My followers

Saturday, November 24, 2012

amalan sunnah 10 Muharram...


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim

Antara amalan yg sunat dilakukan pd hr Asyura :

~ Memuliakan fakir miskin
fadhilat – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
~ Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
~ Bersedekah
fadhilat – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dr kecil hingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
~ Mandi Sunat
fadhilat – Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : ‘Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala’
~ Bercelak
fadhilat – tidak akan sakit mata pada tahun itu.
~ Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
~ Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat – Allah mengampunkan dosanya walau selama 50thn melakukannya.
~ Membaca ‘hasbiyallahhu wani’mal wakil wa ni’mal maula wa ni’mannasiiru
fadhilat – Tidak mati pada tahun ini .
~ Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
~ Puasa
fadhilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...