My followers

Monday, May 28, 2012

pesanan Nabi kepada Abu Darda'

assalam sahabat2...entri kali ni sy nak kongsikan sedikit mengenai pesanan Rasulullah kepada Abu Darda' yang merupakan sahabat nabi:

"janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu,walaupon engkau dibakar dan dipotong."

"janganlah sekali-kali engkau meninggalkan solat wajib 5 waktu dengan sengaja kerana barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja akan lepas daripada jaminan Allah".

"jangan sekali-kali engkau minum arak,sesungguhnya arak itu adalah kunci kejahatan."

"Taatlah kepada kedua ibu bapa,seandainya keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya".

"jangan engkau bertentangan dengan pemimpin walaupon memandang engkau lebih daripadanya".

"jangan engkau lari dari medan perang walaupon kawan engkau lari."

"infakkan hartamu kepada keluargamu".

"janganlah engkau membuang rotan daripada keluargamu kerana sayang hendak memukulnya.Pukullah kerana mendidik, bukan kerana mendera."

"berilah amaran kepada mereka supaya takutkan Allah."

(hadis riwayat Bukhari,Ahmad,Ibnu Majah,Thabrani)


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...