My followers

Tuesday, August 20, 2013

Isu Mesir

 assalamualaikum kwn2 semua ..
 lama dah tak update blog ni..
 tetibe rasa nak update pasal isu mesir yang hangat diperdebatkan sekarang ini

Isu Mesir

Saya merasakan isu Mesir merupakan isu umat Islam sama sahaja seperti di negara-negara arab lain yang ditindas oleh pihak tertentu terutama rejim Zionis dan puak yahudi. Mereka menindas penduduk dan rakyat dengan melakukan pelbagai bentuk kekejaman seperti membunuh, menembak orang yang tidak berdosa. Di Mesir mereka telah merampas kuasa daripada kerajaan yang memerintah atas tiket demokrasi yang dipilih oleh rakyat iaitu Ikhwanul Muslimin yang diketuai oleh Dr. Mohd Morsi. 

Rampasan Kuasa

Rampasan kuasa telah berlaku di Mesir oleh pihak tentera yang dipimpin oleh As-Sisi kerana mereka tidak mahu Islam tersebar luas dan menganggap Islam agama tidak boleh membawa kepada kemajuan. rakyat menuntut keadilan di sana dengan turun ke jalan raya selepas Ikhwanul Muslimin mengambil tampuk pimpinan Mesir daripada Hosni Mubarak yang kalah dalam pilihan raya yang dijalankan di Mesir. pihak PBB hanya sebagai boneka yang melihat sahaja apa yang berlaku di Mesir. Mereka seolah-olah pejam sebelah mata dan tidak mengambil peduli tentang ape yang berlaku. Saban hari kita melihat rakyat terutama penyokong Ikhwan dibunuh oleh pihak tentera tanpa perikemanusiaan. 

Bantahan solidariti

Pelbagai pihak termasuk Malaysia telah mengadakan bantahan supaya menghentikan serangan besar-besaran dengan membunuh rakyat Mesir. Kita dapat lihat ape yang berlaku di Mesir tentang perangai orang kafir dalam menentang Islam tidak ubah seperti yang di nyatakan di dalam al-Quran bahawa perangai mereka sama sahaja seperti binatang bahkan lebih teruk daripada itu. benarlah isi al-Quran mendahului zaman bagi mereka yang berfikir dan mentadabbur al-Quran.  

Isu Mesir dengan sejarah Islam

Sejarah telah membuktikan bahawa kerajaan Firaun yang mengaku dirinya tuhan telah dihancurkan oleh Allah di dalam laut merah. Mereka tidak dapat melawan kuasa Allah dan akhirnya mereka dibinasakan. kita seharusnya terus berpegang teguh pada Islam dan sentiasa berdoa semoga isu di Mesir berakhir dengan kemenangan umat Islam. aminn...

sekian sahaja coretan saya untuk kali ini.
assalamualaikum..



Sedikit info tentang simbol gambar di atas:

Rabaah bermaksud Empat. Asal perkataan nombor arab Arbaah. Di Mesir Medan yang digunakan untuk berhimpun selepas tentera merampas kuasa adalah di hadapan Masjid Rabiatul Adawi'ah iaitu di Medan Rabaah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...