My followers

Wednesday, February 29, 2012

Penyelewengan dalam syiah


Penyimpangan Aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsna-'Asyariyyah"

Aliran Syi'ah "Imamiyah Al-itsa-'Asyariyyah" membawa beberapa penyimpangan. Penyimpangan-penyimpangan tersebut jelas disebutkan dalam rujukan-rujukan yang mereka miliki. Dalam artikel ini akan disebutkan beberapa penyimpangan aliran Syi'ah "Imamiyah Al-Itsna-'Asyariyyah" (inhirafu manhaj "Imamiyyah Itsna Asyariyyah") mengikut rujukan mereka sendiri.

A. Fatwa-fatwa Khomeini Tentang Aqidah dalam kitabnya Kasyful-Asrar [1]:

1. Meminta Sesuatu Kepada Orang yang Telah Mati Tidak Termasuk Syirik.

"Ada yang berkata, bahawa meminta sesuatu pada orang yang telah mati baik itu Rasul mahupun Imam adalah syirik, kerana mereka tidak boleh memberi manfaat dan madharrat pada orang yang masih hidup. Maka saya (Khomeini) katakan: Tidak, hal tersebut tidak termasuk syirk, bahkan meminta sesuatu pada batu atau pohon juga tidak termasuk syirik, walaupun perbuatan tersebut adalah perbuatan orang yang bodoh. Maka jika yang demikian itu bukanlah syirik apalagi meminta pada Rasul dan Imam-imam yang telah meninggal dunia, kerana telah jelas dalam dalil mahupun akal bahawa ruh yang telah mati malah mempunyai kekuatan yang lebih besar dan lebih kuat dan ilmu falsafah pun telah membenarkan dan membahas hal tersebut secara panjang lebar. "(hal. 49)

2. Penyimpangan Abu Bakar dan Umar terhadap al-Quran.

"Disini saya katakan dengan tegas bahawa Abu Bakar dan Umar menyelisihi al-Qur'an dan mempermainkan Tuhan dan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal menurut hawa nafsu mereka dan bagaimana mereka berdua juga telah berbuat kezaliman dengan melawan Fatimah putri Nabi Muhammad SAW dan oleh kerananya mereka berdua menjadi bodoh terhadap hukum ALLAH dan hukum agama. "(hal. 126)

"Kita juga melihat ketika ia (Umar ra) yang buta mata hatinya itu mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan kekafiran dan ke-zindiq-annya, iaitu penolakannya pada al-Qur'an surat an-Najm, ayat-3." (Hal. 137)

3. Dalil-Dalil Tentang Disyariatkannya Taqiyyah (Boleh Berdusta kepada selain orang Syiah):

"Dan kami tidak mengerti bagaimana mereka (ahlus-sunnah) menjauhi hikmah dan menyimpang kerana hawa nafsu mereka, bagaimana tidak? Sedangkan TAQIYYAH adalah hukum akal yang paling jelas. Dan TAQIYYAH maknanya: Seorang manusia berkata dengan perkataan yang berbeza dengan kenyataannya atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan timbangan syariat kerana menjaga darahnya, kehormatannya atau hartanya. "(Hal. 148)" Maka termasuk bab taqiyyah jika kadangkala diperintahkan menyelisihi hukum-hukum ALLAH, sampai dibolehkan seorang pengikut Syiah berbeza dengan apa yang dihatinya untuk menyesatkan selain mereka (Syi'ah) dan agar mereka itu (selain Syi'ah) terjatuh dalam kebinasaan. "(hal. 148)

4. Mengapa Imamah (Aqidah tentang Imam yang Dua Belas-pen) Tidak Disebutkan dalam Al-Qur'an?

"Setelah aku jelaskan bahawa Keyakinan akan 12 Imam adalah usuluddin (dasar aqidah Islam), dan bahawa al-Qur'an telah mengisyaratkan tentang hal tersebut secara tersirat. Dan aku jelaskan bahawa nabi SAW sengaja menyembunyikan ayat-ayat tentang Imamah dalam al-Qur'an kerana takut al-Qur'an tersebut diselewengkan selepas itu, atau kerana beliau SAW takut terjadinya perselisihan di antara kaum muslimin sehingga akan memberi kesan yang demikian itu terhadap aqidah Islam . "(hal. 149)

5. Khulafa Rasyidun adalah Ahlul Bathil

"Dan telah kukatakan beberapa potongan dari kitab Nahjul-Balaghah [2] yang menetapkan bahawa Ali ra berpandangan bahawa para Khulafa selainnya adalah bathil." (Hal. 186)

6. Penetapan Ratapan atas Husein dan menjambak rambut serta Merobek-robek Baju baginya setiap tahun (saat memperingati peristiwa Karbala-pen) sebagai Sebahagian dari ajaran Agama.

"Tidak ada dalam majlis tersebut kekurangan, kerana semua itu adalah pelaksanaan perintah agama dan akhlaqiyyahnya dan tersebarnya fadhilah dan akhlak yang paling tinggi serta aturan dari sisi ALLAH dan undang-undang yang lurus yang merupakan pencerminan dari mazhab Syiah yang suci yang ittiba 'pada Ali alaihis salam. "(hal. 192)

7. Wilayatul Faqih (Penetapan Kepimpinan para Ulama Besar Syi'ah sampai saat Bangkitnya Kembali Imam ke-12 Syiah-pen)

"Syaikh ash-Shaduq dalam kitab Ikmalud-Din, dan syaikh ath-Thusiy dalam kitab al-Ghaybah, dan at-Thabrasiy dalam kitab al-Ihtijaj menukil dari Imam yang Ghaib (Imam ke-12 Syiah yang sekarang sedang menghilang-pen ), sbb: Adapun hadis-hadis yang jelas maka hendaklah merujuk kepada para periwayat hadis-hadis kami (syi'ah-pen), kerana mereka semua adalah hujjahku atas kalian dan aku adalah hujjah ALLAH! Lalu kata Khomeini selanjutnya: Maka wajib atas manusia pada masa ghaibnya Imam (ke-12 tersebut-pen) untuk merujuk semua urusan mereka pada para periwayat hadis (syi'ah) dan taat pada mereka kerana Imam telah menjadikan mereka itu hujjahnya. "(Hal . 206) "Maka jelaslah dari hadis tersebut bahawa para Mujtahid adalah hakim dan barangsiapa yang menolak maka sama dengan menolak Imam dan barangsiapa menolak Imam maka bererti menolak ALLAH dan menolak ALLAH bererti syirik kepada-NYA." (hal. 207)

B. Ushul Fiqh Menurut Syi'ah [3]:

1. Bahawa Dalil Sunnah (menurut Syiah-pen) adalah Hadis Nabi SAW dan Hadith dari Imam Syi'ah Yang 12 Orang

Dalil Sunnah (menurut Syiah-pen) definisinya = Perkataan (qawlan) dari AL-Ma'shum, perbuatan (fi'li) dan persetujuan (taqrir). Definisi AL-ma'shum (menurut Syiah-pen): Semua yang ditetapkan kema'shumannya dengan dalil, iaitu nabi SAW dan 12 orang Imam ahlul-bait. (Hal. 22)

Adapun kehujjahan as-sunnah yang berpunca dari ahlul-bait baik perkataan mereka, perbuatan mereka dan persetujuan mereka maka dikembalikan keimaman mereka, kema'shuman mereka dan kebenaran mereka SAMA DENGAN KEDUDUKAN nabi SAW. (Hal. 23)

2. Dirasah Sanad Hadits Menurut Syiah:

a. Pembahagian Hadis dikumpulkan dari sisi banyak sanadnya dan hubungannya dengan para ma'shum / al-ma'shumiin (iaitu Nabi Muhammad SAW dan 12 Imam Syiah-pen) (hal. 26):

i. Hadis yang Terpaut Hati dengan Para Ma'shum (yang dibagi lagi menjadi mutawatir dan muqtarin)

ii. Hadits yang Tidak Terpaut Hati dengan Para Ma'shum (iaitu hadith ahad)

b. Pembahagian Hadith dari sisi penerimaannya (mu'tabar) (hal. 29-30):

i. Hadits Shahih (menurut Syiah-pen): Iaitu hadis yang seluruh periwayatnya adil dan sesuai dengan aqidah Syi'ah 12 Imam.

ii. Hadits Mawtsiq: Iaitu yang seluruh periwayatnya tsiqah dari muslimin secara umum (ahlus-sunnah-pen), atau sebahagiannya dari tsiqat muslimin dan sebahagian lagi dari perawi yang adil dari Syi'ah 12 Imam.

iii. Hadith Hasan: Iaitu yang kumpulan perawinya orang yang kurang kuat dari ulama hadis, atau dari percampuran antara yang adil yang tsiqat dan yang kurang kuat, atau dari percampuran antara yang adil dengan yang kurang kuat, atau yang tsiqat dengan yang kurang kuat.

3. Ijma 'Menurut Syiah (hal 76):

a. Iaitu kesepakatan jama'ah ulama yang salah seorangnya adalah Imam yang ma'shum (salah seorang dari 12 Imam Syiah-pen).

b. Maksudnya adalah tegaknya ijma 'iaitu jika para ulama tersebut mampu menyingkap makna salah satu kenyataan Imam yang maksum dalam suatu masalah.

c. Pembahagian Ijma '(hal. 77):

i. Ijma 'Muhshal: Iaitu semua ijma' yang dihasilkan oleh wilayatul faqih dari dirinya dan sesuai dengan perkataan para mufti.

ii. Ijma 'Manqul: Iaitu semua ijma' yang tidak dihasilkan oleh wilayatul faqih dari dirinya tetapi hanyalah dinukil darinya oleh para fuqaha yang lain.

___

Nota Kaki:

[1] Kasyful Asrar, oleh: Ayatullah Ruhullah Khomeini. Alih-bahasa (dr bhs Parsi): DR Muhammad al-Bandari, Ta'liq hadis: Salim bin 'Ied al-Hilali, Kata Pengantar: DR Ahmad al-Khatib, Kritik: Nashiruddin al-Albani. Th 1408 H/1987 M. Penerbit: Dar al-'Imaar Lin-Nasyr wat-Tauzi', Amman-Urdun.

[2] Kitab tersebut adalah kitab palsu yang mengatasnamakan Ali ra (lih. Al-Mizan, oleh Imam Adz-Dzahabi III/124, juga Al-Lisan oleh Imam Ibnu Hajar, IV/223)

[3] Mabadi 'Ushulul Fiqh (Muwajjiz Wafin Li Ahammi Mawdhu'at Ushulul Fiqh: Ta'rifat, Mushthalahat, Adillatisy Syari' al-Islamiy). Oleh: DR Abdul Hadi al-Fadhli. Penerbit: Mathabi 'Dar wa Maktabah al-Hilal. Th 1986. Bairut-Lubnan.





Saturday, February 25, 2012

nukilan buat kwn2...

Dunia ini terlalu indah utk diungkapkan dengan kata-kata...tetapi bagiku akhirat lebih indah jika kite gambarkan walaupon tidak nampak dengan mata kasar semasa didunia...org yang bijak sentiasa bersedia menghadapi kematian dan alam yg kekal selamanya...mereka sanggup tinggalkan dunia yg indah ini utk akhirat sebagai tempat pengabdian terakhir...manusia hari ini lalai dengan kesenangan dunia sehingga mereka mengabaikan segala perintah dan suruhan yg Allah tetapkan mereka...jiwa mereka kosong tanpa ada santapan rohani kerana dipenuhi oleh spiritual dunia yg sementara...mereka tidak tahu tujuan mereka hidup utk ape ...mereka lebih suka mengejar urusan dunia sehingga mereka bergaduh dan dengki antara satu sama lain..manusia diciptakan oleh Allah dengan pelbagai rupa,warna kulit dan bangsa supaya kamu berkenalan antara satu sama lain seperti mana kata Sayyid Qutb:

Kata Sayyid Qutb dalam menafsirkan ayat ini: “Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah.


Sedarlah wahai sahabat!!


Bukan warna kulit dan rupa bangsa menjadi ukuran tetapi nilai amalan dan sumbangan kamu kepada agama Allah yg dinilai diakhirat nanti...sedarlah wahai sahabat dunia ini sementara..tiada masa utk bersuka ria melainkan hanya beribadat kepada Allah...tunaikan hak anda dan jage hubungan kamu dengan manusia dan Allah...Allah menjadikan agama islam agama yg mudah utk diikuti...islam bukan agama yang menyusahkan penganutnya...islam agama mendidik dan menunjukkan jalan kebenaran kepada manusia..dua perkara yang manusia tidak akan sesat selagi mana mereka berpegang antara keduanya...iaitu al-Quran dan sunnah nabi..hari ini berapa ramai yang amalkan sunnah...mereka lebih suka berkata sunnah sahaja bukan wajib pon..ini semua statement yg boleh menjatuhkan islam..umat islam semakin lupa akan sunnah nabi...dunia mereka cari...barangsiapa yang tidak mengikut sunnahku maka dia bukan termasuk dlm umat nabi Muhammad...itu pesan nabi kite kne ikut...nabi merupakan manusia teragung ciptaan Allah sebagai role model kepada manusia...bukan artis dan pelakon yg kite banggakan..mereka x mampu beri ape2 utk kite diakhirat..


Sedarlah wahai sahabat!!


Disaat rakan2 kite dibuai mimpi indah dunia bantulah mereka ke jln yang benar..ajarkan mereka ilmu agama,bimbing mereka dan ajak mereka kearah kebaikan...sebaik2 manusia disisi Allah ialah mereka yang memberi manfaat kepada org lain...barangsiapa yang ajak manusia kearah kebaikan maka Allah akan melipat gandakan pahala mereka ....sampaikan ayt Rasulullah walaupon sepotong ayat...ini semua suruhan nabi kepada umatnya...siapa lg kalau bukan kite utk sampaikan amanah yang diberikan...tidakkah kamu berfikir sahabat2 nabi sanggup mati utk nabi...nyawa menjadi taruhan mereka...sedih melihat umat islam hari ini..hanya kejar dunia tp agama diabaikan sama sekali..hanya ada segelintir manusia yg masih sanggup dan rela mempertahankan agama...mereka manusia mulia...sebagai kesimpulan same2 kite amalkan sunnah nabi dan sentiasa igt kepada Allah..ikut islam sepenuhnya..bukan sekadar nama sahaja islam tp tiada pengamalan dlm ajaran islam...insyallah same2 kite berubah kearah mencari keredhaan Allah...



Thursday, February 23, 2012

9 mimpi nabi Muhammad sebelum diisraqkan..







9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
... 
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu dis
ebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...