assalamualaikum....petikan nasihat daripada Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man...
Wahai anakku,
Janganlah kamu memandang besar perkara yang remeh temeh, lalu semuanya kamu masukkan dalam kepalamu, kerana itu akan menyusahkan otakmu. Dan jangan pula kamu meremehkan perkara yang besar, kerana perkara besar dan utama akan mempengaruhi seluruh kehidupanmu.
Wahai anakku,
Sebahagian manusia menjadi tidak ketentuan dalam kehidupan dan membuat keputusan bilamana ia gagal membezakan mana perkara yang utama dan mana pula perkara sampingan. Sebahagian yang kamu hadapi boleh berlalu dengan sedikit masa, manakala sebahagiannya akan hilang bila kamu berhadapan dengan isu yang lebih utama.
Wahai anakku,
Orang yang berjiwa besar tidak akan tenggelam dengan perkara remeh temeh, kerana ia sentiasa melihat perkara yang utama dalam kehidupan, manakala manusia yang gagal bilamana ia terlalu banyak memikirkan benda yang remeh temeh, sebingga tiada masa membawa gagasan yang besar.
Wahai anakku,
Jadilah kamu seorang yang tenang dalam kehidupan, bilamana kamu tingkatkan tawakkalmu kepada Allah. Keyakinan bahawa Allah telah menetapkan apa yang berlaku sejak azali, akan menyebabkan kamu tenang dalam menempuh segala cabaran.
Wahai anakku,
Yakinilah bahawa kita mesti melakukan sesuatu dengan sebaik mungkin, berusaha, ikhtiar dan doa. Selepas itu kita serah kepada Allah. Apa yang dikehendakinya berlaku akan pasti berlaku, dan buah bagi tawakal itu ialah redha dengan ketentuan Allah. Kerana itu tidak dinamakan redha seandainya ia terlalu kecewa apa yang diingininya tidak tercapai, atau ia terlalu bangga dengan diri sendiri apa yang diperolehinya, seolah- olah dialah menentu nasibnya.
Senyumlah dengan penuh keyakinan diri...........
sumber daripada page sumber https://www.facebook.com/ustaztitm?fref=ts
~welcome to my blog...sekadar untk berkongsi ilmu dan renungan bersama~" "Boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia sangat baik bagi kamu,boleh juga kamu menyukai sesuatu sedangkan ia sngat buruk bagi kamu, sesungguhnya kamu tidak mengetahui, sedangkan Allah maha mengetahui" (surah al-Baqarah ayat 216)
My followers
Thursday, January 24, 2013
Friday, January 18, 2013
SEDIKIT CORETAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA
Assalamualaikum...
lama sudah aku tak update blog ni...tetibe rase nak update tentang beberapa isu yang penting kite kne fikirkan dalam menjadikan diri kite lebih baik....
hari ni aku ingin membuat sedikit coretan mengenai pemilihan bakal pemimpin negara pada masa hadapan...
tadi ada mendgr ceramah agama mengenai beberapa isu terutama mengenai pemimpin di malaysia...di malaysia terdpt beberapa parti politik dan pemimpin yang berbeza daripada segi kepimpinan mereka dan perjuangan yang mereka bawa...saya melihat kepada kedua pihak sama ada kerajaan atau pembangkang...saya tidakla mengkaji secara mendalam tentang isu politik di malaysia kerana bukan minat saya..tetapi keadaan mendesak supaya kite mengambil tahu hal ini ....berbalik kepada ceramah ustaz tadi saya memikirkan kepada golongan ilmuan dan ulama..mereka berpegang teguh kepada agama Islam...saya kagum bukan kerana pitis atau duit yang mereka dambakan tetapi mereka jujur dan amanah dalam menyampaikan ilmu yang mereka miliki...sebak memikirkan bagaimana golongan ulamak seperti Tuan guru Nik Aziz sanggup tidak mahu menggunakan duit rakyat utk kepentingan peribadi...menurut cerita ustaz td...
lagi menurut ustaz benar mereka takut kepimpinan mereka di soal di akhirat kelak...saya tertarik dengan petikan yang saya peroleh daripada salah sebuah page di facebook mengenai takut dengan beban amanah yang mereka tanggung:
Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Ketika para pembesar menanti kemunculannya setelah dilantik, mereka berbisik bertanya anaknya, mengapa ayahnya belum keluar ke khalayak ramai. Kata anaknya:“Ayahku sejak dilantik, beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Apabila ibuku masuk kepadanya, airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila ditanya, dia berkata: “Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang yang fakir, yang lapar, yang sakit lagi derita, orang biasa yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan wangnya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (lihat: Mahmud al-Baji, Muthul ‘Ulya min Qada al-Islam, 144)
keimanan dan ketakwaan yang jitu kepada Allah menyebakan seseorang pemimpin takut mereka akan di soal atas kepimpinan mereka...bagaiman kepimpinan kite pada hari ini..adakah mereka mentadbir negara atas landasan iman dan Islam atau mereka memutar belitkan fakta untuk menjaga kepentingan masing2?
sekadar coretan untuk membuatkan kite berfikir sejenak....
Subscribe to:
Posts (Atom)