My followers

Saturday, May 19, 2012

ape itu zuhud??


assalamualaikum...entri kali nie nak citer pasal zuhud...


apakah makna zuhud ?? zuhud ialah satu perasaan di mana mereka meletakkan akhirat melebihi dunia dalam hati dan urusan mereka semasa di dunia. berikut adalah ciri-ciri orang yg zuhud:


Apabila kamu melihat seorang hamba dan dianugerahkan kepadanya diam dan zuhud di dunia, maka dekatlah kepadanya. Sesungguhnya ia akan mengajarkan ilmu hikmah."


(Ibnu Majah)


Zuhud ialah sifat yang menggerakkan seseorang meninggalkan perkara yang haram dan yang syubhah, mengelakkan diri dari bersedap-sedap dengan syahwah yang harus (contoh: makanan, perhiasan, seks dll secara berlebihan). Maka setiap orang yang zuhud itu warak, dan bukan setiap orang yang warak itu zuhud. Warak lebih umum daripada zuhud.”

1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.
3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.
4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.
5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).

( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus
M / S 274 - 276 )



beza org yang ad dunia dalam hati mereka dengan org yg fikir akhirat tetapi tidak lupa kepada dunia kerana nilai iman di hati mereka dan takut akan azab Allah di akhirat...sifat zuhud ini semakin berkurangan dalam hati umatt islam hari ini kerana mereka lebih terpengaruh dengan kehdupan dunia berbanding akhirat...


Oleh itu sebagai umat islam kite seharusnya memperbykkan amal ibadah dalam meningkatkan kehidupan dunia dan akhirat keranan Allah akan meringankan urusan dunia jika mereka fikir bekalan untuk hari akhirat..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...