My followers

Thursday, December 29, 2011

hakikat seorang hamba...



Menyedari Hakikat Seorang Hamba



Apa ertinya menjadi seorang hamba? Biasanya seseorang itu dianggap rendah martabatnya apabila ditakdirkan menjadi hamba. Malah ada yang menyesal apabila dirinya dilahirkan sebagai seorang hamba. Apabila disebut istilah hamba, tersingkap difikiran golongan yang berada dikelas bawahan. Bukan mereka memilih, tetapi kerana terpaksa. Kerana ditawan dalam peperangan ataupun kerana keturunan.

Ketika zaman pemerintahan kerajaan Melayu, sistem hamba masih lagi wujud. Terdapat beberapa jenis hamba yang wujud pada zaman ini antaranya hamba istana, hamba sahaya, hamba istana, hamba abdi dan sebagainya. Istilah yang digunakan oleh orang kebiasaan yang memiliki hamba adalah “Tuan Hamba”. Ini untuk menunjukkan darjat seseorang yang lebih tinggi daripada hamba kerana menjadi tuan kepada hamba, lalu digelar Tuan Hamba. Zaman tersebut sudah berlalu. Istilah hamba dalam bentuk sistem hieraki kehidupan manusia sudah lupus sejak zaman berzaman.

Perkembangan dunia ke arah kemodenan berjaya menghapuskan sistem penghambaan. Tenaga manusia yang diperhambakan untuk melakukan kerja-kerja seharian digantikan dengan “hamba” moden yang lebih canggih. Mesin dan robot digunakan untuk memudahkan urusan kerja seharian kita. Dengan hanya menekan punat sahaja, pelbagai benda boleh dihasilkan dalam tempoh yang singkat.

Di dalam kesibukkan menguruskan “hamba-hamba” moden ini, masih ramai manusia yang lupa akan hakikat penghambaan yang sebenarnya. Sudah menjadi sunatullah sejak azali, kelahiran manusia kedunia adalah sebagai seorang hamba. Bukan hamba secara keturunan, tetapi hamba secara fitrah. Menjadi hamba kepada Allah SWT yang menciptakan kita.

Hakikat ini apabila dilupakan oleh manusia menyebabkan mereka gagal di dalam kehidupan yang sebenar ini. Tujuan manusia diciptakan adalah untuk menjadi seorang hamba dengan beribadat kepada Allah dan menjadi khalifah di atas muka bumi. Menjadi hamba untuk menyembah, menjadi khalifah untuk memerintah. Memerintah berdasarkan titah daripada pemerintah yang agung yakni Allah SWT, pemilik seluruh alam ini.

Apabila manusia dilahirkan sebagai hamba dan khalifah, kedua-dua perkara ini memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan kita diatas muka bumi ini. Perlu sepadu diantara sifat hamba dan khalifah.

Seorang tokoh yang berpengaruh, Imam Hassan Al-Banna pernah berkata:

“Jadilah kamu seorang hamba sebelum menjadi pemimpin, kerana sifat kehambaan itu akan menyampaikan kamu kepada sebaik-baik kepimpinan”

Apabila manusia menyedari bahawa dirinya adalah seorang hamba, maka segala tindak tanduknya akan berfungsi dengan baik. Inilah ketentuan fitrah yang dicampakkan oleh Allah SWT ke dalam hati manusia. Merasai hakikat seorang hamba membawa kepada kemuncak kebahagian.

Di kisahkan pada suatu hari ada seorang tentera bertemu dengan seorang lelaki tua dibawah sebatang pokok. Lalu tentera tersebut bertanya kepada lelaki tersebut.

“Adakah kamu seorang hamba?”

“Ya, saya seorang hamba”, jawab lelaki tersebut.

“Boleh saya bertanya. Di mana tempat manusia membangunkan hasil mereka?”

“Di kuburan”, lelaki itu menunjukkan arah kuburan kepada tentera tersebut.

Oleh kerana berasa dirinya dipermainkan, tentera tersebut membelasaha lelaki yang ditanya olehnya itu.

Ketika pulang ke kawasan kem, lelaki tersebut menceritakan peristiwa tersebut kepada teman-temannya. Lalu mereka bertanyakan ciri-ciri lelaki yang telah dibelasah tentera ini. Lalu dia menceritakan berkenaan ciri-ciri lelaki tersebut. Dalam keadaan yang terkejut, mereka memberitahunya lelaki yang dipukulnya itu adalah seorang wali Allah yang bernama Ibrahim Bin Adham.

Dalam keadaan yang bergetar ketakutan, tentera ini bergegas kembali pergi mencari Ibrahim Bin Adham.

Apabila ditemui kembali lelaki yang dipukulnya itu, tentera ini memohon maaf diatas perbuatan yang dilakukannya tadi. Kemudiannya dia bertanya kepada Ibrahim Bin Adham mengapa dia menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya sedemikian rupa.

“Soalan pertama engkau bertanya adakah aku seorang hamba. Aku menjawab sememangnya aku seorang hamba. Aku hamba kepada Allah”, jawab Ibrahim.

“Keduanya aku menjawab kubur. Ini kerana manusia berusaha bekerja di dunia, mereka akan membina kebahagian hasil usaha mereka dialam kuburan sana”.

Beginilah kehidupan seorang hamba. Sentiasa melihat dirinya dari kaca mata pencipta. Merasai hakikat diri sebagai sebagai seorang hamba tidak memberikan kerugian di dalam kehidupan, tetapi lebih membawa kepada keuntungan. Apabila berada dalam kesusahan, merasakan tenang jiwanya kerana masih adalah Allah yang maha kaya dalam hidupnya. Apabila berada dalam kesenangan diri sentiasa bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan.

Seperti kata-kata hukama’ “Nikmat itu ibarat binatang liar, maka tambatlah ia dengan syukur”. Sekiranya gagal diselarikan nikmat itu dengan syukur dikhuatiri membawa kepada kufur. Sehingga digelar orang sebagai kufur nikmat. Hidup di dunia dan akhirat tidak selamat.

“Diriwayatkan bahawa satu rombongan pergi mengadap Khalifah Umar b Abd Aziz, lalu bangun seorang pemuda seraya berkata kepada Khalifah Umar r.a:


“Kami bukan rombangan yang inginkan sesuatu daripada engkau, juga kami bukan rombongan yang takut kepada engkau. Adapun kami tidak perlu sesuatu daripada engkau kerana kami telah dapat merasai kelebihan pemerintah engkau. Adapun kami tidak takut kepada engkau kerana kami telah merasa aman dengan keadilan engkau. Sebenarnya kami merupakan rombongan syukur, kami datang mengadap engkau untuk mengucap syukur dengan lisan kepada engkau”.

Sifat kehambaan yang ada pada mereka membuatkan mereka bersyukur atas segala yang berlaku dalam kehidupan mereka. Mereka datang bukan kerana Umar, tetapi mereka datang kerana syukur atas ketaatan Umar kepada Sang Pencipta dalam pemerintahannya. Syukur bukan hanya sebuah retorika, tetapi ianya adalah perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan kita. Jangan bersyukur kepada manusia, tetapi syukur itu hanyalah pada Allah SWT. Kerana kita adalah hamba pencipta

Wednesday, December 28, 2011

kisah seorang pemuda...



assalamualaikum ...

just nak kongsi sedikit berkenaan dengan satu cerita yang sy dgr daripada video yang sy download daripada

kawan saya dimana seorang syeikh begitu khusyuk memberikan ceramah sehingga saya berasa hendak 

menangis apabila mendgr ceramah beliau...diceritakan pada satu ketika dimana ada seorang sahabat yang 

ingin pergi ke dua kelas ilmu yang berbeza dan diberi pilihan untuk pergi ke kelas mana yang dia suka...

seorang pemuda itu pon pergi ke salah satu kelas...apabila tibe dikelas itu,beliau sengaja berdiri dan tidak 

duduk...kemudian syeikh yang bg ceramah itu pon suruh pemuda itu duduk ....pemuda itu tidak kamu duduk

 kerana membenci cara penyampaian syiekh td...kmudian sheikh td pon menengking dan menghalau pemuda

 td keluar....kemudian pemuda td pon beredar keluar...selepas itu,pemuda td dtg ke majlis ilmu yang kedua 

dan beliau sekali lg berdiri dan tidak mahu duduk...kemudian sheikh yg bg ceramah pon menyuruh beliau 

duduk dan beliau tidak mahu duduk...kemudian pemuda td berkata ak tidak suka dengan cara 

kamu...kemudian syeikh td menundukkan pandangan dan menangis sambil berkata," Ya Allah sesungguhnya

 pemuda td telah mendedahkan aib ak Ya Allah ,begitu byk dosa yang ak lakukan dan apekah dosa yang ak 

lakukan sehingga pemuda itu berkata demikian..." pemuda itu pon tersenyum melihat syeikh td...begitu tinggi 

nilai akhlak syeikh td sehingga beliau nangis mengenangkan dosa yang beliau lakukan bukan menengking 

seperti sheikh pada kelas yg pertama td...renung2kanlah sahabat...kerana agama itu letaknya kepada 

tingginya akhlak baik antara kamu..nilai keihklasan perbuatan baik kamu kepada Allah dan jgn menganggap

diri kamu sudah baik tetapi disisi Allah kamu adalah buruk...



Tuesday, December 27, 2011

bahaya mengumpat...

Dosa Mengumpat Hakis Pahala, Amalan Baik Manusia



Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat dalam sabdanya yang bermaksud: “Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya.” (Hadis riwayat Muslim)


Oleh kerana buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan bangkai saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. 


Perasaan iri hati, marah, benci dan dendam mudah merebak daripada
perbuatan mengumpat. Ia mungkin boleh merebak sehingga mencetuskan huru- hara dan pembunuhan.


Mengumpat juga boleh berlaku ketika bergurau dan melawak apabila
menggunakan perkataan atau perbuatan melambangkan keburukan seseorang.


Rasulullah saw pernah menegur Siti Aishah kerana berkata 'alangkah pendeknya
perempuan itu' kepada seorang perempuan tua yang datang berjumpa dengan Rasulullah saw.Kata-kata itu turut dianggap mengumpat kerana menyebut kelemahan sifat orang lain dengan memperkecil-kecilkannya.


Ini bermakna kita tidak boleh memanggil seseorang dengan panggilan
menunjukkan kekurangan fizikal seperti botak atau buncit


Tetapi masyarakat kita sering menggunakan lambang fizikal seseorang
sebagai panggilan untuk melawak. Ada juga menyebut perkataan itu dengan tujuan panggilan 'mesra'.Kita boleh memanggil seseorang dengan gelaran itu Selagi tidak menimbulkan rasa marah pada yang dipanggil...


Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa tidak akan diampunkan Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Ia hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpat. Selagi orang diumpat tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan di akhirat.Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai perbuatan dosa.


Sabda Rasulullah saw bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang diumpat." (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad).


Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. 


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering.”


Pahala dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.


Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka, dia berkata kepada Allah: “Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya. Maka Allah menjawab: Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui.”


Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat nanti.


Memandangkan buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu, perbanyak zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


Islam menganjurkan beberapa kaedah untuk menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam budaya hidup suka mengumpat antaranya:


1-Jika kita mengingati bahawa apabila kita mengumpat, kita akan diumpat balik, sudah tentu kita tidak akan mengumpat. Elakkan berbuat jahat kepada orang yang tidak berbuat jahat kepada kita.


2-Manusia perlu memenuhi keperluan intelek seperti mencari ilmu, berfikir, memerhati, menanggapi dan membuat spekulasi. Maka, orang yang melakukan sebaliknya bererti tidak memenuhi keperluan intelek. Tidakkah bererti apabila kita mengumpat bermakna jiwa kita jahat? Luar nampak cantik, tetapi dalam sudah busuk dan berulat.


3-Ingat dosa. Larangan Islam terhadap perbuatan mengumpat sudah cukup untuk memotivasikan diri setiap individu. Tidak ada manusia normal sanggup memakan bangkai seseorang.


Dijelaskan pula oleh para Ulama’ akan beberapa keadaan yang dibolehkan untuk kita bercakap (Mengumpat) mengenai saudara kita:


1. Jika seseorang itu dizalimi, dianiyai. (dibolehkan menceritakan siapa yang menzaliminya)


2. Untuk meminta pertolongan orang lain supaya menegur, mencegah saudaranya yang sedang melakukan kemungkaran. (tidak mengapa diceritakan keadaan saudaranya itu)


3. Untuk meminta, bertanyakan persoalan berkaitan hukum2 Agama. (contoh: seorang Hamba bertanyakan sesuatu mengenai hukum, lalu diceritakannya jika si A atau si B ini melakukan perkara demikian apa hukumnya)


4. Untuk memberi peringatan pada kaum Muslimin tentang kejahatannya. (contoh: jangan berjalan, berkawan dengannya, kerana dia seorang penipu, pencuri, penjenayah dan sebagainya)


5. Untuk menerangkan keadaan seseorang yang ingin dinikahinya. (kesempurnaan anggotanya, pekerjaannya dan segala perkara yang menjadi kewajipan diketahui kedua pihak)


6. Jika seseorang yang amat jelas, terang2 dengan sifat kefasikannya.


Imam al-Ghazali ada menyatakan enam perkara mendorong seseorang itu mengumpat:


1-Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang.


2-Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah.


3-Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat.


4-Bergurau dan suka berlawak untuk mencela, mengatakan kelemahan serta kecacatan hingga mengaibkan orang lain.


5-Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak serta sombong kerana memandang rendah orang lain. 


Akhirnya mudah-mudahan kita semua terselamat dari segala bentuk perkara yang dilarang oleh Allah swt dan berusaha mencegahnya, mahupun pada diri kita dan sahabat-sahabat kita

Saturday, December 24, 2011

kepentingan istighfar..

Istighfar Adalah Talian Hayat Orang Mukmin




Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dosa pada setiap ketika. Allah s.w.t. dengan sifatNya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.

Allah berfirman yang bermaksud : “Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.” 
(Surah al-Muzammil : 20)

Istighfar bermaksud menundukkan hati,jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Istighfar mengandungi beberapa hikmah, di antaranya ialah :
1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa
2. Mendekatkan diri kepada Allah
3. Meningkatkan ketakwaan diri
4. Membenteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa
5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah s.w.t. dalam hidup didunia dan diakhirat.

Syarat-syarat berikut hendaklah diikuti semasa beristighfar:
1. Meninggalkan maksiat
2. Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan
3. Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain.
5. Mohon maaf kepada manusia jika melibatkan manusia.

Antara masa yang digalakkan untuk beristighfar ialah :
1. Sepanjang hari dan malam
2. Sesudah melakukan dosa
3. Ketika hendak tidur
4. Ketika hendak bersahur
5. Setelah selesai berwuduk
6. Ketika duduk antara dua sujud
7. Sesudah membaca tahiyat akhir
8. Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis Keampunan Allah s.w.t. terhadap hambaNya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istighfar. Kedua-dua amalan ini saling lengkap-melengkapi untuk memastikan Allah s.w.t. mengurniakan kita keampunan. Semuanya adalah untuk dibagi-bagi dan dikongsi..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...