My followers

Saturday, March 17, 2012

Rasuah amalan keji...

assalamualaikum sahabat2...

ape kaba semua.??..semoga Allah memberkati hari2 kalian...dan kuharap anda semua sihat2...
sekadar ingin berkongsi pandangan mengenai perkara yg kian meruncing dinegara kite...kes rasuah...baru2 nie byk kes rasuah dilaporkan didada2 akhbar dan media eletronik...persoalan mengapa kes rasuah ini meningkat saban hari?? adakah kerana desakan duit utk mendapatkan satu kepentingan?? atau pon kerana didasarkan dengan kepentingan duniawi sehingga mengetepikan halal dan haram dalam agama?...



sedih melihat keadaan umat islam terutamanya mengambil rasuah seolah2 tiada iman dihati mereka...kebanyakkan manusia ini hanya mementingkan pangkat,harta dan lain2 sehingga mereka lupa akhirat menanti mereka dan Allah sentiasa ada melihat perbuatan buruk mereka..ini ialah persoalan iman kerana manusia yang mempunyai iman yang kukuh dan takwa iaitu perasaan takut kpd Allah tidak mungkin sanggup melakukan perbuatan rasuah..

cuba sahabat2 fikir sejenak...adakah dengan mengambil rasuah hidup kite akan selamat dan diberkati Allah.??.sekadar utk mendapatkan kepentingan dunia sedangkan perbuatan mereka tidak berkat...lebih menyedihkan gejala rasuah melibatkan pemimpin negara yang merupakan golongan atasan yang dilantik dan diberi kepercayaan menjalankan tanggungjwb mereka dengan jujur dan ikhlas..beginilah pemimpin2 islam sekarang lebih mengutamakan pangkat dan harta utk memiliki kekayaan....pemimpin yang tidak dilandaskan agama dan nilai2 islam dalam diri mereka...
same2 kite jauhi rasuah dalam kehidupan kite...tegur dan elak daripada memberi dan menerima rasuah kerana itu hanya mendtgkan murka Allah..insyallah..
marilah sahabat sama2 kite muhasabah diri kite..sejauh mana nilai iman dan takwa kite kepada Allah..sesungguhnya dunia ini hanya sementara...tidakkah engkau takut dengan azab seksaan Allah...

Perbuatan rasuah ini dikutuk oleh Allah sekerasnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam Ahmad yang bermaksud;
"Allah melaknat org yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberi jalan antara kedua-duanya".

nak tahu lebih lanjut pasal rasuah boleh lihat link nie  http://ensiklopediamuslim.blogspot.com/2010/02/rasuah.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...