My followers

Saturday, January 21, 2012

ak tidak sempurna sama seperti kamu...



assalamualaikum sedikit coretan yg membuatkan ak teharu bile membacanya dengan penuh penghayatan....manusia mmg dilahirkan tidak sempurna hanya Allah yg maha sempurna menciptakan manusia dengan  serba kekurangan supaya kamu saling nasihat menasihati dan sentiasa tegur menegur dan memperbaiki diri...subhanallah begitu indah Allah menciptakan manusia supaya mereka sentiasa mendekatkan diri kepadaNya...insyallah sedikit nukilan yg membuatkan anda berfikir bile membacanya...selamat membaca..




Aku Tak Sempurna. Kau Pun Tak Sempurna..

Aku ingin mengenalmu dengan sempurna

Tanpa bercinta yang saat ini perkara biasa orang lain lakukan. Cukuplah aku mengenalmu melalui murabbi dan keluarga. Kerana pernikahan adalah proses pengenalan yang berkesinambungan. Pernikahan bukanlah akhir bagi sesuatu perkenalan, namun sebenarnya awal dari perkenalan. Aku memang tidak mengenalmu, namun aku akan berusaha mengenalmu semampuku, setelah kita halal untuk saling mengenal.

Aku ingin melamarmu dengan sempurna

Tanpa pertukaran hadiah valentine’s day terlebih dahulu seperti yang orang lain . Cukuplah aku sekadar hanya mengenalkan diriku dan keluargaku kepada keluargamu. Semoga tercipta keharmonian kerana menghormati kesucian pernikahan. Aku memang tidak mampu memberikan banyak harta untuk melamarmu, namun aku berjanji untuk berusaha mencari harta semampu kita. Harta yang halal untuk kita gunakan bersama.

Aku ingin menikahimu dengan sempurna

Tanpa terlalu banyak kemeriahan yang mendekati kenikmatan dunia. Cukuplah rasa bahagia yang menyelimuti keluarga, sanak saudara, sahabat, serta kita berdua khususnya, menjadi keriangan tersendiri, dalam haru yang tercipta berjaya mendirikan sebuah lagi masjd. Aku memang tidak mampu untuk memberikan kemewahan pada hari pernikahan kita, namun aku berjanji akan selalu membuatmu bahagia di hari-hari setelah pernikahan kita. Sesungguhnya pernikahan bukanlah fasa terakhir dalam perjalanan hidup kita, namun gerbang awal untuk membuka salah satu jalan menuju Syurga-Nya.

Aku ingin mencintaimu dengan sempurna

Tanpa banyak kata yang membalut kebohongan belaka. Cukuplah rayuan dan gurauan ringan untuk menghiasi pernikahan kita. Aku memang tidak pandai merangkai kata romantis selalu untuk mu, namun aku tahu bagaimana menjaga kedudukanmu. Kau bukan berada di atas kepala hingga selalu perlu disanjung puja, bukan pula berada di bawah kaki untuk dipijak dan dihina. Kau adalah tulang rusuk kiriku, dekat dihatiku untuk selalu ku cinta. Aku tidak berani berjanji untuk mencintaimu sepenuhnya, namun aku berani berjanji untuk selalu belajar mencintaimu sepenuhnya. Cinta sejati yang membuat kita semakin mencintai-Nya.

Aku ingin hidup bersamamu dengan sempurna

Tanpa banyak terpengaruh perkara yang menimbulkan perselisihan antara kita berdua. Cukuplah atas nama Allah segala tingkahlaku kita, disertai Al-Qur’an penerang jalan hidup kita, dan Al-Hadis pengiring liku hidup kita. Aku memang tidak dapat membuatkan mu bahagia selalu, namun aku berjanji untuk selalu ada dalam setiap suasana keadaan dan perasaanmu. Aku ingin menyediakan bahu dalam kesedihanmu, menjadi ubat penenang dalam kerisauan mu, serta melebarkan pangkuan di saat kelemahanmu.

Aku ingin memperoleh keturunan darimu dengan sempurna

Tanpa ego yang menaungi diri masing-masing, kita berdua membicarakan persetujuan dalam perancangan. Cukuplah kita berdua yang tahu akan keinginan dan kemampuan kita. Melalui mu, lahirlah buah hati kecil pelengkap hidup kita.

Aku tak sempurna. Kau pun tak sempurna. Ketidaksempurnaanmu menjadi pelengkap ketidaksempurnaanku, hingga kita akan sempurna, meskipun hanya bagi kita berdua. Biarlah Allah yang Maha sempurna, yang berhak menilai kesempurnaan kita.




Monday, January 16, 2012

hikmat solat khusyuk..

Hikmah terhasil daripada solat yang Khusyuk

Maka kami memperkenankan doanya, dan kami anugerahkan kepada nya Yahya dan kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada kami dengan harap dan cemas[970]. dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada kami.Maksudnya: mengharap agar dikabulkan Allah doanya dan khawatir akan azabnya.

1. Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman,

2. (yaitu) orang-orang yang khusyu’ dalam sembahyangnya,

Kalau sekiranya kami turunkan Al-Quran Ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

Hikmah terhasil daripada solat yang Khusyuk

1-Merendahkan kandungan oksigen semasa khusyuk memberi kerehatan terbaik untuk tubuh badan.

2 – mengurangkan kadar pernafasan, yang membantu untuk mencapai tahap ketenangan yang sempurna.

3 – meningkatkan aliran darah dan meningkatkan prestasi jantung.

4 – amalan khysyuk amat berguna untuk mereka yang mengalami emosi neurologi kronik

5 – mengurangkan kebimbangan, meningkatkan keyakinan dan harapan.

6 – mengurangkan ketegangan otot dan membantu otot berehat.

7 – Membantu dalam penyembuhan penyakit jantung dan kematian secara tiba-tiba.

8 – membantu menyembuhkan beberapa penyakit kronik seperti alahan dan artritis.

9 – menguatkan sistem imun yang membantu untuk menentang sebarang penyakit.

10 – memberikan kekuatan manusia dan keyakinan diri serta ketenangan fikiran.

11 – Boleh mengamalkan amalan khusuk untuk mengurangkan berat badan

12 – mengurangkan degenerasi sel, yang membawa kepada memanjangkan jangka hayat dan penuaan kelewatan (Insya-Allah)

13 – Berusaha mencapai khusyuk sebagai rawatan untuk kesakitan dan sakit kronik, sukar, (dapat mengawal kesakitan).

14- Khusyu adalah cara paling mudah untuk merawat sakit kepala dan migrain.

15 – Membantu menyembuhkan asma.

16 – Menimbulkan kecerdasan otak dan meningkatkan tenaga badan.

17 – Manusia memberi keyakinan diri yang tinggi pada mereka yang khusyuk.

18 – Dapat mengawal perasaan takut dan ketegangan mental serta panyakit yang ada berkaitan dengannya.

19 – Dapat merancang dan mengusai mental .

20 – Membantu meningkatkan keupayaan belajar dan mengambil pangajaran serta mengingatinya.

21 – Khusyuk adalah satu-satunya cara untuk menghasilkan buah fikiran yang kreatif!

22 – Khusyuk membantu anda untuk kestabilan emosi.

23 – membantu dalam penyelenggaraan sel-sel, terutama pada sel-sel otak.

24 – Mendidik kepada hubungan baik dengan orang lain (melalui akhlak yang baik).

25 – Membantu mengabaikan isu remeh-temeh (Perhatikan pada firman Allah SWT tentang khusyuk pada bahasa , kenapa kita masih mensia-siakannya, mengapa?).

Hubungan antara al-Quran dan menghormati semua gejala perkara remeh (terbiar), dan saintis mengesahkan peraturan ini, di mana mereka berkata: Cara terbaik untuk menangani pemikiran negatif dan kebimbangan kronik dan kebimbangan adalah berguna dan banyak bercakap tanpa faedah … Semua ini boleh dirawat dengan mudah dan dengan meditasi sedikit setiap hari, bagi kita umat Islam, kita katakan: cara terbaik untuk merawat sebarang masalah fizikal atau psikologi, atau untuk memulakan menghormati sukan sosial membaca al-Quran dan Sains dan memikirkan tentang ciptaan Allah

26 – Khusyuk membantu anda untuk meningkatkan produktiviti anda di tempat kerja.

27 – membangunkan tekad dan membersihkan jiwa daripada masalah psikologi peribadi.

28 – Membantu meningkatkan prestasi otak, yang membantu untuk membuat keputusan yang betul.

29 – mengurangkan keganasan dalam masyarakat dengan kecenderungan agresif.

30-Membantu dalam penyembuhan daripada “penyakit merokok!”

31 – Membantu untuk tidur yang lebih baik dan insomnia penawar, serta gangguan tidur .

32 – Menambah rasa lebih bertanggungjawab.

33 – Membantu membangunkan kemahiran mendengar dan interaksi dengan orang lain dan mendapat kepercayaan mereka.

34 – Khusyuk memberikan anda keupayaan untuk menghadapi kesusahan dan menghadapi keadaan sukar secara tenang!

35 – Menjadikan manusia yang lebih seimbang dalam kehidupan sosialnya ( dalam masyarakat ).

36 – Membantu anda menghasilkan ketenangan fikiran dan kemampuan untuk menyelesaikan masalah, terutama apabila berhadapan dengan lebih banyak masalah pada satu masa!

37 – Menambah kebaikan dalam hubungan di antara otak dan hati serta jiwa dan roh.

38 – Menambah kemampuan anda untuk memberi atau membantu orang lain dan kasih sayang serta kebaikan .

39 – membantu anda untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang berbeza, khususnya suasana kehidupan anda alami sekarang.



Tuesday, January 10, 2012

kisah benar....

Payudara Disepit Dengan Penyepit Daripada Api Neraka






Ini adalah kisah benar tentang seorang pramugari yang koma semasa berada di tanah suci Mekah

Artikel dari Hj.Mazlan Hj.Nasron. Selama hampir sembilan tahun menetap di Mekah dan membantu
ayah saya menguruskan jemaah haji dan umrah, saya telah melalui pelbagai pengalaman menarik
dan pelik.

Walaubagaimanapun, dalam banyak-banyak peristiwa itu, ada satu kejadian yang pasti tidak akan saya lupakan sampai bila-bila.

Ianya berlaku kepada seorang wanita yang berusia di pertengahan 30-an. Kejadian itu berlaku pada pertengahan 1980-an semasa saya
menguruskan satu rombongan haji. Ketika itu umur saya baru 20 tahun dan masih menuntut di Universiti Al-Azhar, Kaherah. Kebetulan ketika itu saya balik ke Mekah sekejap untuk menghabiskan cuti semester.

Saya menetap di Mekah mulai 1981 selepas menamatkan pengajian di Sekolah Agama Gunung Semanggol, Perak. Keluarga saya memang
semuanya di Mekah, cuma saya seorang saja tinggal dengan nenek saya di Perak.

Walaupun masih muda, saya ditugaskan oleh bapa saya, Haji Nasron untuk menguruskan jemaah haji dan umrah memandangkan saya adalah anak sulung dalam keluarga.

Berbalik kepada cerita tadi, ketibaan wanita tersebut dan rombongan haji di Lapangan Terbang Jeddah kami sambut dengan sebuah bas. Semuanya nampak riang sebab itulah kali pertama mereka mengerjakan haji. Sebaik sampai, saya membawa mereka menaiki bas dan dari situ, kami menuju ke Madinah. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar hinggalah kami sampai di Madinah.

Tiba di Madinah, semua orang turun daripada bas berkenaan. Turunlah mereka seorang demi seorang sehingga tiba kepada giliran wanita
terbabit. Tanpa apa-apa sebab, sebaik sahaja kakinya mencecah bumi Madinah, tiba-tiba wanita
itu tumbang tidak sedarkan diri.

Sebagai orang yang dipertanggungjawabkan mengurus jemaah itu, saya pun bergegas menuju ke arah wanita berkenaan.

“Kakak ni sakit,” kata saya pada jemaah-jemaah yang lain.

Suasana yang tadinya tenang serta merta bertukar menjadi cemas. Semua jemaah nampak panik
dengan apa yang sedang berlaku.

“Badan dia panas dan menggigil. Kakak ni tak sedarkan diri, cepat tolong saya, kita bawa dia ke
hospital,” kata saya.

Tanpa membuang masa, kami mengangkat wanita tersebut dan membawanya ke hospital Madinah
yang terletak tidak jauh dari situ. Sementara itu, jemaah yang lain dihantar ke tempat penginapan
masing-masing. Sampai di hospital Madinah, wanita itu masih belum sedarkan diri. Berbagai-bagai usaha dilakukan oleh doktor untuk
memulihkannya, namun semuanya gagal. Sehinggalah ke petang, wanita itu masih lagi koma.

Sementara itu, tugas mengendalikan jemaah perlu saya teruskan. Saya terpaksa meninggalkan wanita tersebut terlantar di hospital berkenaan. Namun dalam kesibukan menguruskan jemaah, saya
menghubungi hospital Madinah untuk mengetahui perkembangan wanita tersebut.

Bagaimanapun, saya diberitahu dia masih tidak sedarkan diri. Selepas dua hari, wanita itu masih juga tidak sedarkan diri. Saya makin cemas, maklumlah, itu adalah pengalaman pertama saya
berhadapan dengan situasi seperti itu.

Memandangkan usaha untuk memulihkannya semuanya gagal, maka wanita itu dihantar ke Hospital Abdul Aziz Jeddah untuk mendapatkan rawatan lanjut sebab pada masa itu hospital di Jeddah lebih lengkap kemudahannya berbanding hospital Madinah. Namun usaha untuk memulihkannya masih tidak berhasil. Jadual haji
mesti diteruskan. Kami bertolak pula ke Mekah untuk mengerjakan ibadat haji.

Selesai haji, sekali lagi saya pergi ke Jeddah. Malangnya, bila sampai di Hospital King Abdul Aziz, saya diberitahu oleh doktor bahawa wanita tersebut masih koma. Bagaimanapun, kata doktor,
keadaannya stabil. Melihat keadaannya itu, saya ambil keputusan untuk menunggunya di hospital.

Selepas dua hari menunggu, akhirnya wanita itu membuka matanya. Dari sudut matanya yang
terbuka sedikit itu, dia memandang ke arah saya. Sebaik saja terpandang wajah saya, wanita
tersebut terus memeluk saya dengan erat sambil menangis teresak-esak. Sudah tentu saya terkejut sebab saya ni bukan muhrimnya. Tambahan pula kenapa saja dia tiba-tiba menangis?? Saya bertanya kepada wanita tersebut;

“Kenapa kakak menangis?”

“Mazlan.. kakak taubat dah Lan. Kakak menyesal, kakak takkan buat lagi benda-benda yang tak baik. Kakak bertaubat, betul-betul taubat.”

“Kenapa pulak ni kak tiba-tiba saja nak bertaubat?” tanya saya masih terpinga-pinga.

Wanita itu terus menangis teresak-esak tanpa menjawab pertanyaan saya itu. Seketika kemudian dia bersuara, menceritakan kepada saya mengapa dia berkelakuan demikian, cerita yang bagi saya
perlu diambil iktibar oleh kita semua. Katanya ;

“Mazlan, kakak ni sudah berumah tangga, kahwin dengan lelaki orang putih. Tapi kakak silap. Kakak ini cuma Islam pada nama dan keturunan saja. Ibadat satu apa pun kakak tak buat. Kakak tak
sembahyang, tak puasa, semua amalan ibadat kakak dan suami kakak tak buat. Rumah kakak penuh dengan botol arak. Suami kakak tu kakak sepak tendang, kakak pukul-pukul saja,” katanya tersedu-sedan.

“Habis yang kakak pergi haji ini?”

“Yalah…kakak tengok orang lain pergi haji, kakak pun teringin juga nak pergi.”

“Jadi apa sebab yang kakak menangis sampai macam ni sekali. Ada sesuatu ke yang kakak alami
semasa koma?” tanya saya lagi.

Dengan suara tersekat-sekat, wanita itu menceritakan ;

“Mazlan…Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Kaya. Semasa koma tu, kakak telah diazab dengan
seksaan yang benar-benar pedih atas segala kesilapan yang telah kakak buat selama ini.

“Betul ke kak?” tanya saya, terkejut.

“Betul Mazlan. Semasa koma itu kakak telah ditunjukkan oleh Allah tentang balasan yang Allah beri kepada kakak. Balasan azab Lan, bukan balasan syurga. Kakak rasa seperti diazab di neraka. Kakak ni seumur hidup tak pernah pakai
tudung.Sebagai balasan, rambut kakak ditarik dengan bara api. Sakitnya tak boleh nak kakak
ceritakan macam mana pedihnya. Menjerit-jerit kakak minta ampun minta maaf kepada Allah.”

“Bukan itu saja, buah dada kakak pula diikat dan disepit dengan penyepit yang dibuat daripada bara
api, kemudian ditarik ke sana-sini, putus, jatuh ke dalam api neraka. Buah dada kakak rentung terbakar, panasnya bukan main. Kakak menjerit, menangis kesakitan. Kakak masukkan tangan ke dalam api itu dan kakak ambil buah dada tu balik”, tanpa mempedulikan pesakit lain dan jururawat
memerhatikannya wanita itu terus bercerita.

Menurutnya lagi, setiap hari dia diseksa, tanpa henti, 24 jam sehari. Dia tidak diberi peluang langsung untuk berehat atau dilepaskan daripada hukuman sepanjang masa koma itu dilaluinya dengan azab yang amat pedih. Dengan suara
tersekat-sekat, dengan air mata yang makin banyak bercucuran, wanita itu meneruskan ceritanya ;

“Hari-hari kakak diseksa. Bila rambut kakak ditarik dengan bara api, sakitnya terasa seperti nak
tercabut kulit kepala. Panasnya pula menyebabkan otak kakak terasa seperti menggelegak. Azab itu
cukup pedih, pedih yang amat sangat, tak boleh nak diceritakan.”

Sambil bercerita, wanita itu terus meraung, menangis teresak-esak. Nyata dia betul-betul menyesal dengan kesilapannya dahulu. Saya pula terpegun, kaget dan menggigil mendengar ceritanya. Begitu sekali balasan Allah kepada umatnya yang ingkar.

Thursday, January 5, 2012

kelebihan surah al-Insyirah.





Kelebihan Surah Al-Insyirah. 

1. Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku". 

2. Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya. 

3. Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat. 

4. Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan.

5. Sesiapa membaca Surah Al-Insyiraah 40 (empat 
puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.

6. Sesiapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.

7. Sesiapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.

8. Sesiapa benak menghafaz, tulislah Surah Al-Insyiraah dan minum airnya bersama-sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.

9. penyakit migraine (sakit kepala) dibuat kedua tangan seperti dalam solat (tangan di atas perut) akan tetapi kedua tangan tadi masih bercantum diangkat ke atas tengah (ubun) kepala dan di tekan di atas kepala sambil membaca Surah Al-Insyirah 7 kali atau 3 kali dibuat selama 11 hari dengan izin Allah hilang migraine

Monday, January 2, 2012

info mazhab imam syafie

Mazhab Syafie






Mazhab Syafie diasaskan oleh Muhamad bin Idris Al-Syafie. Beliau dilahirkan pada tahun 150 hijrah
di sebuah bandar yang bernama Ghizah di Palestin. Inilah tarikh paling masyhur di kalangan ahli
sejarah. 

Imam Syafie adalah keturunan Bani Hashim dan Abdul Mutalib. Keturunannya bertemu dengan
keturunan Rasulullah di sebelah datuk Baginda iaitu Abdul Manaf.

Beliau seorang miskin, tetapi kaya dengan semangat dan bercita-cita tinggi dalam menuntut ilmu. Beliau banyak mengembara dalam menceduk dan menimba ilmu.

Imam Syafie dianggap seorang yang dapat memadukan antara hadis dan fikiran serta membentuk undang-undang fiqh. Pada permulaannya beliau cenderung dalam bidang
sastera dan syair, tetapi mengubah pendiriannya kepada mempelajari ilmu fiqh dan hadis hingga ke tahap paling tinggi.

Imam Syafie ialah imam ketiga mengikut susunan tarikh kelahiran mazhab empat serangkai.

Beliau adalah penyokong kepada ilmu hadis dan pembaharuan agama (mujaddid) bagi abad yang ke-2 hijrah. Imam Ahmad Bin Hanbal pernah berkata: “Diceritakan kepada Nabi Muhamad bahawa Allah menghantar kepada umat ini
seorang pembaharu kepada agama, Umar Bin Abdul Aziz dihantar untuk abad yang pertama dan aku harap Imam Syafie adalah mujadid abad yang kedua.”

Ketika muda, Imam Syafie, hidup dalam kemiskinan, hingga beliau terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang
untuk ditulis di atasnya. Beliau kadang-kala terpaksa ke tempat perhimpunan orang ramai meminta kertas untuk menulis pelajarannya.

Imam Syafie menghafaz al-Quran dengan mudah iaitu ketika masih kecil lagi. Beliau menghafaz dan
menulis hadis.

Beliau sangat tekun mempelajari kaedah dan nahu bahasa Arab. Untuk itu, beliau pernah mengembara ke kampung dan tinggal bersama puak Hazyal selama 10 tahun. Hal ini kerana puak Hazyl terkenal sebagai kabilah yang paling baik bahasa Arabnya.

Imam Syafie banyak menghafaz syair dan qasidah daripada puak Hazyl. Beliau juga banyak
menumpukan masa dan tenaganya kepada sastera dan sejarah pada masa mudanya. Namun, Allah
menghendaki dan melorongkan kepadanya dalam bidang ilmu fikah.

Antara sebabnya, pada suatu hari Imam Syafie bersyair sambil menunggang kuda bersama
seorang lelaki. Lalu berkata lelaki itu : “Tidak sesuai engkau bersyair kerana itu boleh menjatuhkan
maruah. Alangkah baiknya belajar ilmu fiqh?”

Kata-kata itu sangat memberi kesan kepada Imam Syafie. Sejak itu beliau menumpukan masa dan tenaga kepada ilmu fiqh.

Salah seorang guru Imam Syafie dalam pelajaran ilmu fiqh dan hadis ialah Imam Malik. Antara guru
Imam Syafie selain Imam Malik ialah mufti dan faqih Mekah iaitu Muslim bin Khalid az-Zanji, dan Syaikhul
Muhaddisin Sufyan bin Uyaynah.

Ilmu fiqh yang dibawa oleh Imam Syafie adalah satu zaman perkembangan ilmu fiqh dalam sejarah perundangan Islam. Hal ini kerana beliau yang menghimpun atau menyatukan ilmu fiqh ahli akal
dan fikir dengan ilmu fiqh ahli akal dan hadis.

Ilmu fiqh Imam Syafie adalah ikatan sunnah dan qias serta pemikiran dengan beberapa pertimbangan dan sekatan. Hal ini demikian kerana
ilmu fiqh yang menetapkan cara atau peraturan untuk memahami al-Quran dan hadis. Ia juga menetapkan kaedah pengeluaran hukum dan kesimpulannya.

Lantaran itulah beliau berhak dianggap penaja bagi ilmu usul fiqh.

Mazhab Syafie merupakan jalan tengah bagi Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki. Imam Syafie
sendiri pernah berfahaman Maliki dan Hanafi.

Sunday, January 1, 2012

selamat tahun baru 2012..



assalamualaikum w.b.t
alhamdulillah sampai sudah kite ke tahun baru 2012 ni...pelbagai kenangan dan memori pada tahun 2011 yang meninggalkan kite .....sarat dengan peristiwa suka dan duka sepanjang hidup kite pada tahun 2011 diharap dpt mematangkan pemikiran kite untk menjadi hamba Allah yang lebih taat dan patuh kepadaNya.,,semoga di awal tahun baru ini..segala azam dan keinginan kite dpt dicapai...utk ak pula memori silam 2011 x akan dpt ak lupakan sebagai bekalan utk menghadapi hari yg lebih mencabar pada tahun 2012...azam tahun nie utk jd insan yang lebih cemerlang utk bangsa dan agama...nak tingkatkan amal dan iman sebagai bekalan utk akhirat...x lupa jugak dpt grad utk dpt degree kt ukm ni..insyallah moga dipermudah...dan dpt pekerjaan yg baik...kepada mak dan abah terima kasih kerana telah mendidik ak hingga berjaya sampai ke menara gading..sy sayang mak dan abah!
kepada kwn2...selamat tahun baru 2012...same2 kite berubah kearah lebih baik sebagai khalifah dimukabumi nie..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...