My followers

Tuesday, April 17, 2012

Sunnah nabi ketika tidur dan bercakap..

assalamuaalaikum sahabat semua...

entry kali nie nak share ckit tentang Rasulullah idola kite sepanjang zaman....


Percakapan nabi

hadith bekaitan dengan percakapan nabi Muhammad.

 "Rasulullah tidak pernah berbicara seperti anda semua yang berbicara dengan sgt jelas.Adalah cara Rasulullah berbicara dengan jelas dan satu persatu sehingga org duduk bersamanya dengan menghafal kata-katanya."

 (hadith riwayat At-Tirmizi,Ahmad,Abu Dawud dan Abu Syaikh)

Percakapan nabi jelas,tegas dan tidak terlalu cepat.Apabila bercakap nabi gemar mengualanginya sebanyak 3 kali supaya mudah difahami. 
Anas bin Malik membenarkan pernyataan di atas dengan hadis yang diriwayatkan,

"Sesungguhnya Rasulullah mengulangi perkataannya sebanyak 3 kali agar difahami oleh pendengarnya."

(hadith riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

baginda juga bercakap ketika perlu sahaja. Membuka dan menutup perbualannya dengan nama Allah. Baginda juga tidak kasar dan menghina semasa bercakap,juga tidak pernah menghina dan memuji makanan.

Cara tidur nabi

Bara bin Azib meriwayatkan bahawa,

"Bahawasanya nabi apabila hendak tidur,Baginda selalu meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanan dan berdoa,"Tuhan lindungilah aku dari azabMu pada hari dibangkitkan hamba-hambaMu."

(hadith riwayat At-Tirmizi,Ahmad dan Nasa'i)

Baginda akan tidur dalam keadaan mengiring ke kanan berbentuk "tulisan" Muhammad (tangan diletakkan di bawah pipi kanan dan kaki dibengkokkan sedikit ke atas). Baginda juga tidak tidur selagi tidak membaca doa dan ayat tiga Qul kemudian menipu dan menyapu keseluruh badan.Perkara ini dilakukan 3 kali.

Terdapat banyak lagi sunnah ketika tidur seperti menyambil wuduk dan membaca Basmalah 21 kali...sama2 kite amalkan sunnah nabi..moga2 kite tergolong dalam umat nabi Muhammad..insyallah..sekian sahaja utk kali ni..assalam...




Thursday, April 12, 2012

ASPIRASI 2012 ...

Assalamualaikum...

entry kali nie just nak share some interesting event yang dibuatkan kat sekolah lame saya...iaitu ASPIRASI 2012 di sekolah Menengah Sains Muar,Johor atau lebih dikenali dengan nama SAMURA...Program ini diadakan pada 30-1 april 2012 selama 3 hari 2 malam.

saat kembali ke sekolah mmg ana tunggu2 kerana dpt bertemu dengan cikgu lama disekolah dulu dan bertemu dengan senior dan junior berlainan batch...walaupon pernah beberapa kali join event sebelum nie..namun kenangan kali ini tidak dpt saya lupakan...pelbagai reaksi daripada fasi2 yang terlibat ke arah memberi motivasi dan semangat kepada pelajar menjadi tema event kali ini diadakan...

aspirasi 2012 mensasarkan kepada pelajar tingkatan 5 yg akan menduduki spm pada tahun nie...perlbagai modul dan permainan di jadualkan utk dilaksanakan kepada semua pelajar tingkatan 5....tujuan utama mengapa event ini dijalankan ialah memberi semangat kepada mereka utk menduduki spm selain memberi khidmat nasihat dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman berada di institut pengajian tinggi...alhamdulillah cerita suka duka disebalik event ini akan sy kongsikan buat tatapan rakan2...

seramai 25 org fasi terlibat daripada uni yangsama dan berbeza dengan dibantu oleh kak JR sebagai leader dlm event aspirasi 2012 nie...

Hari pertama :

- pelajar mendgr sesi pengenalan daripada fasi2 yg dtg daripada berlainan batch dan universiti...selepas itu mereka diberi dan dikehendaki utk mencari brg amanah...pada malam itu sesi taaruf bersambung dalam kumpulan kecil mengikut fasi yang telah ditetapkan...


this is my group which is group 12

Hari kedua:

-hari kedua banyak modul yang kami jalankan kepada pelajar yang secara keseluruhan memberi impak positif kepada pelajar....

-seronok dapat berkongsi idea dan nasihat kepada mereka sebagai fasi...ana mmg suka berkongsi pendapat dan memberi motivasi kepada pelajar...nak jd motivator kot..hehe..

-selain modul ada jugak selitkan sedikit permainan kepada mereka

-mereka jugak ad lagu tema yg mesti dinyayikan...lagu ella gemilang dipilih utk jadi lagu tema aspirasi kali nie...nmpak mereka enjoy nyanyi lagu walaupon mereka keletihan...

-malam 2 ad sesi perkongsian masalah a walk to remember dengan pelajar dan mostly ckp mereka letih sebab byk sgt program kt sekolah la...then sebab pemilihan masa yang x sesuai sebab mereka baru lepas ad event lain...so kami pon dgr and try to tackle the stress....then mereka jugak ckp stress sebab jadual sekolah yg pack dan x sempat nak buat homework...terpaksa stay up dan mengantuk...dlm hati mmg kesian jugak but that normal la as student kan..emm x pela..abg doakan kamu semua berjaya dlm spm..jadikan ia sebagai semangat utk kamu berjaya bukan alasan utk tidak berjaya....


selepas tamat modul menulis matlamat dalam modul LDK


Hari ketiga:

-pagi 2 kite ad main modul botol yang menarik perhatian pelajar....
seronok tgk mereka enjoy sgt2...termasuk fasi yang over excited join sama mereka..
.
-selepas itu upacara penutup dijalankan...kami sebagai fasi kne nyanyi lagu sekolah..mmg tetibe rase feel plak nyanyi lagu sekolah..haha..dulu mcm x amek kesah jek..x menghayati pon..mungkin slow sebab org yg main piano slow kot..hehe..
.

 mmg really enjoy la dengan fasi2 dan semua pelajar form 5...segala kenangan akan sy igt dan x kan lupakan..insyallah kalau ad event lg boleh join...moga ukhuwah ini terus kekal...amin....sekian sahaja coretan saya pada kali nie..jumpa lagi for next entry...assalam...



barisan fasi 2012


bersama pelajar 5 cekal




my group 12 syahirah dan elyana



5 cekal possing lagi...hehe




Thursday, April 5, 2012

Kebaikan berselawat atas nabi...



Di dalam kitab Ibnu Farhun Al-Qurtubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi s.a.w mengandungi sepuluh macam faedah dan mendatangkan kemuliaan,iaitu:



1. Memperolehi selawat dari tuhan penguasa Alam.

2. Memperolehi syafaat nabi s.a.w.

3. Mendapat pimpinan daripada malaikat yang baik-baik.

4. Menghapuskan dosa.

5. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.

6. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

7. Memperoleh nur zahir dan batin.
8. Mendapat keselamatan daripada azab neraka.
9. Membolehkan memasuki syurga Allah.
10. Memperolehi ucap selamat dari Allah


"Barang siapa berselawat ke atas ku sekali maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali." (hadis riwayat Muslim)

"Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali.maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat,tujuh puluh utk akhirat dan tiga puluh utk dunianya." ( hadis riwayat Ibni Najar dari Jabir)

(Petikan daripada Biografi Agung Rasulullah)




"

Wednesday, April 4, 2012

kenali Rasulullah idola kite...

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT...

entri kali nie sy ingin berkongsi sedikit tentang idola kite sebagai seorang pengikut nabi Muhammad s.a.w.

TIADA NABI SELEPAS  NABI MUHAMMAD..

Nabi Muhammad merupakan penutup segala nabi..tiada nabi selepas beliau...sebagai mana  firman Allah dalam surah Al-Ahzab,

Maksudnya :"Tidakkah Muhammad itu bapa bagi seseorang daripada kalangan kamu akan tetapi dia adalah rasul Allah dan penutup segala para nabi.." (surah al-Ahzab ayat 40)

Nabi Muhammad bersabda dalam hadisnya bermaksud : "Aku adalah nabi yang terakhir dan tidak ada nabi selepasku..."

Hubungan nabi muhammad s.a.w dengan pada nabi yang terdahulu adalah sebagaimana yang disebutkan di dalam hadis Baginda yang bermaksud:

         "Perumpamaan aku dengan nabi-nabi sebelumku ialah seperti seorang lelaki yang membina sebuah bangunan,kemudian dia memperelok dan mencantikkannya kecuali satu tempat batu-bata di satu sudutnya.Ketika manusia mengelilinginya,berkata cantik kalau ada batu bata di sini.Maka akulah batu bata itu dan aku adalah penutup segala nabi." 

hubungan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah dengan nabi terdahulu adalah sama kecuali kedatangan baginda sebagai Ta'kid(penegasan) dan Tatmin(penyempurnaan).

BENTUK TUBUH RASULULLAH..

Disebutkan di dalam sebuah hadith nabi Saiyidina Ali meyifatkan Rasulullah

    "Adalah Rasulullah itu tidak terlalu tinggi,tidak juga terlalu rendah,tidak gemuk dan tidak juga terlalu kurus,rambutnya tidak terlalu kerinting dan tidak juga terlalu lurus,sesungguhnya rambut Rasulullah bergelombang(ikal),bentuk mukanya tidaklah terlalu bulat dan gemuk cuma ad ketulan tembam di pipi yang kemerah-merahan,anak matanya terlalu hitam dan bulu matanya melentik,dadanya berbulu hingga ke pusat,tapak tangan dan kakinya berisi,apabila dia berjalan lajunya seolah2 sedang menuruni bukit"
(hadis riwayat Al-Tirmizi)

Dipetik daripada buku Biografi Agung Rasulullah..

Monday, April 2, 2012

dunia hari ini...

assalam sahabat2 semua...
entry kali nie just nak share something dengan sahabat mengenai ape yg berlaku dlm dunia hari nie nak dibandingkan dengan zaman dulu2...

zaman sekarang maju dengan teknologi dan pelbagai kemudahan lain yg membuatkan manusia semakin mls....kemajuan sains dan teknologi seperti kemudahan internet utk mencari maklumat dan kemajuan eletronik dan pehubungan seperti telefon bimbit dan sebagainya menyebabkan manusia semakin leka dan lalai kepada perintah Allah...kite dpt lihat kemajuan ini ada kebaikan dan keburukannya...

ini terpulang kepada individu itu utk menggunakan kejalan yg benar atau salah...dunia hari ni byk menggunakan kearah yg salah seperti berjudi melalui internet dan sebagainya...perkara ini sepatutnya dibendung kerana itu akan merosakkan anak bangsa dan agama islam pada generasi akan dtg...di mana silapnya jika negara menjadi mundur dan gejala sosial semakin meningkat...dalam hal ini peranan ibu bapa amat penting di dalam mendidik anak2 mereka dengan agama yg sempurna....ibu bapa sendiri yg mencorak kehidupan anak2 mereka..selain itu peranan cikgu dan kwn2 juga perlu diberi perhatian...byk perkara perlu ditekankan utk mendidik dan melahirkan generasi anak muda yg cemerlang dari segi sahsiah dan akhlak mereka disamping kejayaan duniawi...kite dpt lihat dunia semakin teruk dengan gejala2 yg salah...merek kurang didikan agama dan pengamalan agama dalam kehidupan seharian mereka...ibu bapa sebuk dengan kerjaya masing2 sehingga kurang memerhati anak2 mereka....

hal ini menyebabkan anak2 mereka terabai begitu sahaja..mereka keluar rumah sesuka hati mereka...tanpa ada paksaan dan bebas bergaul dengan rakan2...sedih dengan keadaan yg berlaku...anak2 muda hanyut dengan dunia hiburan dan sosial mereka..mmg tidak dinafikan mereka semakin mencari agama dalam hidup....ada yg baik dan mereka cuba utk berubah...same2 lah kite sedar bahawa hanya agama mampu bwk manusia ke arah syurga Allah....bukan kerana hiburan dan pangkat kedudukan harta kite....same2 kite muhasabah diri kite...insyallah...bykkan amalan dan dekatkan diri kepada Allah...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...