My followers

Saturday, December 24, 2011

kepentingan istighfar..

Istighfar Adalah Talian Hayat Orang Mukmin




Manusia merupakan makhluk yang serba lemah dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan dan dosa pada setiap ketika. Allah s.w.t. dengan sifatNya yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang membuka peluang kepada insan untuk memohon keampunan pada setiap waktu dan di mana sahaja mereka berada.

Allah berfirman yang bermaksud : “Dan mohonlah ampun kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi.” 
(Surah al-Muzammil : 20)

Istighfar bermaksud menundukkan hati,jiwa dan fikiran terhadap Allah dalam memohon keampunan atas segala dosa serta kesilapan yang dilakukan.

Istighfar mengandungi beberapa hikmah, di antaranya ialah :
1. Menghidupkan jiwa yang resah kerana dosa
2. Mendekatkan diri kepada Allah
3. Meningkatkan ketakwaan diri
4. Membenteras tipu daya syaitan yang selama ini memerangkap manusia dengan dosa
5. Memperolehi kemuliaan dan anugerah Allah s.w.t. dalam hidup didunia dan diakhirat.

Syarat-syarat berikut hendaklah diikuti semasa beristighfar:
1. Meninggalkan maksiat
2. Menyesal atas maksiat yang telah dilakukan
3. Berhasrat tidak akan mengulanginya lagi
4. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat amal kebajikan seperti bersedekah, memberi makan kepada fakir miskin dan lain-lain.
5. Mohon maaf kepada manusia jika melibatkan manusia.

Antara masa yang digalakkan untuk beristighfar ialah :
1. Sepanjang hari dan malam
2. Sesudah melakukan dosa
3. Ketika hendak tidur
4. Ketika hendak bersahur
5. Setelah selesai berwuduk
6. Ketika duduk antara dua sujud
7. Sesudah membaca tahiyat akhir
8. Ketika hendak meninggalkan sesuatu majlis Keampunan Allah s.w.t. terhadap hambaNya adalah dengan terlaksananya amalan taubat dan istighfar. Kedua-dua amalan ini saling lengkap-melengkapi untuk memastikan Allah s.w.t. mengurniakan kita keampunan. Semuanya adalah untuk dibagi-bagi dan dikongsi..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...