My followers

Tuesday, March 27, 2012

Panduan akhlak mulia..

Assalamualaikum sahabat2...
entry kali nie ana nak ceritakan dan huraikan serba sedikit pasal buku yg ana baca iaitu berkaitan peribadi muslim karangan MAHMOOD ZUHDI HAJI AB MAJID ...beliau merupakan tokoh maulidur rasul peringkat kebangsaan pada tahun 2010....

Dalam bab 1 dinyatakan tentang sifat akhlak mulia:

Rasulullah bersabda: "Yang paling aku kasihi daripada kalangan kamu dan paling dekat kedudukannya denganku pada hari kiamat ialah yang paling mulia akhlaknya".(riwayat  al-Tirmizi)

Al-Nawas ibn Sam'an al-Ansari meriwayatkan bahawa beliau pernah bertanya kepada Rasulullah tentang perbuatan baik dan perbuatan dosa.Lalu menjwb pertanyaan tersebut,Rasulullah s.a.w bersabda:

Maksudnya: "Perbuatan baik itu ialah berakhlak mulia,dan perbuatan dosa itu ialah apa yang kamu pendamkan(perkara yang menyebabkan kegusaran) dalam hatimu dan tidak bersedia utk dilihat orang.(Riwayat Muslim dan al-Tarmizi)


Berdasarkan keterangan hadith di atas dimana akhlak mulia merupakan perbuatan baik.. istilah akhlak mulia sering dikaitkan dengan dengan sifat takwa kepada Allah...hayatilah satu hadith nabi yang diriwayatkan oelh Abu daud yang bermaksud "daripada Abu Hurairah katanya,Rasulullah s.a.w bersabda:" Orang mukmin yang lebih sempurna imannya ialah yang paling baik akhlaknya".

Al-Imam al-Gazali dalam kitabnya IHya' Ulumiddin ,mentakrifkan akhlak sebagai satu sikap yang mendalam di dalam diri manusia..Daripadanyalah lahir bentuk sikap yang mendalam di dalam diri manusia...akhlak membentuk perbuatan baik dan buruk...akhlak bukan ilmu tetapi suatu tabiat manusia sendiri yang mencorakkan perbuatan seseorang dalam hidupnya...

sebab itu manusia sentiasa disuruh mencontohi akhlak Rasulullah...kerana beliau mempunyai peribadi mulia seperti dinyatakn dlm Al-Quran...jadikan Rasulullah sebagai "role model" dalam kehidupan kite..jadikan sunnah nabi teman dan panduan hidup kite...semoga kehidupan kite lebih diberkati Allah..insyallah...






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...