~welcome to my blog...sekadar untk berkongsi ilmu dan renungan bersama~" "Boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia sangat baik bagi kamu,boleh juga kamu menyukai sesuatu sedangkan ia sngat buruk bagi kamu, sesungguhnya kamu tidak mengetahui, sedangkan Allah maha mengetahui" (surah al-Baqarah ayat 216)
My followers
Thursday, June 7, 2012
kelebihan surah al-kahfi
assalamualaikum...alhamdulilllah syukur nikmat saya masih mampu menulis sedikit pada malam nie..
ape kaba sahabat semua? harap2 sihat hendaknya..insyallah..entry kali nie ana nak share ckit pasal kelebihan surah al-kahfi..seeloknya surah ini di baca pada hari jumaat..insyallah moga kite dapat amalkan surah ini...berikut adalah sedikit hadith mengenai kelebihan surah al-kahfi...
insyallah moga2 kite dapat amalkan di malam jumaat dan pada hari jumaat...moga Allah jauhkan kite daripada fitnah dajjal...insyallah...assalam..
Kepercayaan sebenar...
assalam ..
nak share ckit pasal cerita saya dapat kt fb dalam satu pages..nice to think of..selamat membaca ea kawan2..
Seorang lelaki masuk ke dalam masjid dan waktu itu bukanlah waktu solat fardhu. Dia mendapati ada seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun yang sedang solat dan berdoa dengan fokus serta merendah diri. Beliau menunggu sehingga kanak-kanak tersebut selesai solat, kemudian dia datang memberi salam kepadanya dan berkata:
"Anak siapakah kamu?"
Budak itu menundukkan kepalanya dan air mata gugur berderai di pipinya, kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata;
"Wahai pak cik, saya adalah seorang anak yatim yang tiada bapa dan ibu?"
Lelaki itu berasa kasihan dengannya dan berkata:
"Adakah anda ingin menjadi anak angkat saya?"
Budak itu berkata: "Jika saya lapar adakah pak cik akan memberi makanan kepada saya"
"Ya"
"Jika saya telanjang adakah pak cik akan menyediakan pakaian untuk saya?"
"Ya."
"Jika saya jatuh sakit, adakah pak cik akan sembuhkan saya?"
"Saya tidak dapat berbuat demikian, wahai anak"
"Jika saya mati, adakah pak cik akan membawa saya kembali untuk hidup?"
Lelaki menjawab "Saya tidak dapat berbuat demikian."
Budak itu membalas "Biarkanlah saya kepada yang menciptakan daku wahai pak cik yang baik, Dia akan menunjukkan jalan kepadaku dan Dia yang memberi saya makanan dan minuman. Jika saya jatuh sakit, Dia yang menyembuhkan saya dan Dia Sahajalah tempat saya berharap, semoga Allah memaafkan saya pada hari kiamat.
Lelaki itu terdiam dan melangkah pergi sambil berkata, "Saya percaya kepada Allah, sesiapa yang meletakkan kepercayaan kepada Allah, nescaya Allah akan menolongnya."
p/s : letakkan kepercayaan kepada Pencipta bukan terhadap makhluk yang dicipta.
Wednesday, June 6, 2012
10 wasiat imam Hassan al-Banna
assalam...ape khabar sahabat2 hari ni...moga sihat selalu...
hari nie saya nak share ckit wasiat imam Hassan Al-Banna...ad 10 wasiat semuanya..
1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.
Tuesday, June 5, 2012
Cara merawat hati..
assalamualaikum...
hari ni saya nk share ckit bagaimana nak merawat hati kite...
Dalam merawat hati, kite kne banyak lakukan ibadah kepada Allah dengan ditambah amalan2 sunat seperti solat sunat,puasa sunat dan amalan sunat yang lain...selain itu knekerap melazimi zikir kepada Allah dan kurangkan berckp perkara yang sia2 dan tiada kaitan dengan diri kite..seperti mana dalam satu hadith nabi yang bermaksud:
" Hendaklah kamu berkata sesuatu yang baik atau diam".
Allah ciptakan hati untuk manusia supaya manusia mempunyai perasaan kepada seseorang...oleh itu manusia perlulah memelihara hati dan sentiasa merawat hati dengan sebaiknya supaya gaya hidup kite selari dengan islam...hati manusia mmg sentiasa berbolak balik..kadang2 ingin melakukan kebaikan dan kejahatan..namun Allah sentiasa menyediakan jalan utk kite kembali kepadaNya dengan bertaubat dan merawat hati... gambar dibawah ada beberapa lg cara untuk merawat hati...cuba amalkan ea sahabat2..moga Allah menerima amalan kite...assalam..
Sunday, June 3, 2012
Manusia sebaik kejadian..
Assalamualaikum w.b.t
just nak share ckit pasal pandangan sy tentang kejadian lumrah hidup manusia...
manusia diciptakan oleh Allah daripada tanah dan telah dinyatakan dalam Al-Quran dan diakui makhluk ciptaan yang terbaik dijadikan oleh Allah...mmg tidak dinafikan jika kita lihat sejarah penciptaan manusia dimana daripada tanah dijadikan dan seterusnya dijadikan daripada segumpal darah iaitu hati yang mengawal keseluruhan tubuh manusia...di mana ada dinyatakan dalam Al-Quran jika baik segumpal darah itu maka baiklah seluruh tubuh manusia itu...Allah jadikan hati dan juga nafsu kepada manusia ...sebab ape Allah berikan manusia hati dan nafsu kepada manusia??
jika perhatikan hati membentuk segala tindak tanduk manusia dari segi perasaan dan niat utk melakukan sesuatu ...dengan hati manusia mampu menggunakan akal fikiran yg juga dikurniakan oleh Allah sebagai pembeza dengan makhluk yang lain...benarlah yg disebut dalam Al-Quran bahawa manusia adalah sebaik2 kejadian selain dikurniakan hati , Allah kurniakan juga akal utk kite berfikir...tetapi sejauh mana kite jaga hati dan gunakan akal fikiran utk mengkaji dan memerhatikan kekuasaan dan kebesaran pencipta kita.
kite lihat dunia hari ini manusia semakin jauh daripada Allah...hati dan fikiran mereka tidak lagi menyebut dan berckp tentang kebesaran Allah..hati mereka telah rosak dengan perkara2 dunia yang sementara...Allah juga menciptakan nafsu sebagai satu cabaran kepada hati supaya manusia mempunyai keinginan dan nafsu ini ada yang mengajak kepada perkara yang baik dan jahat...mengapa Allah jadikan nafsu? pernahkah kite terfikir setiap kejadian Allah ada hikmahnya supaya manusia sentiasa berfikir bahawa Allah sahaja yang Maha Kuasa...kadang2 kite terlalu mengikut hawa nafsu kite sehingga kite sering melakukan maksiat..kite tidak dapat mengawal nafsu kerana kite jauh daripada Allah...hati kite tidak tenang dan lidah kite tidak berzikir kepada Allah...mengapa terjadi sebegitu?? sedangkan dengan mengingati Allah sahaja hati akan tenang...bukan igt kepada makwe atau pakwe ke? ibu bapa ke? atau sesama manusia yg lain...
sy sekadar ingin mengingatkan diri yg lemah ini bahawa manusia mmg tidak sempurna dan serba kekurangan..tetapi kite boleh berubah diri kite ke arah yg lebih baik...jgn pernah bersedih dengan diri kite sebaliknya sentiasa muhasabah diri kite ke arah yg lebih baik..dan igtlah setiap perkara yg berlaku itu ada hikmahnya dan Allah tahu yg terbaik utk kite... renungkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
"Boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia sgt buruk bagi kamu,kamu tidak mengetahui sedangkan Allah mengetahui"
marilah kite sama2 menjaga hati kite..jgn terlalu mengikut hawa nafsu dan perasaan kite...bykkan amalan kite dengan berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah agar Allah igt dan membantu kite...insyallah akhir kata renungkan satu ayat di dalam gambar dibawah ini..
akhir kata daripada saya...moga kite sama2 berubah kerana Allah akan sentiasa menerima taubat hambaNya...assalamualaikum..=)
Subscribe to:
Posts (Atom)



