My followers

Friday, January 18, 2013

SEDIKIT CORETAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Assalamualaikum...

lama sudah aku tak update blog ni...tetibe rase nak update tentang beberapa isu yang penting kite kne fikirkan dalam menjadikan diri kite lebih baik....

hari ni aku ingin membuat sedikit coretan mengenai pemilihan bakal pemimpin negara pada masa hadapan...
tadi ada mendgr ceramah agama mengenai beberapa isu terutama mengenai pemimpin di malaysia...di malaysia terdpt beberapa parti politik dan pemimpin yang berbeza daripada segi kepimpinan mereka dan perjuangan yang mereka bawa...saya melihat kepada kedua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang...saya tidakla mengkaji secara mendalam tentang isu politik di malaysia kerana bukan minat saya..tetapi keadaan mendesak supaya kite mengambil tahu hal ini ....berbalik kepada ceramah ustaz tadi saya memikirkan kepada golongan ilmuan dan ulama..mereka berpegang teguh kepada agama Islam...saya kagum bukan kerana pitis atau duit yang mereka dambakan tetapi mereka jujur dan amanah dalam menyampaikan ilmu yang mereka miliki...sebak memikirkan bagaimana golongan ulamak seperti Tuan guru Nik Aziz sanggup tidak mahu menggunakan duit rakyat utk kepentingan peribadi...menurut cerita ustaz td...

lagi menurut ustaz  benar mereka takut kepimpinan mereka di soal di akhirat kelak...saya tertarik dengan petikan yang saya peroleh daripada salah sebuah page di facebook mengenai takut dengan beban amanah yang mereka tanggung:

Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya:“Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144)

keimanan dan ketakwaan yang jitu kepada Allah menyebakan seseorang pemimpin takut mereka akan di soal atas kepimpinan mereka...bagaiman kepimpinan kite pada hari ini..adakah mereka mentadbir negara atas landasan iman dan Islam atau mereka memutar belitkan fakta untuk menjaga kepentingan masing2?

sekadar coretan untuk membuatkan kite berfikir sejenak....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...