My followers

Thursday, January 24, 2013

nasihat untuk semua...

assalamualaikum....petikan nasihat daripada Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man...




Wahai anakku,
Janganlah kamu memandang besar perkara yang remeh temeh, lalu semuanya kamu masukkan dalam kepalamu, kerana itu akan menyusahkan otakmu. Dan jangan pula kamu meremehkan perkara yang besar, kerana perkara besar dan utama akan mempengaruhi seluruh kehidupanmu.

Wahai anakku,
Sebahagian manusia menjadi tidak ketentuan dalam kehidupan dan membuat keputusan bilamana ia gagal membezakan mana perkara yang utama dan mana pula perkara sampingan. Sebahagian yang kamu hadapi boleh berlalu dengan sedikit masa, manakala sebahagiannya akan hilang bila kamu berhadapan dengan isu yang lebih utama.

Wahai anakku,
Orang yang berjiwa besar tidak akan tenggelam dengan perkara remeh temeh, kerana ia sentiasa melihat perkara yang utama dalam kehidupan, manakala manusia yang gagal bilamana ia terlalu banyak memikirkan benda yang remeh temeh, sebingga tiada masa membawa gagasan yang besar.

Wahai anakku,
Jadilah kamu seorang yang tenang dalam kehidupan, bilamana kamu tingkatkan tawakkalmu kepada Allah. Keyakinan bahawa Allah telah menetapkan apa yang berlaku sejak azali, akan menyebabkan kamu tenang dalam menempuh segala cabaran.

Wahai anakku,
Yakinilah bahawa kita mesti melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin, berusaha, ikhtiar dan doa. Selepas itu kita serah kepada Allah. Apa yang dikehendakinya berlaku akan pasti berlaku, dan buah bagi tawakal itu ialah redha dengan ketentuan Allah. Kerana itu tidak dinamakan redha seandainya ia terlalu kecewa apa yang diingininya tidak tercapai, atau ia terlalu bangga dengan diri sendiri apa yang diperolehinya, seolah- olah dialah menentu nasibnya.

Senyumlah dengan penuh keyakinan diri...........


sumber daripada page sumber https://www.facebook.com/ustaztitm?fref=ts



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...