riuh rendah makin kedengaran apabila pengumuman tentang kelewatan komuter. Ramai yang merungut, yang masam mencuka, dapat dilihat pada wajah mereka. Aku tersenyum sendirian dengan melihat reaksi mereka. Nampaknya lama lagi untuk aku menunggu di sini, ini kerana komuter masih berada di stesen Nilai. Aku memerhati dan berfikir sendirian sementara menunggu saat komuter tiba. Melihat gelagat anak muda yang berkasih terutamanya kaum Melayu membuatkan aku takut dan sedih. Aku mohon dijauhkan dari berkelakuan tidak sepatutnya.
Fikiranku mula memikirkan tentang pengangkutan awam yang popular ini. Entah kenapa itu yang terlintas untuk difikirkan. Padaku kita sendiri yang memilih destinasi arah tuju mengikut tujuan masing-masing. Landasan yang lurus itu memudahkan komuter itu bergerak dengan lancar. Aku cuba mengaitkan komuter ini dengan perjalanan hidupku. Aku memilih Allah S.W.T sebagai Tuhan yang layak disembah. Maka ini merupakan destinasi utamaku dan landasan itu merupakan arah dan panduan yang perlu aku lalui dalam mencapai destinasiku.
Bagaimana pula jika aku ingin mengaitkan komuter ini dengan sebuah CINTA? Realitinya untuk sampai ke KL Sentral, kita akan melalui beberapa hentian komuter yang terdapat sepanjang perjalanan itu. Pelbagai karenah dan cabaran yang akan dilalui untuk sampai. Cabaran yang aku maksudkan ialah berasak-asak dengan orang ramai untuk mendapatkan tempat dan bermacam ragam yang tidak diduga.
Jika aku cinta pada Pemilik Cinta Yang Maha Agung, aku perlu untuk meletakkan ALLAH sebagai destinasiku, dan dalam perjalanan untuk aku sampai ke destinasiku tanpa aku sedari cinta dan kasih sayang disekelilingku turut sama serta dalam mengejar cintaNYA. Itulah sebuah kekuatan cinta yang hakiki. Walaupun kita mengharapkan komuter itu berada dilandasan yang betul, tapi siapa akan menduga jika ia tersasar dari landasan itu.
Begitulah kehidupan kita, yang sentiasa mengharapkan petunjuk dan pengharapan pada Yang Maha Esa untuk menetapkan kita pada jalan yang lurus. Kadangkala ada yang tersasar dari landasan kehidupan agama sebenar, tetapi bukanlah berputus asa menjadi jalan terakhir. Seperti firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
"....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". (Yusuf:87)
Jika kita terus berputus asa dalam menuju destinasi yang menjanjikan cinta yang kekal abadi. Jika akan hilang arah tuju dan membuatkan kita terjerumus dalam kesesatan yang amat merugikan. Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
Ibrahim berkata,"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat." (ai-Hijr:56)
Alangkah bahagianya jika dapat merasai cinta dari pemilik cinta yang kekal abadi. Tapi letakkanlah destinasi untuk memiliki cinta itu sebagai destinasi utama dalam perjalanan kehidupan. Disebalik cinta komuter ini membuatkan aku merasakan ia saling berkaitan, Allah menjadikan manusia dengan kelebihan akal untuk berfikir.
Jangan jadikan harta yang berharga itu tiada nilanya. Fikiranku terganggu sedikit dek kerana orang ramai sudah mula bangun untuk bersedia menyambut ketibaan komuter cinta. Aku tersenyum melihat komuter cintaku yang semakin hampir. Aku akan teruskan destinasiku untuk mencapai cintaNYA... terima kasih komuter cinta...

karya seni tampak..

assalamualaikum...


lama dah x update blog nie...kali ni saya nak citer pasal kelas seni tampak yg saya amek..mcm2  yg saya belajar mengenai seni tampak nie...actually kursus nie dy ajar mcm mana nak kritik sesuatu lukisan 2...dari segi seni dan unsur2 seni yg terdapat pada sesuatu lukisan...walaupon sy x minat seni..tapi dpt gak pengalaman belajar mengkritik sesuatu lukisan dan juga dpt tahu sedikit sebanyak mengenai elemen2 seni dan nilai2 estetika yg ditonjolkan oleh seseorang pelukis...cuba try search seorang pelukis nie..nama dy Abdul Latif Maulan...mmg terbaik lukisan dy...beliau byk melukis dalam bentuk 'realism' yang mana objek dlm lukisan atau figura yg dihasilkan berbentuk seakan2 real...mmg cantik ....selain itu unsur2 seni seperti garisan,bentuk dan rupa amat menarik...ini adalah antara karya beliau...






mmg menarik dan cantik kan karya beliau...setiap lukisan boleh dinilai dari segi 4 aspek utama iaitu deskripsi,analisa,interpretasi dan petimbangan....rasa itu sahaja utk kali ini...=)

Monday, May 23, 2011

disebalik logo MU..


Terfikir penulis baru-baru ini berkenaan baju-baju atau jersey pasukan bola sepak yang menggunakan symbol syaitan sebagai logonya, khususnya Manchester United. Apakah boleh kita memakainya? Adakah hukumnya harus, makruh ataupun haram?
Ini kerana jersey ini merupakan pakaian yang amat popular masakini, hatta kebanyakan dari muda-mudi sekarang memakainya ketika solat, hatta mengimami solat, khasnya di pusat membeli-belah. Setelah memikirkannya dengan mendalam, ingin penulis kongsikan pandangan penulis di sini InsyaAllah.
Allah swt bersabda di dalam surah Yasin yang sekian kali dibacakan di kalangan masyarakat kita, "Bukankah aku telah mematerikan (menjanji, amaran keras) kepada kamu, wahai anak-anak Adam, bahawa janganlah kamu sesekali menyembah syaitan? Sesungguhnya dia bagi kamu adalah musuh yang nyata. Akan tetapi sembahlah Aku, inilah jalan yang lurus".
Perkataan 'menyembah' di dalam ayat ini, ditafsirkan oleh para ulama' sebagai 'mengikuti sunnah atau jalan, cara hidup, godaan dan bisikan syaitan', iaitu dengan kata lain, bukan hanya menyembah sujud kepadanya. Jelas sekali, tiada apa-apa daripada syaitan yang kita dibolehkan mengambil contoh atau melibatkan diri di dalamnya.
Tambahan pula, berapa banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran yang menganjur dan menyuruh Muslim untuk sentiasa menyangkutkan hati dan fikirannya kepada Allah setiap masa. Antaranya firman Allah swt, "Ingatlah bahawa dengan mengingati Allah, hati akan tenang". Memakai logo atau symbol-simbol syaitan, nyata-nyata bercanggah dengan ayat ini.
Oleh kerana itu, tanpa ragu-ragu lagi, pada pandangan penulis, adalah haram bagi mana-mana Muslim, untuk memakai logo, simbol, atau apa-apa sahaja yang mengingatkan seorang Muslim kepada Syaitan atau anak cucunya, sebagaimana Rasulullah saw mengharamkan kita memakai apa-apa simbol yang mengingatkan kita kepada agama lain.
Di dalam hadis Sahih Bukhari, Rasulullah saw pernah menegur sahabat baginda saw yang baru memasuki Islam, iaitu 'Adiy ibnu Hatim. Beliau memakai simbol palang di leher beliau, lalu baginda saw memerintahkan beliau agar membuang palang tersebut, kerana itu mengingatkan baginda saw kepada agama Kristian.

Bagaimana agaknya andai baginda saw masih lagi hidup sekarang, adakah baginda saw akan membiarkan kita memakai baju yang ada logo syaitan padanya?
Ini sememangnya perkara yang perlu kita jauhi, terutama ketika hendak menunaikan solat. Bukankah Allah swt berfirman, "Dan dirikanlah solat untuk mengingatiku". Kita berdiri di atas sejadah dengan niat solat, dan di dada kita terletak gambaran syaitan?
Penulis mengharapkan agar umat Muslim masakini sedar bahawa perkara sebegini bukan satu senda gurau, tetapi ia adalah hal yang perlu diambil serius. Dalam masa yang sama, penulis memandang tiada salahnya jika meminati sekian pasukan bola sepak, cuma sahaja simbol yang mereka gunakan perlulah kita kaji dengan teliti dahulu, adakah ianya bersesuaian dengan aqidah kita umat Muhammad saw, atau sebaliknya.

Thursday, May 19, 2011

luasnya neraka..

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

maka ditanya oleh nabi s.a.w.: 'Mengapa aku melihat kau berubah muka?'

Jawabnya: 'Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya.'

Lalu nabi s.a.w. bersabda: 'Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.'

Jawabnya: 'Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.

Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.'

Nabi s.a.w. bertanya: 'Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?'

Jawabnya: 'Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: 'Siapakah penduduk masing-masing pintu?'

Jawab Jibrail: 'Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,

Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,

Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s..a.w. sehingga ditanya: 'Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?'

Jawabnya: 'Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat.'

Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan

sesudah sadar nabi saw bersabda: 'Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?'

Jawabnya: 'Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu.'

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. 

Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat 

Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A,

Rasulullah S.A.W bersabda:' Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Wednesday, May 18, 2011

cinta seorang pemuda..


Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masanya di perpustakaan pada waktu lapang. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia telah terjumpa sebuah novel yang ada tertulis pada kulit novel itu nama dan alamat seorang gadis di salah satu muka suratnya. Tertulis di situ : "Catrina, ikhlas dan perlukan sahabat."
Tergerak hati jejaka untuk mengutus surat kepada si gadis misteri itu. Setelah pulang ke rumah, jejaka itu menulis surat untuk memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian si jejaka mendapat balasan daripada gadis tersebut bahawa dia juga bersetuju untuk berkawan dengan si jejaka.
Hari betukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada perasaan sayang. Namun begitu mereka masih belum pernah bersua muka. Si jejaka ingin sekali bertemu si gadis misteri dan begitu juga dengan si gadis. Walaupun kedua-keduanya masih belum melihat rupa masing-masing, tetapi perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Pada suatu hari, si jejaka dipanggil oleh bala tentera untuk pergi ke medan perang. Si jejaka merasa amat susah hati kerana dia bimbang sekiranya dia mungkin tidak dapat berjumpa dengan si gadis kesayangannya. Maka diutuskannya sepucuk surat berbunyi, "kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berjumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar berwarna merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkanlah aku membawamu untuk makan malam dan bertemu orang tuaku."
Maka pergi lah jejaka ke medan perang dengan tenang setelah mengutuskan surat itu...
Beberapa bulan kemudian...
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi yang dijanjikan sambil memegang sekuntum bunga mawar merah di tangannya. Diperhatikannya seorang demi seorang gadis yang berada di stesen keretapi itu sekiranya ada yang turut memegang bunga mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, si jejaka ternampak seorang gadis yang agak berisi, sedikit hitam dan berjerawat mukanya duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah. Si jejaka sangat terkejut melihat keadaan fizikal dan wajah gadis pujaannya selama ini amat berbeza dari imaginasinya, namun dia memberanikan diri menghampiri gadis tersebut.
"Catrina?"
Gadis itu melihat ke arah si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka terus menghulurkan bunga mawar kepada si gadis dan berkata, "aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaanku untuk makan malam bersama kedua ibu bapaku. Orang tuaku tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu denganmu," kata jejaka itu.
Si gadis itu tersenyum lagi dan berkata, "Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku sebentar tadi. Dia memintaku memberitahu kamu bahawa dia sedang menunggu kamu di restoran di hadapan stesen ini sekiranya kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu."

Tuesday, May 17, 2011

hari belia negara 2011...

assalamualaikum...

new post nie nak share ckit info pasal hari belia negara yg akan diadakan pada 27-29Mei nie....ak masuk cabaran rakan muda hari belia 2...nak share pasal aktiviti g dijalankan sepanjang hari belia tersebut...ak join cabaran nie under rakan muda ukm....x sabar nak join...hehe...

nie poster hari belia 2..



sedikit jadual dan aktviti yg dijalankan...




 

untuk maklumat lanjutan boleh lyari laman web http://www.haribelianegara.org.my

filem2 terbaik 2011...

movie2 terbaik sepanjang 2011 nie....i like all this movies....=)


karak..



fast furios 5..



kongsi..



pirates the carribean,..



transformer 3..


nur kasih the movie..

--->antara filem2 terbaik sepanjang 2011...semua akan ditayangkan x lame lg...yg ak dah tgk fast furios 5 jer..haha...mmg terbaikla .. i  like it...=)

Sunday, May 15, 2011

untkmu wahai guru..


assalamualaikum,
Buat guruku, aku sertakan juga buat para guru yang menjadi pejuang ilmu biar di mana pun kalian berada. Aku menukilkan kata ini hanyalah untuk berterima kasih, atas segala keringat yang kalian bazirkan hanya untuk membuatkan aku kenal apa itu alif, ba, dan ta. Juga kerana keringnya tekakmu akibat menjerit namaku yang sering menyelinap keluar apabila tiba giliran membaca sajak.
Aku selalu terkenang akan kebodohanku yang tidak mampu mengingati 1 + 1. Betapa lembapnya otakku berputar saat itu. Terima kasih kerana membuka empangan akalku dengan memulas telingaku yang berdaki ini. Masihkah kau ingat, bila aku dan rakan-rakan ditangkap mencuri buah rambai di belakang sekolah? Berbirat punggung kami kau hadiahkan pangkat dari rotan panjangmu. Lalu kami panjangkan permusuhan antara kita dengan letupan mercun di belakang rumahmu. Sekalipun begitu kami berdendam, kesakitan ini juga yang memperkenalkan kami baik buruk kehidupan. Aku amat menyedarinya.
Namun, aku jadi hairan melihat kesabaranmu. Biarpun pening kepalamu mengajar kami yang dungu ibarat makhluk asing yang baru berjumpa tulisan, kau masih tersenyum. Mengenangkan itu, aku jadi kaget untuk terus-terusan mengembangkan nakalku. Lalu kau ku jadikan teman, di kala aku mendambakan haluan. Baru aku sedar selama ini, betapa berat pundakmu menanggung amanah yang diserahkan. Kau ku lihat terus tabah dalam memanusiakan anak-anakmu ini.
Di saat ini, aku kadang-kadang tertawa sendiri terkenang akan ketidakfahamanku akan tanggungjawabmu. Kau ajarkan tentang tingginya nilai ilmu padaku di saat yang lain masih lagi leka dengan senapang kayu. Sungguh aku tidak menyangka, kini aku bahagia mendampingi ilmu walaupun dulu buku bagiku ibarat ubat tidur yang cukup mengancam!.
Mengapa begini?
Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal? (al- Baqarah: 44)
Hari ini aku terasa begitu sukar untuk ku temui seorang guru, sepertimu. Meskipun namanya juga guru, cikgu, ustaz dan teacher, tapi hatinya bukan pada ilmu. Tahun-tahun yang berlalu mengubah jernih suci nurani mereka pada lembaran dan kilauan ringgit Malaysia. Aku terpana melihat kebanyakan pendidik yang dikenal hari ini semakin lupa tanggungjawab, juga tidak lagi terhibur dengan keletah anak-anak comel yang tersasul mengeja kata-kata. Berlainan denganmu, bukan juga seperti kalian yang sanggup mengayuh basikal dalam embun malam semata-mata untuk membebaskan 'sang katak' ini dari tempurung kecil yang gelap, pekat dan hamis dengan kebodohan.

>selamat hari guru sy ucapkan kpd semua guru yg telah mendidik sy terutama kepada cikgu sek. rendah sk seri bandan ,cikgu sek. menengah smk dato bentara luar,dan sm sains muar ,ustaz dan ustazah sek.agama ayer hitam dan kenangan dato onn serta seri bandan..x lupa kepada lecturer matrik melaka dan ukm...dan kepada semua yg bergelar guru ...jasamu tidak akan sy lupakan..insyallah...selamat hari guru!!

Tuesday, May 10, 2011

saya sayang mak..

    lama x coret2 kt blog nie....sebab selalu amek artikel jer...nie nk cter ckit pasal ape ek?? jeng2...semua org sibuk cter pasal hari ibu..ak nak gak cter pasal ibu ak nie...sempena hari ibu nie kan,,,kat umah ak x panggil ibu tp panggil mak jer,,,haha,,,tp same jer kan...emm nama mak puan musarapah binti musa dilahirkan dibatu pahat johor pada tahun 1957...seorang yg penyanyang dan peramah...mmg best dpt mak..huhu...abes semua dy nak cter...peramah abes,,,dikurniakan 3 org anak termasuk ak...huhu...actually 4 tp satu meninggal semasa dilahirkan..sedih2..tp yg pergi tetap pergi...sy nak ckp yg saya syg mak...mintak maaf ea mak kalo ad menyakitkan hati mak sepanjang sy hidup..terima kasih kerana melahirkan saya dan membesrkan sy...kasihmu membawa ke syurga...x dpt ak balas dengan wang ringgit dan apepon...sy berjanji jd anak yg baik dan soleh ...kepada mak moga dipanjangkan umur oleh Allah...sy doakan mak bahagia dan sihat sentiasa...akhir kata sy syg mak!! selamat hari ibu ea mak!!<3
nie pic mak dan ak...

Monday, May 9, 2011

komuter cinta..


cinta sejati adalah cinta yang membawa ke syurga bukan hanya setakat kebahagian didunia saja....fikirkanlah...



alt


Hentian komuter Serdang sentiasa dipenuhi oleh orang ramai, masing-masing mempunyai arah tujuan malah aku juga tidak terlepas dalam kesesakan itu. Macam-macam ragam dapat dilihat. Ada yang rancak berborak, ada yang berfikir bersendirian, ada yang berani mati menghisap rokok dan ada juga pasangan kekasih yang berdua-duaan.
Riuh rendah makin kedengaran apabila pengumuman tentang kelewatan komuter. Ramai yang merungut, yang masam mencuka, dapat dilihat pada wajah mereka. Aku tersenyum sendirian dengan melihat reaksi mereka. Nampaknya lama lagi untuk aku menunggu di sini, ini kerana komuter masih berada di stesen Nilai. Aku memerhati dan berfikir sendirian sementara menunggu saat komuter tiba. Melihat gelagat anak muda yang berkasih terutamanya kaum Melayu membuatkan aku takut dan sedih. Aku mohon dijauhkan dari berkelakuan tidak sepatutnya.
Fikiranku mula memikirkan tentang pengangkutan awam yang popular ini. Entah kenapa itu yang terlintas untuk difikirkan. Padaku kita sendiri yang memilih destinasi arah tuju mengikut tujuan masing-masing. Landasan yang lurus itu memudahkan komuter itu bergerak dengan lancar. Aku cuba mengaitkan komuter ini dengan perjalanan hidupku. Aku memilih Allah S.W.T sebagai Tuhan yang layak disembah. Maka ini merupakan destinasi utamaku dan landasan itu merupakan arah dan panduan yang perlu aku lalui dalam mencapai destinasiku.
Bagaimana pula jika aku ingin mengaitkan komuter ini dengan sebuah CINTA? Realitinya untuk sampai ke KL Sentral, kita akan melalui beberapa hentian komuter yang terdapat sepanjang perjalanan itu. Pelbagai karenah dan cabaran yang akan dilalui untuk sampai. Cabaran yang aku maksudkan ialah berasak-asak dengan orang ramai untuk mendapatkan tempat dan bermacam ragam yang tidak diduga.
Jika aku cinta pada Pemilik Cinta Yang Maha Agung, aku perlu untuk meletakkan ALLAH sebagai destinasiku, dan dalam perjalanan untuk aku sampai ke destinasiku tanpa aku sedari cinta dan kasih sayang disekelilingku turut sama serta dalam mengejar cintaNYA. Itulah sebuah kekuatan cinta yang hakiki. Walaupun kita mengharapkan komuter itu berada dilandasan yang betul, tapi siapa akan menduga jika ia tersasar dari landasan itu.
Begitulah kehidupan kita, yang sentiasa mengharapkan petunjuk dan pengharapan pada Yang Maha Esa untuk menetapkan kita pada jalan yang lurus. Kadangkala ada yang tersasar dari landasan kehidupan agama sebenar, tetapi bukanlah berputus asa menjadi jalan terakhir. Seperti firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
"....dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir". (Yusuf:87)
Jika kita terus berputus asa dalam menuju destinasi yang menjanjikan cinta yang kekal abadi. Jika akan hilang arah tuju dan membuatkan kita terjerumus dalam kesesatan yang amat merugikan. Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:
Ibrahim berkata,"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhannya, kecuali orang-orang yang sesat." (ai-Hijr:56)
Alangkah bahagianya jika dapat merasai cinta dari pemilik cinta yang kekal abadi. Tapi letakkanlah destinasi untuk memiliki cinta itu sebagai destinasi utama dalam perjalanan kehidupan. Disebalik cinta komuter ini membuatkan aku merasakan ia saling berkaitan, Allah menjadikan manusia dengan kelebihan akal untuk berfikir.
Jangan jadikan harta yang berharga itu tiada nilanya. Fikiranku terganggu sedikit dek kerana orang ramai sudah mula bangun untuk bersedia menyambut ketibaan komuter cinta. Aku tersenyum melihat komuter cintaku yang semakin hampir. Aku akan teruskan destinasiku untuk mencapai cintaNYA... terima kasih komuter cinta...


Friday, May 6, 2011

erti syukur


Ya Allah..Alhamdulillah, aku seorang Muslim
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup sekarang
altYa Allah..Alhamdulillah, aku dapat bernafas sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sihat sekarang
Ya Allah..Alhamdulillah, aku sempurna fizikal
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada rumah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada ibu dan bapa
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat makan
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat minum
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat pakaian
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada kerja
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat bersekolah
Ya Allah..Alhamdulillah, aku hidup dalam keadaan aman
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat berhibur (cara yang terbatas)
Ya Allah..Alhamdulillah, aku ada sahabat
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat tidur dengan nyenyak
Ya Allah..Alhamdulillah, aku dapat menikmati udara segar
Ya Allah..Alhamdulillah
Ya Allah..Alhamdulillah!
Fikirkan, ramai manusia yang mengakui dia Islam, tetapi, adakah dia sudah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang Islam? Adakah hidupnya mengikut cara Islam? Solat 5 waktu? Puasa? Baca Al-Quran? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sedang bernafas sekarang, adakah kita gunakan hayat kita dengan sebaiknya? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita sihat, tanpa penyakit buat masa sekarang, adakah kita gunakan masa sihat kita dengan sebaiknya? Dan adakah kita marah atau mengeluh dengan Allah jika kita ada penyakit? Ingat, penyakit merupakan tanda kasih Allah supaya kita ingat pada-Nya..SubhanAllah.. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita ada rumah, makanan, minuman,pakaian dan pelbagai nikmat dari segi harta.. adakah kita makan dan minum, kita mulakan dengan Bismillah? Adakah kita menutup aurat ketika berpakaian dan kerana Allah Ta'ala? Adakah kita berhias mengikut cara Islam? Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini?
Fikirkan, kita dapat berhibur (melalui cara terbatas), tetapi kadang-kadang kita terlupa, terlebih berhibur, lalai dan leka..
Fikirkan, kita hidup di Malaysia.. negara yang aman daripada peperangan (tidak termasuk perang politik). Kita dapat tidur dengan nyenyak, tiada bunyi bom, pistol dan segala jenis senjata. Tidak seperti di Iraq, Bosnia dan sebagainya. Adakah kita bersyukur dengan nikmat ini? Seperti dalam Surah Ar-Rahman..Allah menekankan ayat ini sebanyak 31 kali.
"Maka nikmat Tuhan kamu yang mana satukah yang kamu dustakan?" (Surah Ar-Rahman)
Kerana manusia itu mudah lupa, lalai dan leka dengan nikmat Allah yang terlalu banyak ini sehingga tidak terkira. Kadang-kadang kita lupa nak ucapkan:
"Terima kasih ya Allah! Terima Kasih! Alhamdulillah, nikmat yang Engkau berikan kepada ku amat banyak! Syukran ya Allah!"
Kadang-kadang kita lupa nak berterima kasih kepada Allah dengan cara beribadah kepada-Nya..kita lupa...lalai..
Kadang-kadang kita terlalu banyak merungut, "Kenapa aku tak dapat yang ini? Kenapa Allah kasi aku yang ini?!"
Tetapi kita tidak sedar, kita tak tanamkan dalam diri bahawa Allah itu Maha Mengetahui. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.. Kadang-kadang kita tidak sedar, Allah hanya meminjamkan kekayaan Dia kepada kita, tetapi kita? Dengan kekayaan itulah kita gunakan untuk menentang Tuhan Yang menciptakan alam ini.. Na'uzubillah..
Sahabat-sahabat sekalian, marilah kita muhasabah diri masing-masing..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...