My followers

Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Thursday, October 9, 2014

Herba Cordyceps

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

Rasa dah lama tak menulis dekat blog ni, tapi hari ni terpanggil untuk menulis tentang satu produk yang baik untuk perkongsian ilmu bersama sahabat-sahabat. Saya baru mendengar kelebihan tentang satu product kesihatan yang baru sahaja bertapak di Malaysia. Produk itu dinamakan produk Codi daripada herba china yang diberi nama Cordyceps. Herba ini telah dibawa masuk oleh sebuah syarikat Asian Herbal Biotech(AHB) Sdn Bhd. Terdapat 10 produk yang berbeza dalam produk ini. antara kelebihan produk ialah:


1. Antioksidan & anti-radang
2. Menyelaraskan tekanan darah & kolestrol
3. Membantu fungsi jantung, hati, pancreas & buah pinggang
4. Memperbaiki fungsi paru-paru (asma)
5. Menguatkan sistem keimunan
6. Meningkatkan ingatan & mencegah penyakit nyanyuk
7. Melambatkan proses penuaan
8. Mempercepatkan penyembuhan penyakit
9. Meningkatkan tenaga & stamina
10. Meningkatkan tenaga seksual (lelaki & perempuan)



Herba ini telah ditisukulturkan dengan kaedah bioteknologi yang canggih untuk menghasilkan lebih banyak produk berkualiti dengan harga yang murah. Melalui produk ini ramai pengguna yang telah sembuh daripada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kanser kulit dan sebagainya kerana proses molekul air yang berbentuk hexagonal menyerupai air zam-zam, bahan antioksidan, antitumor dan anticancer.



Ramai yang masih belum tahu tentang produk yang baik ini, kepada sesiapa yang ingin mengetahui boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut di talian 0136019630. Ada seminar tentang pengenalan produk setiap hari Rabu Malam jam 9 malam di Asian Herbal Biotech Subang Jaya. Selain itu, syarikat AHB juga menyediakan peluang menjadi usahawan jika mendaftar sebagai ahli.











Wednesday, March 14, 2012

10 perkara jadi buta hati..

Sedang Ibrahim bin Adham (ahli Tasawwuf dan wali Allah yang termasyur) berjalan di tengah-tengah pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai yang masing-masing ingin mengajukan soalan mengenai kemusykilan agama. Di antara persoalan yang ditujukan itu ialah mengapakah doa mereka ini tidak dimakbulkan padahal mereka selalu berdoa dengan bersungguh-sungguh. Maka Ibrahim bin Adham ini telah memberi jawapan yang ringkas tetapi padat isinya:

“kerana hati kamu buta disebabkan sepuluh perkara iaitu:-”

1. Kamu mengenal Allah SWT, tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.

2. Kamu sangka bahawa kamu mencintai Rasulullah s.a.w tetapi kamu abaikan sunnahnya.

3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya.

4. Kamu telah menikmati segala macam nikmat Allah, tetapi kamu tidak bersyukur.

5. Kamu berkata bahawa syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya.

6. Kamu telah berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak berusaha untuk mendapatkannya.

7. Kamu telah berkata bahawa neraka itu adalah benar tetapi kamu tidak lari daripadanya.

8. Kamu telah berkata bahawa mati itu adalah benar tetapi kamu tidak bersedia untuk menghadapinya.

9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan segala keaiban manusia, tetapi kamu melupakan semua keaiban kamu sendiri.

10. Kamu kebumikan mayat-mayat manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar (pengajaran) daripada mereka.
 




Tuesday, March 13, 2012

10 golongan manusia yang dihalau dari padang mahsyar...

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1. Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadudomba.

2. Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang 
yang haram.

3. Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka
adalah dari golongan yang suka berdusta.

4. Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah
dari golongan yang riak bangga diri dan sombong.

5. Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
perilakunya.

6. Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah
manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang
tidak jujur.

7. Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.

8. mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang
dalam menetapkan hukum.

9. Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara
wajib seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan
sebagainya.

10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.




Wednesday, February 29, 2012

Penyelewengan dalam syiah


Penyimpangan Aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsna-'Asyariyyah"

Aliran Syi'ah "Imamiyah Al-itsa-'Asyariyyah" membawa beberapa penyimpangan. Penyimpangan-penyimpangan tersebut jelas disebutkan dalam rujukan-rujukan yang mereka miliki. Dalam artikel ini akan disebutkan beberapa penyimpangan aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsna-'Asyariyyah" (inhirafu manhaj "Imamiyyah Itsna Asyariyyah") mengikut rujukan mereka sendiri.

A. Fatwa-fatwa Khomeini Tentang Aqidah dalam kitabnya Kasyful-Asrar [1]:

1. Meminta Sesuatu Kepada Orang yang Telah Mati Tidak Termasuk Syirik.

"Ada yang berkata, bahawa meminta sesuatu pada orang yang telah mati baik itu Rasul mahupun Imam adalah syirik, kerana mereka tidak boleh memberi manfaat dan madharrat pada orang yang masih hidup. Maka saya (Khomeini) katakan: Tidak, hal tersebut tidak termasuk syirk, bahkan meminta sesuatu pada batu atau pohon juga tidak termasuk syirik, walaupun perbuatan tersebut adalah perbuatan orang yang bodoh. Maka jika yang demikian itu bukanlah syirik apalagi meminta pada Rasul dan Imam-imam yang telah meninggal dunia, kerana telah jelas dalam dalil mahupun akal bahawa ruh yang telah mati malah mempunyai kekuatan yang lebih besar dan lebih kuat dan ilmu falsafah pun telah membenarkan dan membahas hal tersebut secara panjang lebar. "(hal. 49)

2. Penyimpangan Abu Bakar dan Umar terhadap al-Quran.

"Disini saya katakan dengan tegas bahawa Abu Bakar dan Umar menyelisihi al-Qur'an dan mempermainkan Tuhan dan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal menurut hawa nafsu mereka dan bagaimana mereka berdua juga telah berbuat kezaliman dengan melawan Fatimah putri Nabi Muhammad SAW dan oleh kerananya mereka berdua menjadi bodoh terhadap hukum ALLAH dan hukum agama. "(hal. 126)

"Kita juga melihat ketika ia (Umar ra) yang buta mata hatinya itu mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kekafiran dan ke-zindiq-annya, iaitu penolakannya pada al-Qur'an surat an-Najm, ayat-3." (Hal. 137)

3. Dalil-Dalil Tentang Disyariatkannya Taqiyyah (Boleh Berdusta kepada selain orang Syiah):

"Dan kami tidak mengerti bagaimana mereka (ahlus-sunnah) menjauhi hikmah dan menyimpang kerana hawa nafsu mereka, bagaimana tidak? Sedangkan TAQIYYAH adalah hukum akal yang paling jelas. Dan TAQIYYAH maknanya: Seorang manusia berkata dengan perkataan yang berbeza dengan kenyataannya atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan timbangan syariat kerana menjaga darahnya, kehormatannya atau hartanya. "(Hal. 148)" Maka termasuk bab taqiyyah jika kadangkala diperintahkan menyelisihi hukum-hukum ALLAH, sampai dibolehkan seorang pengikut Syiah berbeza dengan apa yang dihatinya untuk menyesatkan selain mereka (Syi'ah) dan agar mereka itu (selain Syi'ah) terjatuh dalam kebinasaan. "(hal. 148)

4. Mengapa Imamah (Aqidah tentang Imam yang Dua Belas-pen) Tidak Disebutkan dalam Al-Qur'an?

"Setelah aku jelaskan bahawa Keyakinan akan 12 Imam adalah usuluddin (dasar aqidah Islam), dan bahawa al-Qur'an telah mengisyaratkan tentang hal tersebut secara tersirat. Dan aku jelaskan bahawa nabi SAW sengaja menyembunyikan ayat-ayat tentang Imamah dalam al-Qur'an kerana takut al-Qur'an tersebut diselewengkan selepas itu, atau kerana beliau SAW takut terjadinya perselisihan di antara kaum muslimin sehingga akan memberi kesan yang demikian itu terhadap aqidah Islam . "(hal. 149)

5. Khulafa Rasyidun adalah Ahlul Bathil

"Dan telah kukatakan beberapa potongan dari kitab Nahjul-Balaghah [2] yang menetapkan bahawa Ali ra berpandangan bahawa para Khulafa selainnya adalah bathil." (Hal. 186)

6. Penetapan Ratapan atas Husein dan menjambak rambut serta Merobek-robek Baju baginya setiap tahun (saat memperingati peristiwa Karbala-pen) sebagai Sebahagian dari ajaran Agama.

"Tidak ada dalam majlis tersebut kekurangan, kerana semua itu adalah pelaksanaan perintah agama dan akhlaqiyyahnya dan tersebarnya fadhilah dan akhlak yang paling tinggi serta aturan dari sisi ALLAH dan undang-undang yang lurus yang merupakan pencerminan dari mazhab Syiah yang suci yang ittiba 'pada Ali alaihis salam. "(hal. 192)

7. Wilayatul Faqih (Penetapan Kepimpinan para Ulama Besar Syi'ah sampai saat Bangkitnya Kembali Imam ke-12 Syiah-pen)

"Syaikh ash-Shaduq dalam kitab Ikmalud-Din, dan syaikh ath-Thusiy dalam kitab al-Ghaybah, dan at-Thabrasiy dalam kitab al-Ihtijaj menukil dari Imam yang Ghaib (Imam ke-12 Syiah yang sekarang sedang menghilang-pen ), sbb: Adapun hadis-hadis yang jelas maka hendaklah merujuk kepada para periwayat hadis-hadis kami (syi'ah-pen), kerana mereka semua adalah hujjahku atas kalian dan aku adalah hujjah ALLAH! Lalu kata Khomeini selanjutnya: Maka wajib atas manusia pada masa ghaibnya Imam (ke-12 tersebut-pen) untuk merujuk semua urusan mereka pada para periwayat hadis (syi'ah) dan taat pada mereka kerana Imam telah menjadikan mereka itu hujjahnya. "(Hal . 206) "Maka jelaslah dari hadis tersebut bahawa para Mujtahid adalah hakim dan barangsiapa yang menolak maka sama dengan menolak Imam dan barangsiapa menolak Imam maka bererti menolak ALLAH dan menolak ALLAH bererti syirik kepada-NYA." (hal. 207)

B. Ushul Fiqh Menurut Syi'ah [3]:

1. Bahawa Dalil Sunnah (menurut Syiah-pen) adalah Hadis Nabi SAW dan Hadith dari Imam Syi'ah Yang 12 Orang

Dalil Sunnah (menurut Syiah-pen) definisinya = Perkataan (qawlan) dari AL-Ma'shum, perbuatan (fi'li) dan persetujuan (taqrir). Definisi AL-ma'shum (menurut Syiah-pen): Semua yang ditetapkan kema'shumannya dengan dalil, iaitu nabi SAW dan 12 orang Imam ahlul-bait. (Hal. 22)

Adapun kehujjahan as-sunnah yang berpunca dari ahlul-bait baik perkataan mereka, perbuatan mereka dan persetujuan mereka maka dikembalikan keimaman mereka, kema'shuman mereka dan kebenaran mereka SAMA DENGAN KEDUDUKAN nabi SAW. (Hal. 23)

2. Dirasah Sanad Hadits Menurut Syiah:

a. Pembahagian Hadis dikumpulkan dari sisi banyak sanadnya dan hubungannya dengan para ma'shum / al-ma'shumiin (iaitu Nabi Muhammad SAW dan 12 Imam Syiah-pen) (hal. 26):

i. Hadis yang Terpaut Hati dengan Para Ma'shum (yang dibagi lagi menjadi mutawatir dan muqtarin)

ii. Hadits yang Tidak Terpaut Hati dengan Para Ma'shum (iaitu hadith ahad)

b. Pembahagian Hadith dari sisi penerimaannya (mu'tabar) (hal. 29-30):

i. Hadits Shahih (menurut Syiah-pen): Iaitu hadis yang seluruh periwayatnya adil dan sesuai dengan aqidah Syi'ah 12 Imam.

ii. Hadits Mawtsiq: Iaitu yang seluruh periwayatnya tsiqah dari muslimin secara umum (ahlus-sunnah-pen), atau sebahagiannya dari tsiqat muslimin dan sebahagian lagi dari perawi yang adil dari Syi'ah 12 Imam.

iii. Hadith Hasan: Iaitu yang kumpulan perawinya orang yang kurang kuat dari ulama hadis, atau dari percampuran antara yang adil yang tsiqat dan yang kurang kuat, atau dari percampuran antara yang adil dengan yang kurang kuat, atau yang tsiqat dengan yang kurang kuat.

3. Ijma 'Menurut Syiah (hal 76):

a. Iaitu kesepakatan jama'ah ulama yang salah seorangnya adalah Imam yang ma'shum (salah seorang dari 12 Imam Syiah-pen).

b. Maksudnya adalah tegaknya ijma 'iaitu jika para ulama tersebut mampu menyingkap makna salah satu kenyataan Imam yang maksum dalam suatu masalah.

c. Pembahagian Ijma '(hal. 77):

i. Ijma 'Muhshal: Iaitu semua ijma' yang dihasilkan oleh wilayatul faqih dari dirinya dan sesuai dengan perkataan para mufti.

ii. Ijma 'Manqul: Iaitu semua ijma' yang tidak dihasilkan oleh wilayatul faqih dari dirinya tetapi hanyalah dinukil darinya oleh para fuqaha yang lain.

___

Nota Kaki:

[1] Kasyful Asrar, oleh: Ayatullah Ruhullah Khomeini. Alih-bahasa (dr bhs Parsi): DR Muhammad al-Bandari, Ta'liq hadis: Salim bin 'Ied al-Hilali, Kata Pengantar: DR Ahmad al-Khatib, Kritik: Nashiruddin al-Albani. Th 1408 H/1987 M. Penerbit: Dar al-'Imaar Lin-Nasyr wat-Tauzi', Amman-Urdun.

[2] Kitab tersebut adalah kitab palsu yang mengatasnamakan Ali ra (lih. Al-Mizan, oleh Imam Adz-Dzahabi III/124, juga Al-Lisan oleh Imam Ibnu Hajar, IV/223)

[3] Mabadi 'Ushulul Fiqh (Muwajjiz Wafin Li Ahammi Mawdhu'at Ushulul Fiqh: Ta'rifat, Mushthalahat, Adillatisy Syari' al-Islamiy). Oleh: DR Abdul Hadi al-Fadhli. Penerbit: Mathabi 'Dar wa Maktabah al-Hilal. Th 1986. Bairut-Lubnan.





Thursday, February 23, 2012

9 mimpi nabi Muhammad sebelum diisraqkan..







9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
... 
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu dis
ebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Monday, January 16, 2012

hikmat solat khusyuk..

Hikmah terhasil daripada solat yang Khusyuk

Maka kami memperkenankan doanya, dan kami anugerahkan kepada nya Yahya dan kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas[970]. dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada kami.Maksudnya: mengharap agar dikabulkan Allah doanya dan khawatir akan azabnya.

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Hikmah terhasil daripada solat yang Khusyuk

1-Merendahkan kandungan oksigen semasa khusyuk memberi kerehatan terbaik untuk tubuh badan.

2 – mengurangkan kadar pernafasan, yang membantu untuk mencapai tahap ketenangan yang sempurna.

3 – meningkatkan aliran darah dan meningkatkan prestasi jantung.

4 – amalan khysyuk amat berguna untuk mereka yang mengalami emosi neurologi kronik

5 – mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keyakinan dan harapan.

6 – mengurangkan ketegangan otot dan membantu otot berehat.

7 – Membantu dalam penyembuhan penyakit jantung dan kematian secara tiba-tiba.

8 – membantu menyembuhkan beberapa penyakit kronik seperti alahan dan artritis.

9 – menguatkan sistem imun yang membantu untuk menentang sebarang penyakit.

10 – memberikan kekuatan manusia dan keyakinan diri serta ketenangan fikiran.

11 – Boleh mengamalkan amalan khusuk untuk mengurangkan berat badan

12 – mengurangkan degenerasi sel, yang membawa kepada memanjangkan jangka hayat dan penuaan kelewatan (Insya-Allah)

13 – Berusaha mencapai khusyuk sebagai rawatan untuk kesakitan dan sakit kronik, sukar, (dapat mengawal kesakitan).

14- Khusyu adalah cara paling mudah untuk merawat sakit kepala dan migrain.

15 – Membantu menyembuhkan asma.

16 – Menimbulkan kecerdasan otak dan meningkatkan tenaga badan.

17 – Manusia memberi keyakinan diri yang tinggi pada mereka yang khusyuk.

18 – Dapat mengawal perasaan takut dan ketegangan mental serta panyakit yang ada berkaitan dengannya.

19 – Dapat merancang dan mengusai mental .

20 – Membantu meningkatkan keupayaan belajar dan mengambil pangajaran serta mengingatinya.

21 – Khusyuk adalah satu-satunya cara untuk menghasilkan buah fikiran yang kreatif!

22 – Khusyuk membantu anda untuk kestabilan emosi.

23 – membantu dalam penyelenggaraan sel-sel, terutama pada sel-sel otak.

24 – Mendidik kepada hubungan baik dengan orang lain (melalui akhlak yang baik).

25 – Membantu mengabaikan isu remeh-temeh (Perhatikan pada firman Allah SWT tentang khusyuk pada bahasa , kenapa kita masih mensia-siakannya, mengapa?).

Hubungan antara al-Quran dan menghormati semua gejala perkara remeh (terbiar), dan saintis mengesahkan peraturan ini, di mana mereka berkata: Cara terbaik untuk menangani pemikiran negatif dan kebimbangan kronik dan kebimbangan adalah berguna dan banyak bercakap tanpa faedah … Semua ini boleh dirawat dengan mudah dan dengan meditasi sedikit setiap hari, bagi kita umat Islam, kita katakan: cara terbaik untuk merawat sebarang masalah fizikal atau psikologi, atau untuk memulakan menghormati sukan sosial membaca al-Quran dan Sains dan memikirkan tentang ciptaan Allah

26 – Khusyuk membantu anda untuk meningkatkan produktiviti anda di tempat kerja.

27 – membangunkan tekad dan membersihkan jiwa daripada masalah psikologi peribadi.

28 – Membantu meningkatkan prestasi otak, yang membantu untuk membuat keputusan yang betul.

29 – mengurangkan keganasan dalam masyarakat dengan kecenderungan agresif.

30-Membantu dalam penyembuhan daripada “penyakit merokok!”

31 – Membantu untuk tidur yang lebih baik dan insomnia penawar, serta gangguan tidur .

32 – Menambah rasa lebih bertanggungjawab.

33 – Membantu membangunkan kemahiran mendengar dan interaksi dengan orang lain dan mendapat kepercayaan mereka.

34 – Khusyuk memberikan anda keupayaan untuk menghadapi kesusahan dan menghadapi keadaan sukar secara tenang!

35 – Menjadikan manusia yang lebih seimbang dalam kehidupan sosialnya ( dalam masyarakat ).

36 – Membantu anda menghasilkan ketenangan fikiran dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah, terutama apabila berhadapan dengan lebih banyak masalah pada satu masa!

37 – Menambah kebaikan dalam hubungan di antara otak dan hati serta jiwa dan roh.

38 – Menambah kemampuan anda untuk memberi atau membantu orang lain dan kasih sayang serta kebaikan .

39 – membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza, khususnya suasana kehidupan anda alami sekarang.



Thursday, January 5, 2012

kelebihan surah al-Insyirah.





Kelebihan Surah Al-Insyirah. 

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku". 

2. Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 

3. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 

4. Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

5. Sesiapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat 
puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

6. Sesiapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

7. Sesiapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

8. Sesiapa benak menghafaz, tulislah Surah Al-Insyiraah dan minum airnya bersama-sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.

9. penyakit migraine (sakit kepala) dibuat kedua tangan seperti dalam solat (tangan di atas perut) akan tetapi kedua tangan tadi masih bercantum diangkat ke atas tengah (ubun) kepala dan di tekan di atas kepala sambil membaca Surah Al-Insyirah 7 kali atau 3 kali dibuat selama 11 hari dengan izin Allah hilang migraine

Monday, January 2, 2012

info mazhab imam syafie

Mazhab Syafie






Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah
di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur di kalangan ahli
sejarah. 

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan
keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang
sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini
seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang
untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan
menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak
menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah
menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama
seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan
maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”

Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru
Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul
Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal
dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana
ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie
sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Friday, December 30, 2011

8 golongan manusia...






1- Golongan yang tidak  mendapat sedikit pun kebaikan di Akhirat, surah Al-Baqarah ayat : 200.


Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia”. (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.


2-Manusia yang suka berbantah-bantah, surah Luqman ayat :  20.

Tidakkah kamu memperhatikan bahawa Allah telah memudahkan untuk kegunaan kamu apa yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan telah melimpahkan kepada kami nikmat-nimatNya yang zahir dan yang batin? Dalam pada itu, ada di antara manusia orang yang membantah mengenai (sifat-sifat) Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan atau sebarang petunjuk; dan tidak juga berdasarkan mana-mana Kitab Allah yang menerangi kebenaran


3-Golongan yang mengaku beriman kepada Allah SWT sedangkan mereka sebenarnya tidak beriman kepada Allah SWT, surah Al-Baqarah ayat : 8.

Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.


4-Golongan yang sentiasa bersahabat karib selain daripada Allah SWT, surah Al-Baqarah ayat : 165.

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).


5-Golongan yang mempergunakan Firman Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW untuk memperdayakan orang lain, surah Al-Baqarah  ayat : 204-205.

Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan ia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal ia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu).

Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan.



6-Menyembah Allah SWT tanpa disertai dengan keyakinan yang penuh, surah  Al-Haj ayat 11.

Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan akhirat, itulah kerugian yang terang nyata.



7-Beriman kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW tetapi tidak sanggup menghadapi ujian dan dugaan Allah SWT, surah Al-Angkabut ayat : 10.

Dan ada sebahagian dari manusia yang berkata: “Kami beriman kepada Allah”; kemudian apabila ia diganggu dan disakiti pada jalan Allah, ia jadikan gangguan manusia itu seperti azab seksa Allah (lalu ia taatkan manusia). Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu memberi kemenangan kepadamu, mereka sudah tentu akan berkata: “Kami adalah sentiasa bersama-sama kamu”. (Mengapa mereka berdusta?) Bukankah Allah lebih mengetahui akan apa yang terpendam dalam hati sekalian makhluk?


8-Golongan yang menggunakan ayat Allah SWT dan Hadis Rasulullah SAW untuk menyesatkan orang lain, surah Luqman ayat : 6.

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Thursday, December 29, 2011

Siapa Lelaki Dayus Menurut Islam ?

Jika sebelum ini saya menulis dua artikel berkenaan aurat dan wanita. Saya juga telah mendedahkan satu email yang mengandungi artikel berkenaan bahaya nafsu lelaki dan sebagai pengetahuan am buat para wanita. Walaubagaimanapun, tidak memadai info-info tersebut tanpa menyentuh satu lagi bab yang amat berkaitan dengannya.
Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.
Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggung jawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.
Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )
Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?
ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.
BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...