My followers

Tuesday, April 17, 2012

Sunnah nabi ketika tidur dan bercakap..

assalamuaalaikum sahabat semua...

entry kali nie nak share ckit tentang Rasulullah idola kite sepanjang zaman....


Percakapan nabi

hadith bekaitan dengan percakapan nabi Muhammad.

 "Rasulullah tidak pernah berbicara seperti anda semua yang berbicara dengan sgt jelas.Adalah cara Rasulullah berbicara dengan jelas dan satu persatu sehingga org duduk bersamanya dengan menghafal kata-katanya."

 (hadith riwayat At-Tirmizi,Ahmad,Abu Dawud dan Abu Syaikh)

Percakapan nabi jelas,tegas dan tidak terlalu cepat.Apabila bercakap nabi gemar mengualanginya sebanyak 3 kali supaya mudah difahami. 
Anas bin Malik membenarkan pernyataan di atas dengan hadis yang diriwayatkan,

"Sesungguhnya Rasulullah mengulangi perkataannya sebanyak 3 kali agar difahami oleh pendengarnya."

(hadith riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

baginda juga bercakap ketika perlu sahaja. Membuka dan menutup perbualannya dengan nama Allah. Baginda juga tidak kasar dan menghina semasa bercakap,juga tidak pernah menghina dan memuji makanan.

Cara tidur nabi

Bara bin Azib meriwayatkan bahawa,

"Bahawasanya nabi apabila hendak tidur,Baginda selalu meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan dan berdoa,"Tuhan lindungilah aku dari azabMu pada hari dibangkitkan hamba-hambaMu."

(hadith riwayat At-Tirmizi,Ahmad dan Nasa'i)

Baginda akan tidur dalam keadaan mengiring ke kanan berbentuk "tulisan" Muhammad (tangan diletakkan di bawah pipi kanan dan kaki dibengkokkan sedikit ke atas). Baginda juga tidak tidur selagi tidak membaca doa dan ayat tiga Qul kemudian menipu dan menyapu keseluruh badan.Perkara ini dilakukan 3 kali.

Terdapat banyak lagi sunnah ketika tidur seperti menyambil wuduk dan membaca Basmalah 21 kali...sama2 kite amalkan sunnah nabi..moga2 kite tergolong dalam umat nabi Muhammad..insyallah..sekian sahaja utk kali ni..assalam...




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...