My followers

Tuesday, June 22, 2010

ape itu usrah?

assalammualaikum...

"usrah? penting ke?"..(^_^)

ambo (saya) pernah diberitahu oleh seorang hamba Allah S.W.T bahawa usrah ini kalau tidak dilaksanakan pun, tak ada apa2.."ya ke?" (^_^)

macam ni wahai saudara ku sekalian..

usrah ini secara umumnya merujuk kepada keluarga..dengan usrahlah kita berasa kuat (asbab) utk berkongsi masalah, mendapat ilmu pengetahuan, mendapat pengalaman, mengenali teman-teman yang sebelum ni tidak dikenali..dan seumpamanya..insya Allah..(^_^)

"kalau tak ada usrah? cam mana?" (^_^)

kalau tak ada usrah pun, tak apa..tapi ingat, kita ibarat satu lidi jika berseorangan..dan..jika ramai (berusrah), kita ibarat lidi yang banyak kemudian di ikat bersama..

lidi satu, senang dibengkok, kan? senang dipatah, kan?

kalau lidi banyak2, kemudian diikat pula, senang ke dibengkokkan? senang ke dipatahkan? (^_^)

maka..cari jawapan ya..(^_^) insya Allah..

usrah ni tidak semestinya di masjid, atau surau..kalau jumpa di kedai makan ke, pergi jalan2 ke, usrah juga namanya..(^_^)

usrah ni tidak semestinya ramai..kalau berdua sahaja pun, dah dipanggil usrah..(^_^)

usrah ni tidak semestinya pengisiannya terlalu tinggi2 sehingga sukar difahami..kalau bertanya khabar pun, dah dipanggil usrah..(^_^)

maka..ayuhlah kita bersahabat...

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, Umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama"

maka, para sahabat baginda S.A.W bertanya yang bermaksud :

"Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud :

"Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan"

maka, sahabat baginda S.A.W bertanya lagi yang bermaksud :

"Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?"

Rasulullah S.A.W menjawab yang bermaksud :

"Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit Al-Wahn".

maka, sahabat baginda S.A.W bertanya lagi yang bermaksud :

"Apakah itu Al-Wahn?"

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"Cintakan dunia dan takut akan kematian."

(Riwayat Thauban R.A)..wallahua'lam..

sesungguhnya kita ramai...andai dibuat usrah, dan kita mengikat di antara kita dengan ukhuwah fillah, maka pada waktu itulah kemenangan milik kita..Allahuakbar!

maka..ayuh anak muda sekalian..kalian adalah pemacu kebangkitan ikatan ukhuwah fillah..insya Allah..

cintailah saudaramu, sayangilah saudaramu, insya Allah..kemenangan milik kita..

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud :

"tidak beriman seseorang itu sehinggalah dia mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri"

(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)..wallahua'lam..

jom! kita berusrah! (^_^) wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...