My followers

Thursday, October 9, 2014

Herba Cordyceps

Assalamualaikum rakan-rakan semua,

Rasa dah lama tak menulis dekat blog ni, tapi hari ni terpanggil untuk menulis tentang satu produk yang baik untuk perkongsian ilmu bersama sahabat-sahabat. Saya baru mendengar kelebihan tentang satu product kesihatan yang baru sahaja bertapak di Malaysia. Produk itu dinamakan produk Codi daripada herba china yang diberi nama Cordyceps. Herba ini telah dibawa masuk oleh sebuah syarikat Asian Herbal Biotech(AHB) Sdn Bhd. Terdapat 10 produk yang berbeza dalam produk ini. antara kelebihan produk ialah:


1. Antioksidan & anti-radang
2. Menyelaraskan tekanan darah & kolestrol
3. Membantu fungsi jantung, hati, pancreas & buah pinggang
4. Memperbaiki fungsi paru-paru (asma)
5. Menguatkan sistem keimunan
6. Meningkatkan ingatan & mencegah penyakit nyanyuk
7. Melambatkan proses penuaan
8. Mempercepatkan penyembuhan penyakit
9. Meningkatkan tenaga & stamina
10. Meningkatkan tenaga seksual (lelaki & perempuan)



Herba ini telah ditisukulturkan dengan kaedah bioteknologi yang canggih untuk menghasilkan lebih banyak produk berkualiti dengan harga yang murah. Melalui produk ini ramai pengguna yang telah sembuh daripada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, kanser kulit dan sebagainya kerana proses molekul air yang berbentuk hexagonal menyerupai air zam-zam, bahan antioksidan, antitumor dan anticancer.



Ramai yang masih belum tahu tentang produk yang baik ini, kepada sesiapa yang ingin mengetahui boleh hubungi saya untuk penerangan lanjut di talian 0136019630. Ada seminar tentang pengenalan produk setiap hari Rabu Malam jam 9 malam di Asian Herbal Biotech Subang Jaya. Selain itu, syarikat AHB juga menyediakan peluang menjadi usahawan jika mendaftar sebagai ahli.











Saturday, January 11, 2014

Persoalan Ilmu..

catatan perjalanan hidup ini...

ILMU

Carilah ilmu Allah dengan mendekati majlis-majlis ilmu. Mengikut hadis nabi,

 " Dekatilah majlis ilmu itu kerana malaikat duduk bersama sambil mengembangkan sayapnya memberi rahmat kepada manusia yang duduk di majlis ilmu". 

Dalam hadis nabi yang lain "jika kamu dengar majlis itu maka singgahlah sebentar kerana disitu ad malaikat yang mendoakan kamu selepas selesai kamu menghadiri majlis itu". Allah begitu besar rahmat Allah apabila kita sering hadir ke majlis menuntut ilmu dan belajar agama Allah. Nilainya itu lebih besar daripada kita belajar agama dunia di dewan kuliah. Ilmu Allah itu maha luas dan kita boleh belajar di mana-mana namun ia mempunyai beberapa tingkatan yang utama, umpamanya ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah. Ilmu Fardhu ain itu menurut Islam ialah wajib bagi setiap orang dan saya teringat kepada hadith nabi " Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap orang Muslim". Adapun ilmu fardhu kifayah itu tidak wajib bagi setiap orang cukuplah ada segelintir masyarakat jalankan. Tetapi harus diingat kita perlu juga laksanakan dan ambil tahu tentang ilmu fardhu kifayah itu. Masyarakat hari ini mengabaikan ilmu fardhu kifayah seperti menguruskan jenazah dan sebagainya. Ilmu fardhu ain pun mereka abaikan apatah lagi ilmu fardhu kifayah ini. Dewasa ini kita dapat lihat manusia itu seolah-olah lebih suka kepada hiburan dan akal mereka membawa kepada kejahilan dan jumud tidak berfikir soal dosa dan pahala. Perjalanan mujahadah menuntut ilmu itu perlu dan hanya dipandang oleh Allah, bukan berapa tinggi ilmu yang kita miliki. Namun dalam menuntut ilmu itu perlu diikhlaskan kepada Allah dan mengharap redha Allah. Ramai orang yang menuntut ilmu dunia kerana ingin berjaya dalam hidup dan ingin lulus dalam peperiksaan dapat keputusan cemerlang sehingga mereka lupa asal menuntut ilmu itu perlu diniatkan kepada Allah agar pahala dan redha Allah yang kita dapat. Maka jika mereka tidak niatkan kepada Allah, boleh jadi ilmu atau nikmat Allah itu diberikan dalam keadaan tidak redha. Di sini ad adab dalam soal menuntut ilmu seperi membaca doa agar tujuan kita tuntut ilmu itu berharap kefahaman yang diberikan oleh Allah. Adab dalam menuntut dan mengajar ilmu itu juga tidak ada syirik kecil seperti riak dan sombong dalam mengajarnya. Perlu ada tawadhu' dalam penyampaian supaya masuk ke dalam hati manusia yang mendengar. Keikhlasan dalam penyampaian ilmu itu juga perlu ditekankan supaya kita tahu bahawa ilmu kita hanya sedikit dan mengharap Allah ampunkan dosa kita jika ilmu itu khilaf atau salah. Khilaf ini biasa dalam kalangan manusia dan itu perlu kepada perbincangan bersama Ulama' dahulu mereka sering bermuzakarah dan bermusyawarah walaupun mereka hebat tetapi mereka tetap berguru dengan guru lain. Saya teringat kepada kisah Imam yang empat, umpamanya imam Ahmad bin Hanbal yang lebih banyak menghafal hadis nabi, tetapi tetap berguru dengan Imam Malik.


Semoga Allah berkati usaha kita mendalami ilmu Allah.

Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...