My followers

Wednesday, April 4, 2012

kenali Rasulullah idola kite...

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT...

entri kali nie sy ingin berkongsi sedikit tentang idola kite sebagai seorang pengikut nabi Muhammad s.a.w.

TIADA NABI SELEPAS  NABI MUHAMMAD..

Nabi Muhammad merupakan penutup segala nabi..tiada nabi selepas beliau...sebagai mana  firman Allah dalam surah Al-Ahzab,

Maksudnya :"Tidakkah Muhammad itu bapa bagi seseorang daripada kalangan kamu akan tetapi dia adalah rasul Allah dan penutup segala para nabi.." (surah al-Ahzab ayat 40)

Nabi Muhammad bersabda dalam hadisnya bermaksud : "Aku adalah nabi yang terakhir dan tidak ada nabi selepasku..."

Hubungan nabi muhammad s.a.w dengan pada nabi yang terdahulu adalah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Baginda yang bermaksud:

         "Perumpamaan aku dengan nabi-nabi sebelumku ialah seperti seorang lelaki yang membina sebuah bangunan,kemudian dia memperelok dan mencantikkannya kecuali satu tempat batu-bata di satu sudutnya.Ketika manusia mengelilinginya,berkata cantik kalau ada batu bata di sini.Maka akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala nabi." 

hubungan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dengan nabi terdahulu adalah sama kecuali kedatangan baginda sebagai Ta'kid(penegasan) dan Tatmin(penyempurnaan).

BENTUK TUBUH RASULULLAH..

Disebutkan di dalam sebuah hadith nabi Saiyidina Ali meyifatkan Rasulullah

    "Adalah Rasulullah itu tidak terlalu tinggi,tidak juga terlalu rendah,tidak gemuk dan tidak juga terlalu kurus,rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak juga terlalu lurus,sesungguhnya rambut Rasulullah bergelombang(ikal),bentuk mukanya tidaklah terlalu bulat dan gemuk cuma ad ketulan tembam di pipi yang kemerah-merahan,anak matanya terlalu hitam dan bulu matanya melentik,dadanya berbulu hingga ke pusat,tapak tangan dan kakinya berisi,apabila dia berjalan lajunya seolah2 sedang menuruni bukit"
(hadis riwayat Al-Tirmizi)

Dipetik daripada buku Biografi Agung Rasulullah..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...