My followers

Thursday, June 14, 2012

jom same2 kite doakan...

Disamping kita mengingati dan membantu rakyat Syria yang ditindas sekarang, jangan lupa juga kepada saudara kita di Myanmar. Terbaru, mereka juga ditindas dan dibunuh oleh puak Buddha dan juga pemerintah kerana umat Islam Rohingya merupakan minoriti di sana.


Oleh yang demikian, admin menerima maklumat bahawa pihak NGO MAPIM akan mengetuai penyerahan Memorandum Badan Bertindak Rakyat Malaysia Selamatkan Umat Islam Rohingya di kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 15 hb Jun 2012 selepas solat Jumaat (esok). Acara akan bermula dengan perarakan dari Masjid Tabung Haji Kuala Lumpur.

MAPIM juga akan bersama komuniti Rohingya di Malaysia untuk mengadakan majlis Solat Hajat di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 17 hb Jun 2012 selepas solat zohor. Semua masyarakat Islam dijemput untuk solat zohor di Masjid Negara pada hari itu .

Penderitaan etnik Rohingya yang diiktiraf oleh PBB sebagai antara etnik yang paling tertindas di dunia amat memerlukan sokongan dan pembelaan dari seluruh umat Islam di seluruh dunia .

Sesungguhnya muslim itu bersaudara, ayuh nyatakan solidariti kita kepada mereka semua. Disamping kita doakan kejayaan rakyat Syria, jangan lupakan juga mereka di dalam doa kita semua.


https://www.facebook.com/KamiBersamaUmatIslamRohigya?ref=tck

Kami (Muslim Rohingya) hanya mempunyai 3 pilihan :

1-Kami kekal di sini dengan risiko terus dibunuh
2-Kami berlayar ke tengah lautan dengan risiko lemas
3-Kami menjadi pelarian jika diterima negara berkenaan

Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan membela mereka?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Mereka telah ditindas buat sekian lamanya dan kini sebahagian daripada mereka telah pun mendarat di Malaysia bagi mendapatkan perlindungan dan bantuan kemanusiaan daripada saudara seaqidah mereka.

Wednesday, June 13, 2012

10 perkara yang membutakan hati...



assalamualaikum...ape kaba sahabat semua.. 
entry kali nie nk share ckit pasal 10 perkara yang dpt membutakan hati manusia...

1. Kenal Allah tapi tidak tunaikan hakNya.

2. Cinta dan sayang nabi, tapi tidak amalkan sunnahnya.

3. Membaca Al-Quran tapi tidak beramal dengannya.

4. Makan nikmat Allah tapi tidak bersyukur.

5. Anggap syaitan musuh tapi tidak menentangnya.

6. Berkata syurga itu benar tapi x berusaha beramal mendapatkannya.

7. Berkata neraka benar tetapi tidak berusaha menjauhinya.

8. Berkata mati itu benar, tapi x bersedia menghadapi saat kematian.

9. Cerita aib dan keburukan  org lain tapi lupa akan aib sendiri.

10. kebumikan mayat tetapi tidak mengambil iktibar dengan kematian.

moga kite dijauhkan daripada perkara2 ini..insyallah same2 kite merubah diri kite..sekadar peringatan bersama..assalam...



Tuesday, June 12, 2012

10 sifat Mazmumah menurut imam Syafie...


Sifat-sifat Mazmumah menurut Imam Ghazali

1. Syarrut ta‘am (banyak makan)

Iaitu terlampau banyak makan atau minum ataupun gelojoh ketika makan atau minum.Makan dan minum yang berlebih-lebihan itu menyebabkan seseorang itu malas dan lemah serta membawa kepada banyak tidur. Ini menyebabkan kita lalai daripada menunaikan ibadah dan zikrullah.Makan dan minum yang berlebih-lebihan adalah ditegah walaupun tidak membawa kepada lali daripada menunaikan ibadah kerana termasuk di dalam amalan membazir.

2. Syarrul kalam (banyak bercakap)

Iaitu banyak berkata-kata atau banyak bercakap.Banyak berkata-kata itu boleh membawa kepada banyak salah, dan banyak salah itu membawa kepada banyak dosa serta menyebabkan orang yang mendengar itu mudah merasa jemu.

3. Ghadhab (pemarah)

Ia bererti sifat pemarah, iaitu marah yang bukan pada menyeru kebaikan atau menegah daripada kejahatan.Sifat pemarah adalah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Oleh kerana itu, seseorang yang tidak mempunyai sifat pemarah akan dizalimi dan akan dicerobohi hak-haknya.Sifat pemarah yang dicela ialah marah yang bukan pada tempatnya dan tidak dengan sesuatu sebab yang benar.

4. Hasad (dengki)

Iaitu menginginkan nikmat yang diperolehi oleh orang lain hilang atau berpindah kepadanya.Seseorang yang bersifat dengki tidak ingin melihat orang lain mendapat nikmat atau tidak ingin melihat orang lain menyerupai atau lebih daripadanya dalam sesuatu perkara yang baik. Orang yang bersifat demikian seolah-olah membangkang kepada Allah subhanahu wata‘ala kerana mengurniakan sesuatu nikmat kepada orang lain.Orang yang berperangai seperti itu juga sentiasa dalam keadaan berdukacita dan iri hati kepada orang lain yang akhirnya menimbulkan fitnah dan hasutan yang membawa kepada bencana dan kerosakan.

5. Bakhil (kedekut)

Iaitu menahan haknya daripada dibelanjakan atau digunakan kepada jalan yang dituntut oleh agama.Nikmat yang dikurniakan oleh Allah subhanahu wata‘ala kepada seseorang itu merupakan sebagai alat untuk membantu dirinya dan juga membantu orang lain. Oleh yang demikian, nikmat dan pemberian Allah menjadi sia-sia sekiranya tidak digunakan dan dibelanjakan sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah subhanahu wata‘ala. Lebih-lebih lagi dalam perkara-perkara yang menyempurnakan agama seperti zakat, mengerjakan haji dan memberi nafkah kepada tanggungan, maka menahan hak atau harta tersebut adalah suatu kesalahan besar di sisi agama.

6. Hubbul jah (kasihkan kemegahan)

Iaitu kasihkan kemegahan, kebesaran dan pangkat.Perasaan inginkan kemegahan dan pangkat kebesaran menjadikan perbuatan seseorang itu tidak ikhlas kerana Allah.Akibat daripada sifat tersebut boleh membawa kepada tipu helah sesama manusia dan boleh menyebabkan seseorang itu membelakangkan kebenaran kerana menjaga pangkat dan kebesaran.

7. Hubbud dunya (kasihkan dunia)

Ia bermaksud kasihkan dunia, iaitu mencintai perkara-perkara yang berbentuk keduniaan yang tidak membawa sebarang kebajikan di akhirat.Banyak perkara yang diingini oleh manusia yang terdiri daripada kesenangan dan kemewahan. Di antara perkara-perkara tersebut ada perkara-perkara yang tidak dituntut oleh agama dan tidak menjadi kebajikan di akhirat.Oleh yang demikian, kasihkan dunia itu adalah mengutamakan perkara-perkara tersebut sehingga membawa kepada lalai hatinya daripada menunaikan kewajipan-kewajipan kepada Allah. Namun begitu, menjadikan dunia sebagai jalan untuk menuju keredhaan Allah bukanlah suatu kesalahan.

8. Takabbur (sombong)

Iaitu membesarkan diri atau berkelakuan sombong dan bongkak.Orang yang takabbur itu memandang dirinya lebih mulia dan lebih tinggi pangkatnya daripada orang lain serta memandang orang lain itu hina dan rendah pangkat. Sifat takabbur ini tiada sebarang faedah malah membawa kepada kebencian Allah dan juga manusia dan kadangkala membawa kepada keluar daripada agama kerana enggan tunduk kepada kebenaran.

9. ‘Ujub (bangga diri)

Iaitu merasai atau menyangkakan dirinya lebih sempurna.Orang yang bersifat ‘ujub adalah orang yang timbul di dalam hatinya sangkaan bahawa dia adalah seorang yang lebih sempurna dari segi pelajarannya, amalannya, kekayaannya atau sebagainya dan ia menyangka bahawa orang lain tidak berupaya melakukan sebagaimana yang dia lakukan. Dengan itu, maka timbullah perasaan menghina dan memperkecil-kecilkan orang lain dan lupa bahawa tiap-tiap sesuatu itu ada kelebihannya.

10. Riya’ (menunjuk-nunjuk)

Iaitu memperlihatkan dan menunjuk-nunjuk amalan kepada orang lain.Setiap amalan yang dilakukan dengan tujuan menunjuk-nunjuk akan hilanglah keikhlasan dan menyimpang dari tujuan asal untuk beribadah kepada Allah semata-mata.Orang yang riya’ adalah sia-sia segala amalannya kerana niatnya telah menyimpang disebabkan inginkan pujian daripada manusia



Monday, June 11, 2012

Carilah cinta Allah..

assalamualaikum..

ptg nie nak berbicara sikit pasal cinta...

emm selalu terfikir nak juga ada girl friend cm org lain yg ada kan..muda2 dah ada pakwe makwe..emm bercinta la kononnya...but bile fikir balik cinta kite untuk ape jika tiada hubungan dan ikatan yang sah...dan terfikir jugak sebaiknya jaga cinta dan hubungan kite dengan Allah...

timbul pelbagai persoalan bile orang tanya ko x ad awek ke?? emm then hati cakap mmg x ada lagi..mcam buang masa jek nk layan perempuan yg belum tentu jodoh kite then bwk ke mana2...buat dosa jek...

emm.. then org ckp kne cari calon awl2..nanti senang dah ready terus kwen jek..then hati ak berkata..ambooiii senang jek ckp eh...kalau kwen cerai mcam mana..jodoh bukan kite tentukan tapi Allah yg bagi dan awek yg kite bawak kemana2 belum tentu jodoh kite..biar Allah tentukan jodoh yg terbaik utk kite..bukan niat utk tidak mencari tapi mahu jadikan nilai cinta dan hubungan dengan Allah ..insyallah dengan itu Allah akan beri cinta terbaik sesama manusia...

kite lihat dunia hari ini..ramai anak2 muda yg masih tidak matang dan faham erti cinta yg sebenar sebuk utk bercinta..kononnya mereka bangga couple2 nie...sedangkan azab Allah menanti dengan dosa yg mereka buat..rase sejuk pon ada bile dari aspek yg lain remaja yg cuba menjadi sinar keimanan dan kecintaan kepada Allah pada usia yg muda...renung2kan :

"Antara org yang mendapat lindungan aras Allah pada hari kiamat ialah org muda yg sentiasa terikt hatinya kepada rumah2 Allah iaitu masjid"

alangkah bahagia ibubpa yg memiliki anak yg sentiasa hadir ke majlis2 ilmu dan sentiasa dekati rumah2 Allah...namun berapa ramai anak2 muda masa kini yg cm 2?? emm insyallah masih ada masa untk kite berubah...sekadar coretan utk rakan2...carilah cinta Allah dan akhirnya Allah akan bagi jodoh yg terbaik utk kite...

sekadar itu sahaja..wallahualam..assalam...




Saturday, June 9, 2012

Perkara haram dan bid'ah dalam perkahwinan Islam...

10 Kemungkaran & Bidaah Dalam Majlis Kahwin Melayu


1. Membuka Aurat


Perbuatan mendedahkan aurat di khalayak ramai (para hadirin) oleh wanita pada masa ini semakin banyak dilakukan di dalam majlis-majlis walimah. Malah ianya sudah menjadi satu trend (gaya) dalam kalangan umat Islam setiap kali pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Terdapat sebagahagian wanita yang asalnya bertudung, tetapi apabila tiba hari perkahwinannya, dia dengan relanya membuka tudung dan menededahkan bahagian-bahagian aurat tertentu. Termasuk perbuatan mendedahkan aurat adalah dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menggambarkan bentuk tubuh badan, mengenakan pakaian dengan kain yang jarang, dan mengenakan kain yang tipis.

Sedangkan Allah s.w.t berfirman: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangan dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (aurat) kecuali kepada (mahram mereka).” (Surah an-Nuur, 24: 31)

2. Bersolek dan memakai wangi-wangian bagi wanita

Dari Abu Musa al-Asy’ary r.a, dia berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Wanita yang memakai wangi-wangian, dan kemudian dia melintasi suatu kaum supaya mereka mencium bau wanginya, maka wanita tersebut adalah wanita penzina.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4172, at-Tirmidzi, no. 2786)

Alasan dari larangan tersebut dapat dilihat dengan jelas iaitu menggerakkan panggilan syahwat (kaum lelaki). Sebahagian ulama telah mengaitkan perkara lain dengannya, seperti memakai pakaian yang cantik (melawa), perhiasan yang ditampakkan, dan bercampur baur dengan kaum lelaki. (Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 2/279. Rujuk: Abu Malik Kamal, Ensiklopedi Fiqh Wanita, jil. 2, m/s. 151, Pustaka Ibnu Katsir)

Allah s.w.t berfirman: “…Dan janganlah kamu berhias (tabarruj) dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyyah yang dahulu.” (Surah al-Ahzab, 33: 33)

3. Mencukur Kening dan Memakai Rambut Palsu

Sabda Rasulullah s.a.w: “Allah melaknat orang yang membuat tatu dan wanita yang minta ditatu, wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu), yang mencukur alis (bulu kening), dan yang minta dicukur, dan wanita yang merenggangkan giginya untuk kecantikan sehingga mengubah ciptaan Allah.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 4886)

4. Memanjangkan Kuku dan Mewarnakannya Dengan Pewarna


Rasulullah s.a.w bersabda: “Termasuk fitrah bagi manusia itu ada lima: Khitan, mencukur bulu kemaluan, merapikan misai, memotong kuku, dan mencabut bulu ketiak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5889)

Berkenaan permasalahan trend mewarnakan kuku ini, Syaikh al-Albani rahimahullah berkata: “Ini adalah merupakan kebiasaan buruk yang dilakukan oleh wanita-wanita Eropah kepada wanita-wanita Islam, iaitu memanjangkan kuku dan mewarnakannya dengan warna merah atau selainnya dengan kuteks (pewarna/pengecat kuku). Kebiasaan ini juga turut dilakukan oleh sebahagian pemuda. Perbuatan ini selain mengubah ciptaan Allah, ia juga menjadikan pelakunya terlaknat dan perbuatan ini termasuk meniru-niru (tasyabbuh) perbuatan wanita-wanita kafir.“

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga dijelaskan di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)

5. Mencukur Janggut

Sebahagian kaum lelaki muslim pada masa ini tidak lagi berminat memelihara janggut dan membenci memelihara janggut. Malah, ada pula di antara mereka yang mencukur janggutnya semata-mata untuk nampak bergaya di majlis perkahwinannya. Sedangkan, perbuatan memelihara janggut adalah sebuah sunnah yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w, dan di dalam banyak hadith-hadithnya berkenaan janggut ia menunjukkan sebuah perintah yang perlu diikuti.

Daripada Ibnu ‘Umar r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Selisihilah kaum majusi, rapikanlah misai, dan peliharalah janggut.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 5893)

6. Mengkhususkan Adanya Cincin Perkahwinan

Perbuatan bertukar cincin atau menetapkan adanya cincin perkahwinan, pertunangan, atau pun pernikahan, ianya sama sekali bukan berasal daripada ajaran Islam. Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani rahimahullah: “Tindakan ini (menyarung cincin) selain meniru tradisi orang-orang kafir sehingga menjadi sebuah larangan, ia juga mengandungi pelanggaran terhadap dalil-dalil hadith yang melarang lelaki mengenakan cincin emas.” (al-Albani, Adabuz Zifaf, m/s. 191, Media Hidayah)

Asal perbuatan (adat) menyarung cincin perkahwinan ini adalah berasal dari adat kepercayaan kuno kaum Nasrani (kristian). Ini adalah sebagaimana yang dijelaskan oleh Syaikh al-Albani di dalam kitabnya, Adabuz Zifaf.

Syaikh Ibnu Bazz rahimahullah (Mufti Saudi Arabia) menjelaskan: “Kami tidak mengetahui dasar amalan ini (sarung cincin) di dalam syariat.” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/129. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

7. Adat Bersanding dan Pelamin

Perbuatan mengadakan pelamin dan adat bersanding bukanlah sebuah amalan yang berasal dari ajaran Islam. Malah, ia mungkin ditiru dan berasal dari ajaran Hindu atau pun Kristian. Ini adalah kerana amalan tersebut sangat mirip dengan adat upacara perkahwinan mereka.

Menurut Syaikh Abdullah bin ‘Abdurrahman al-Jibrin hafizahullah: “Perbuatan ini (bersanding) adalah tidak dibenarkan. Sebab ini adalah bukti atas tercabutnya rasa malu dan taqlid (mengikuti) kepada kaum yang suka kepada keburukan. Perkaranya adalah jelas. Pengantin wanita sepatutnya merasa malu menampakkan diri di hadapan manusia, lalu bagaimana dengan perbuatan tersebut yang sengaja dilakukan di hadapan orang-orang yang sengaja menyaksikannya?” (Muhammad al-Musnid, Fatawa Islamiyah, 3/188. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 230, Pustaka Ibnu Katsir)

Syaikh Ibnu ‘Utsaimin rahimahullah berkata: “Di antara perkara mungkar, bahawa rasa malu sebahagian manusia telah tercabut dari mereka. (Adalah) seorang suami datang di tengah kaum wanita dan naik pelamin bersama isterinya di hadapan kaum wanita, iaitu pada awal pertemuannya dengan isterinya untuk bersanding dengannya, bersalaman tangan dengannya, mungkin menciumnya, dan mungkin memberikan hadiah kepadanya berserta coklat dan selainnya yang dapat menggerakkan syahwat dan mengakibatkan fitnah.” (Min Munkaratil Afraah, m/s. 7, 10. Rujuk: Panduan Lengkap Nikah, Abu Hafsh Usamah, m/s. 231, Pustaka Ibnu Katsir)

8. Menabur Gula-gula, Coklat, dan Bunga

Perbuatan ini tidak terdapat di dalam syariat atau pun majlis walimah sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. Ada pun sebenarnya, perbuatan ini termasuk meniru-niru perbuatan kaum kafir yang diambil dari perbuatan kaum kristian yang menabur bunga di acara-acara perkahwinan mereka.

Daripada Ibnu ‘Umar, Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang meniru-niru perbuatan suatu kaum (kebiasaan orang kafir), maka dia termasuk di dalam golongan mereka.” (Hadith Riwayat Abu Daud. Sahih menurut Syaikh al-Albani di dalam Shahihul Jami’, no. 6149, juga di dalam Jilbab al-Mar’atil Muslimah)

Imam Ibnu Katsir menjelaskan di bawah penafsiran Surah al-Baqarah, [2:104]: “Allah Ta’ala melarang hamba-hamba-Nya yang beriman menyerupai (syi’ar) orang-orang kafir, sama ada dalam ucapan mahu pun perbuatan mereka.” (Ibnu Katsir, Shahih Tafsir Ibnu Katsir (Judul asal: al-Mishbaahul Muniir fii Tahdziibi Tafsiiri Ibni Katsir, Selenggaraan Syaikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri), jil. 1, m/s. 364, Pustaka Ibnu Katsir)

Sekiranya amalan tersebut disandarkan kepada agama, maka perbuatan tersebut termasuk meletakkan perbuatan yang tiada asalnya di dalam agama, maka ia adalah bid’ah lagi sesat. Ini adalah kerana walimatul urus adalah sebuah aturcara agama sebagaimana yang diperintahkan (ditekankan) berdasarkan sunnah yang jelas.

Dari ‘Aisyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu yang baru di dalam agama kami ini, maka ianya tertolak.” (Hadith Riwayat al-Bukhari, no. 2697)

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)

9. Adat Merenjis Air Mawar

Adat ini juga bukan berasal dari Islam. Mungkin ia diambil dari amalan masyarakat Hindu. Selain merupakan perbuatan yang ditokok tambah (bid’ah) di dalam walimatul urus, malah ianya juga boleh menjurus kepada perbuatan syirik sekiranya dengan perbuatan merenjis tersebut disertakan dengan i’tiqad (keyakinan-keyakinan) tertentu seperti mempercayai pasangan pengantin yang direnjis akan mendapat kebahagiaan dan seumpamanya.

10. Mewajibkan Adanya Duit dan Barang Hantaran

Adat ini ditetapkan oleh kebanyakan masyarakat Melayu secara umumnya iaitu dengan mewajibkan pihak lelaki (atau bakal/calon suami) supaya membayar sejumlah wang yang dinamakan sebagai wang hantaran kepada keluarga pihak perempuan. Kebiasaannya (pada masa ini) sehingga RM10,000 atau lebih dari itu bergantung kepada status pendidikan atau pun permintaan wanita yang hendak dinikahi. Nilai wang hantaran ini akan ditetapkan oleh sama ada bakal isteri atau pihak keluarga bakal isteri. Sekali imbas, perbuatan ini adalah seakan-akan sebuah perbuatan jual beli wanita. Dan wang ini akan diserahkan kepada keluarga si isteri.

Dan kemudiannya, kedua-dua pihak akan saling bertukar barang hantaran tertentu sesama mereka. Di mana mereka mengkhususkan dengan jumlah bilangan tertentu, seperti 5 dulang dari lelaki berbalas 7 dulang barangan tertentu dari pihak perempuan, atau 7 dulang dari pihak lelaki berbalas 9 dulang dari pihak perempuan, atau 9 dulang dari pihak lelaki berbalas 11 dulang dari pihak perempuan, dan seterusnya.

Ada pun sebenarnya perbuatan ini langsung tidak pernah ditetapkan oleh Islam, dan perbuatan ini merupakan perbuatan bid’ah iaitu amalan yang ditokok tambah ke dalam majlis walimah umat Islam. Adalah menjadi suatu yang sunnah di dalam agama supaya memudahkan urusan pernikahan (juga urusan yang lain), tetapi, dengan ditambahnya amalan-amalan seperti ini, ia hanya akan menyusahkan (memberatkan) pasangan yang hendak berkahwin dan ia sekaligus menggalakkan maksiat sekiranya perkahwinan ditangguhkan hanya semata-mata disebabkan perkara yang karut ini.

Dari Irbadh bin Sariyah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Berhati-hatilah kamu terhadap perkara-perkara yang baru di dalam agama. Setiap perkara yang baru (di dalam agama) adalah bid’ah, dan setiap bid’ah adalah sesat.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 4607)

Namun, apa yang diwajibkan atau pun disunnahkan di dalam syariat hanyalah memberikan mahar (mas kahwin) oleh lelaki kepada wanita yang dinikahi, sama ada berdasarkan apa yang diminta oleh wanita tersebut atau pun tanpa diminta. Dan mas kahwin ini tidaklah semestinya di dalam bentuk wang ringgit atau barang-barang tertentu. Ianya sama ada tertakluk berdasarkan apa yang diminta oleh wanita, atau pun bebas dengan apa yang hendak diberikan oleh si lelaki jika si wanita tidak menetapkannya. Dan mahar adalah merupakan salah satu rukun dan syarat sahnya nikah.

Allah s.w.t berfirman:

“Berikanlah maskahwin (mahar) kepada wanita (yang kamu nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan…” (Surah an-Nisaa’, 4: 4)

“… Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban…” (Surah an-Nisaa’, 4: 24)

Dan mahar yang paling baik adalah mahar yang paling mudah, ringan atau tidak mahal (tidak menyusahkan dan memberatkan si suami). Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir r.a, Rasulullah s.a.w bersabda: “Pernikahan yang paling besar keberkahannya adalah yang paling mudah maharnya.” (Hadith Riwayat Ahmad, no. 24595)

Perbuatan meninggikan atau memahalkan penetapan nilai mahar adalah satu perbuatan yang dibenci oleh agama sebagaimana disebutkan di dalam beberapa hadith. Umar al-Khaththab r.a berkata: “Ingatlah, janganlah meninggikan nilai mahar wanita. Jika itu merupakan kemuliaan di dunia atau taqwa di sisi Allah, sudah tentu yang paling utama melakukannya adalah Rasulullah s.a.w.” (Hadith Riwayat Abu Daud, no. 2106) (Rujuk: Amru Abdul Mun’im Salim, Panduan Lengkap Nikah, m/s. 76, Dar an-Naba’)

Sahih di dalam beberapa riwayat bahawa Rasulullah dan beberapa sahabat berkahwin dengan mengeluarkan mahar yang sangat kecil. Malah di sebahagian keadaan, ada yang memberikan mahar dalam bentuk cincin besi, baju besi, memerdekakan hamba, dengan hafazan Al-Qur’an, dengan mengajarkan surah-surah tertentu dari Al-Qur’an, dengan segenggam kurma, dengan mengislamkan seseorang, dengan sebiji emas sebesar biji kurma, dan selainnya. Wallahualam.



cerita untuk renungan semua..

assalamualaikum..

entri kali nie nk share ckit pasal cerita yg ana baca dalam satu page yg dikongsikan bersama..moga kite mengambil iktibar dan renungan bersama..


Di zaman khalifah Abu Bakar as-Siddiq dimana seorg lelaki meninggal dunia & sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan bergerak-gerak, apabila mereka membuka kain kafan tersebut mereka melihat seekor ular sedang membelit mayat lelaki itu serta memakan & menghisap darahnya.


Lalu mereka cuba untuk menghalang dan mahu membunuh ular tersebut, maka ular itu berkata: Lailahaillah Muhammad Rasulullah, mengapakah kalian hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah, ALLAH s.w.t telah memerintahkan aku supaya menyeksanya sehingga hari Qiamat.

Lalu para Sahabat bertanya: Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?

Berkata ular: Dia telah melakukan 3 kesalahan.

1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk solat berjemaah.

2. Dia tidak mahu keluar zakat hartanya.

3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama’ malah membenci dan memusuhi mereka.



renungkan satu ayat Allah dalam surat as- Saf ayat 2:


"sesungguhnya orang yang beriman itu apabila disebut nama Allah gementar hati mereka dan apabila dibaca ayat-ayatNya(ayat-ayat Allah) maka 
bertambah iman mereka, dan kepada Tuhan mereka bertawakkal".



RENUNG2KAN dan selamat beramal sahabat...


Thursday, June 7, 2012

kelebihan surah al-kahfi


assalamualaikum...alhamdulilllah syukur nikmat saya masih mampu menulis sedikit pada malam nie..

ape kaba sahabat semua? harap2 sihat hendaknya..insyallah..entry kali nie ana nak share ckit pasal kelebihan surah al-kahfi..seeloknya surah ini di baca pada hari jumaat..insyallah moga kite dapat amalkan surah ini...berikut adalah sedikit hadith mengenai kelebihan surah al-kahfi...

insyallah moga2 kite dapat amalkan di malam jumaat dan pada hari jumaat...moga Allah jauhkan kite daripada fitnah dajjal...insyallah...assalam..

Kepercayaan sebenar...



assalam ..
nak share ckit pasal cerita saya dapat kt fb dalam satu pages..nice to think of..selamat membaca ea kawan2..


Seorang lelaki masuk ke dalam masjid dan waktu itu bukanlah waktu solat fardhu. Dia mendapati ada seorang budak lelaki berusia sepuluh tahun yang sedang solat dan berdoa dengan fokus serta merendah diri. Beliau menunggu sehingga kanak-kanak tersebut selesai solat, kemudian dia datang memberi salam kepadanya dan berkata:

"Anak siapakah kamu?" 

Budak itu menundukkan kepalanya dan air mata gugur berderai di pipinya, kemudian dia mengangkat kepalanya dan berkata; 

"Wahai pak cik, saya adalah seorang anak yatim yang tiada bapa dan ibu?"

Lelaki itu berasa kasihan dengannya dan berkata: 

"Adakah anda ingin menjadi anak angkat saya?" 

Budak itu berkata: "Jika saya lapar adakah pak cik akan memberi makanan kepada saya" 

"Ya"

"Jika saya telanjang adakah pak cik akan menyediakan pakaian untuk saya?" 

"Ya."

"Jika saya jatuh sakit, adakah pak cik akan sembuhkan saya?"

"Saya tidak dapat berbuat demikian, wahai anak"

"Jika saya mati, adakah pak cik akan membawa saya kembali untuk hidup?"

Lelaki menjawab "Saya tidak dapat berbuat demikian."

Budak itu membalas "Biarkanlah saya kepada yang menciptakan daku wahai pak cik yang baik, Dia akan menunjukkan jalan kepadaku dan Dia yang memberi saya makanan dan minuman. Jika saya jatuh sakit, Dia yang menyembuhkan saya dan Dia Sahajalah tempat saya berharap, semoga Allah memaafkan saya pada hari kiamat. 

Lelaki itu terdiam dan melangkah pergi sambil berkata, "Saya percaya kepada Allah, sesiapa yang meletakkan kepercayaan kepada Allah, nescaya Allah akan menolongnya."

p/s : letakkan kepercayaan kepada Pencipta bukan terhadap makhluk yang dicipta.




Wednesday, June 6, 2012

10 wasiat imam Hassan al-Banna



assalam...ape khabar sahabat2 hari ni...moga sihat selalu...


hari nie saya nak share ckit wasiat imam Hassan Al-Banna...ad 10 wasiat semuanya..

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.





Tuesday, June 5, 2012

Cara merawat hati..

assalamualaikum...

hari ni saya nk share ckit bagaimana nak merawat hati kite...

Dalam merawat hati, kite kne banyak lakukan ibadah kepada Allah dengan ditambah amalan2 sunat seperti solat sunat,puasa sunat dan amalan sunat yang lain...selain itu knekerap melazimi zikir kepada Allah dan kurangkan berckp perkara yang sia2 dan tiada kaitan dengan diri kite..seperti mana dalam satu hadith nabi yang bermaksud:

" Hendaklah kamu berkata sesuatu yang baik atau diam".

Allah ciptakan hati untuk manusia supaya manusia mempunyai perasaan kepada seseorang...oleh itu manusia perlulah memelihara hati dan sentiasa merawat hati dengan sebaiknya supaya gaya hidup kite selari dengan islam...hati manusia mmg sentiasa berbolak balik..kadang2 ingin melakukan kebaikan dan kejahatan..namun Allah sentiasa menyediakan jalan utk kite kembali kepadaNya dengan bertaubat dan merawat hati... gambar dibawah ada beberapa lg cara untuk merawat hati...cuba amalkan ea sahabat2..moga Allah menerima amalan kite...assalam..




Sunday, June 3, 2012

Manusia sebaik kejadian..


Assalamualaikum w.b.t

just nak share ckit pasal pandangan sy tentang kejadian lumrah hidup manusia...

manusia diciptakan oleh Allah daripada tanah dan telah dinyatakan dalam Al-Quran dan diakui makhluk ciptaan yang terbaik dijadikan oleh Allah...mmg tidak dinafikan jika kita lihat sejarah penciptaan manusia dimana daripada tanah dijadikan dan seterusnya dijadikan daripada segumpal darah iaitu hati yang mengawal keseluruhan tubuh manusia...di mana ada dinyatakan dalam Al-Quran jika baik segumpal darah itu maka baiklah seluruh tubuh manusia itu...Allah jadikan hati dan juga nafsu kepada manusia ...sebab ape Allah berikan manusia hati dan nafsu kepada manusia?? 

jika perhatikan hati membentuk segala tindak tanduk manusia dari segi perasaan dan niat utk melakukan sesuatu ...dengan hati manusia mampu menggunakan akal fikiran yg juga dikurniakan oleh Allah sebagai pembeza dengan makhluk yang lain...benarlah yg disebut dalam Al-Quran bahawa manusia adalah sebaik2 kejadian selain dikurniakan hati , Allah kurniakan juga akal utk kite berfikir...tetapi sejauh mana kite jaga hati dan gunakan akal fikiran utk mengkaji dan memerhatikan kekuasaan dan kebesaran pencipta kita. 

kite lihat dunia hari ini manusia semakin jauh daripada Allah...hati dan fikiran mereka tidak lagi menyebut dan berckp tentang kebesaran Allah..hati mereka telah rosak dengan perkara2 dunia yang sementara...Allah juga menciptakan nafsu sebagai satu cabaran kepada hati supaya manusia mempunyai keinginan dan nafsu ini ada yang mengajak  kepada perkara yang baik dan jahat...mengapa Allah jadikan nafsu? pernahkah kite terfikir setiap kejadian Allah ada hikmahnya supaya manusia sentiasa berfikir bahawa Allah sahaja yang Maha Kuasa...kadang2 kite terlalu mengikut hawa nafsu kite sehingga kite sering melakukan maksiat..kite tidak dapat mengawal nafsu kerana kite jauh daripada Allah...hati kite tidak tenang dan lidah kite tidak berzikir kepada Allah...mengapa terjadi sebegitu?? sedangkan dengan mengingati Allah sahaja hati akan tenang...bukan igt kepada makwe atau pakwe ke? ibu bapa ke? atau sesama manusia yg lain...

sy sekadar ingin mengingatkan diri yg lemah ini bahawa manusia mmg tidak sempurna dan serba kekurangan..tetapi kite boleh berubah diri kite ke arah yg lebih baik...jgn pernah bersedih dengan diri kite sebaliknya sentiasa muhasabah diri kite ke arah yg lebih baik..dan igtlah setiap perkara yg berlaku itu ada hikmahnya dan Allah tahu yg terbaik utk kite... renungkan firman Allah dalam surah al-Baqarah  ayat 216 yang bermaksud:

"Boleh jadi kamu benci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia sgt buruk bagi kamu,kamu tidak mengetahui sedangkan Allah mengetahui"

marilah kite sama2 menjaga hati kite..jgn terlalu mengikut hawa nafsu dan perasaan kite...bykkan amalan kite dengan berzikir dan mendekatkan diri kepada Allah agar Allah igt dan membantu kite...insyallah akhir kata renungkan satu ayat di dalam gambar dibawah ini..


















akhir kata daripada saya...moga kite sama2 berubah kerana Allah akan sentiasa menerima taubat hambaNya...assalamualaikum..=)



Saturday, June 2, 2012

Panduan bertudung labuh ...


TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh...

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) .







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...