My followers

Monday, May 28, 2012

pesanan Nabi kepada Abu Darda'

assalam sahabat2...entri kali ni sy nak kongsikan sedikit mengenai pesanan Rasulullah kepada Abu Darda' yang merupakan sahabat nabi:

"janganlah engkau menyekutukan Allah dengan sesuatu,walaupon engkau dibakar dan dipotong."

"janganlah sekali-kali engkau meninggalkan solat wajib 5 waktu dengan sengaja kerana barangsiapa yang tinggal solat dengan sengaja akan lepas daripada jaminan Allah".

"jangan sekali-kali engkau minum arak,sesungguhnya arak itu adalah kunci kejahatan."

"Taatlah kepada kedua ibu bapa,seandainya keduanya menyuruhmu mengeluarkan hartamu seluruhnya maka keluarkanlah semua harta untuk keduanya".

"jangan engkau bertentangan dengan pemimpin walaupon memandang engkau lebih daripadanya".

"jangan engkau lari dari medan perang walaupon kawan engkau lari."

"infakkan hartamu kepada keluargamu".

"janganlah engkau membuang rotan daripada keluargamu kerana sayang hendak memukulnya.Pukullah kerana mendidik, bukan kerana mendera."

"berilah amaran kepada mereka supaya takutkan Allah."

(hadis riwayat Bukhari,Ahmad,Ibnu Majah,Thabrani)


Friday, May 25, 2012

nilai perjuangan...

assalamualaikum sahabat2...

ape kaba antum semua?? insyallah harap2 sihat2 sahaja ea...moga hidup antum diberkati dan dilindungi Allah...
sekadar ingin berkongsi sedikit pasal erti sebuah perjuangan...

apakah tujuan sebenar kite hidup di dunia ini?? apekah perjuangan sebenar yg kite sering ungkapkan pada diri kite dan org lain...adakah perjuangan itu diredhai dan diterima Allah...??

banyak persoalan timbul bile berckp soal dan erti perjuangan ....adakah kite sebagai umat islam berjuang berlandaskan syariat islam atau sekadar mainan politik yg berunsur duniawi sehingga pemikiran kite menguasai nilai perjuangan dan konsep perjuangan yg dianjurkan oleh Allah dalam al-Quran kite tolak...


kite melihat dunia hari nie berbeza dengan zaman kegemilangan perjuangan para sahabat nabi yang sanggup mati memperjuangkan tanah air mereka daripada dijajah oleh org kafir dan nilai iman mereka begitu jauh berbeza dengan iman kite pada hari ini...dunia hari ini menyaksikan begitu byk perjuangan yg mereka suarakan tetapi adakah perjuangan mereka utk kepentingan hubungan dengan Allah atau hanya sesama manusia sahaja...

dimana nilai perjuangan sebenar yg mereka fikirkan...bagi saya nilai perjuangan sebenar membawa konsep didalam Al-Quran dan sunnah nabi dalam erti kata perjuangan dengan mengharap keredhaan Allah semata2..disamping tidak menolak kepentingan dunia...erti perjuangan bukan hanya bermain politik dan berdemonstrasi tanpa hala tuju...adakah usaha ini Allah berkati...adakah dakwah tersebar dengan cara begini?? 

islam telah menganjurkan jalan dakwah kepada kite supaya umat islam sebarkan kebaikan dengan menyampaikan ajaran nabi tetapi berapa ramai manusia yg berdakwah?? dengan jalan dakwah manusia dapat bersatu hati dan dengan itu mereka dapat menentang golongan kafir...nilai perjuangan juga dikaitkan dengan konsep pemerintahan sesebuah negara itu...apekah perlembagaan dan prinsip yg mereka letakkan betul2 dihayati dan dilaksanakan atau sekadar tertulis didalam buku...same2 lah kite fikirkan sahabat...dimana letaknya nilai perjuangan kite...adakah sekadar mainan bibir atau usaha yg sia2...insyallah..wsalam..

Wednesday, May 23, 2012

Betulkan niat dalam menuntut ilmu...

assalamualaikum sahabat2...

just nak share sedikit renungan buat sahabat2....

alhamdulillah selesai sudah projek final year selepas penghantaran draft tesis dan kerja lab....bersyukur dpt kwn2 dan  yang byk membantu dalam menyiapkan projek walaupon ad beberapa kekangan yg dialami...biasalah kehidupan sebagai seorang pelajar kan..ak anggap itu satu ujian dan cabaran dlm belajar dan Allah akan menguji hambaNya...dalam sibuk menyiapkan kerja jgn lupa kepada Allah yg telah menciptakan kite ...sentiasa beribadat dan dekatkan diri kepadaNya...insyallah Allah akan memudahkan jalan hidup kite didunia...

ape tujuan kite belajar atau menuntut ilmu??

adakah sekadar utk memperoleh ilmu utk diri kite sahaja? adakah niat kite ikhlas dalam mendalami ilmu??

selalu ak bertanya kepada diri mengapa kite mempelajari ilmu x kire la dimana2 sahaja...adakah utk lulus periksa dan sebagainya.. persoalannya adakah ak betul2 ikhlas kerana Allah dalam menuntut ilmu??

A: kenapa ko belajar sampai masuk U?
B: eh mestilah nak keje hebat2...nak dpt duit yg banyak....

adakah kite seperti B yang menyatakan menuntut ilmu utk dapat kerja dan disanjung org dengan ilmu yg kite miliki...emm kdg2 terfikir menuntut ilmu juga disandarkan kepada agama dan Allah bukan sebarang ilmu kite boleh tuntut...byk pemikiran yg salah tentang tujuan kite belajar ilmu...terutama ilmu dunia...

sebaiknya kite seimbangkan ilmu dunia dengan akhirat dan betulkan niat kite kerana Allah bukan utk mendpt pekerjaan dan sanjungan tetapi utk memberi manfaat kepada manusia seperti dlm hadith nabi ad menyatakan bahawa org yg paling baik disisi Allah ialah org yg memberi manfaat kepada org lain dan sampaikan aytku walaupon sepotong ayt..marilah sahabat kite sama2 betulkan niat kite dalam mempelajari ilmu...insyallah Allah makbulkan doa2 kite...sekian wsalam..


Sunday, May 20, 2012

13 perkara wanita perlu jaga...


13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.(Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong.(Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.(Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.(Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.)Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.(Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.)Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.(Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.(Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)  Riwayat Imran bin Hushain ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita.



Saturday, May 19, 2012

ape itu zuhud??


assalamualaikum...entri kali nie nak citer pasal zuhud...


apakah makna zuhud ?? zuhud ialah satu perasaan di mana mereka meletakkan akhirat melebihi dunia dalam hati dan urusan mereka semasa di dunia. berikut adalah ciri-ciri orang yg zuhud:


Apabila kamu melihat seorang hamba dan dianugerahkan kepadanya diam dan zuhud di dunia, maka dekatlah kepadanya. Sesungguhnya ia akan mengajarkan ilmu hikmah."


(Ibnu Majah)


Zuhud ialah sifat yang menggerakkan seseorang meninggalkan perkara yang haram dan yang syubhah, mengelakkan diri dari bersedap-sedap dengan syahwah yang harus (contoh: makanan, perhiasan, seks dll secara berlebihan). Maka setiap orang yang zuhud itu warak, dan bukan setiap orang yang warak itu zuhud. Warak lebih umum daripada zuhud.”

1. Ertinya meninggalkan dunia melainkan kadar yang patut daripadanya.2. Zuhud yang sempurna ialah meninggalkan perkara lain selain Allah S.W.T.
3. Dunia ialah tiap-tiap perkara yang tidak dituntut oleh syarak dan ianya sebagai tempat bercucuk-tanam ( berbuat kebaikan dan amalan soleh ) untuk akhirat yang kekal abadi selama-lamanya.
4. Setiap manusia berkehendak kepada beberapa perkara bagi meneruskan hidup yang mana manusia berkehendak kepada makanan , pakaian , tempat tinggal dan lain-lain lagi.
5. Oleh yang demikian, sifat zuhud itu adalah mencari keperluan hidup sekadar yang boleh membantu ia untuk beribadah kepada Allah S.W.T.
( zuhud orang awam ).

( Dipetik daripada - Hidup Bertaqwa Oleh Dato’ Hj. Ismail bin Hj. Kamus
M / S 274 - 276 )



beza org yang ad dunia dalam hati mereka dengan org yg fikir akhirat tetapi tidak lupa kepada dunia kerana nilai iman di hati mereka dan takut akan azab Allah di akhirat...sifat zuhud ini semakin berkurangan dalam hati umatt islam hari ini kerana mereka lebih terpengaruh dengan kehdupan dunia berbanding akhirat...


Oleh itu sebagai umat islam kite seharusnya memperbykkan amal ibadah dalam meningkatkan kehidupan dunia dan akhirat keranan Allah akan meringankan urusan dunia jika mereka fikir bekalan untuk hari akhirat..

Saturday, May 12, 2012

5S STRATEGI JATUHKAN UMAT ISLAM..



Assalamualaikum...entri kali nie just nak update pasal bagaimana yahudi menjatuhkan umat islam...sejarah telah menunjukkan yahudi menjatuhkan umat islam dengan penjajahan minda dan secara halus dibincangkan di bawah...

Pernah dengar mengenai 5S?? 5S merupakan salah satu senjata Yahudi untuk menjatuhkan umat islam.. Tapi apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan 5S tu? Senjata apa yang dimaksudkan sebenarnya.. Kalau pada zaman Rasulullah saw dulu boleh la kita cakap yang peperangan berlaku dengan menggunakan pedang, panah dan sebagainya. Tapi sekarang, mereka menggunakan cara yang lebih halus untuk menjatuhkan umat islam iaitu dengan menggunakan 5s itu..


1. Sports
Kita tengok la sekarang. Sukan menjadi perkara penting dalam membangunkan nama negara. Bola sepak contohnya. Boleh dikatakan hampir keseluruhan rakyat meminati sukan bola sepak tak kira lelaki mahupun wanita, tua mahupun muda.. Semuanya meminati bola sepak sehingga sanggup memenuhi stadium semata-mata untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Yang paling menyedihkan, bila ada dalam kalangan mereka yang meninggalkan solat. Inilah  salah satu senjata yang Yahudi gunakan iaitu membiarkan umat Islam meninggalkan solat yang merupakan tiang kepada agama kita, agama Islam.


2. Song
Makin hari, dunia makin penuh dengan hiburan. Banyak hiburan yang melalaikan. Konsert sana sini. Kita negara Islam tetapi melahirkan golongan belia yang tak mengenal Allah. Mereka lebih suka menjadikan artis sebagai idola Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian, lahirnya pula generasi yang tidak mempedulikan Islam di sisi mereka. 


3. Sex
Kita tengok sahaja negara sekarang. Hampir setiap hari kita dengar ada kes pembuangan bayi. Mengandung luar nikah dan seterusnya anak-anak yang tak berdosa itu yang menjadi mangsa ibu bapa yang tak mengenal dosa dan pahala. Islam sendiri menyarankan umatnya menutup pintu zina dengan tidak melakukan pergaulan bebas. Tapi lihatlah sekarang, masalah sosial semakin menjadi-jadi. 


4. Smoke
Bila ditanya kepada lelaki, kenapa mereka merokok.. Jawapan mereka merokok ni nampak macho. Walaupun dah keluar amaran dari pihak kesihatan yang menyatakan merokok membahayakan kesihatan, tapi masih ramai lagi yang pilih untuk merokok. Kerajaan tak dapat menghentikan pengeluaran rokok sebab negara menambah keuntungan dengan rokok. 


5. Sugar
Sebut saja KFC, McD, Pizza Hut.. Semua orang tau. Generasi sekarang lebih suka menikmati hidangan ini berbanding nasi lemak. Tak cukup dengan tu, dadah dan arak sekarang makin menjadi-jadi. Budak-budak sekolah pun dah mula terlibat dengan najis dadah ni. 


Cuba kita perhatikan sekarang ni. 5S yang digunakan oleh pihak yahudi ni hampir berjaya untuk menjatuhkan umat Islam. Generasi kini hampir melupakan Islam. Malahan ada yang hanya Islam pada nama tetapi setiap tingkah lakunya bertentangan dengan Islam. Kemana hala tuju kita? Adakah kita pilih untuk diperangi oleh mereka? Atau memilih untuk menentang mereka. Persiapkan diri kita dengan ilmu agama agar kita pertahankan diri kita dari dijatuhkan oleh mereka.Wallahu alam...sekian...wassalam...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...