assalamualaikum semua sahabat2..just nak kongsi ilmu sedikit buat sahabat semua...
cara-cara mendapat syafaat nabi di hari kiamat:
1. Tidak mensyirikkan Allah.
2. Berdoa selepas azan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud "Apabila mendengar azan maka jawablah seperti muazzin. Kemudian selepas azan berdoalah memohon untukku medapat wasilah( tempat tertinggi) di akhirat kelak".
3.Banyak berselawat ke atas nabi.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku."
4. Menetap di Madinah.
"Sesiapa yang bersabar atas keperitan hidup di Madinah, aku akan memberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."
(HR Muslim)
5. Perbykkan solat sunat.
6. Tunaikan hajat org islam.
7. Bersaudara kerana Allah.