My followers

Sunday, March 27, 2011

Trip to Tg.malim perak

pengalaman pergi ke teratak River view,tg. malim ,Perak mmg x dpt dilupakan...program nie anjuran kelab biotech ukm...sebab ak kos nie..hehe...aktiviti dy mmg menarik...ad nightwalk,then explorace+rentas halangan yg mencabar...kami kne mandi lumpur dan guling2...mmg best giler...haha...mula2 cm down dan geli nk masuk..tp last2 layan jela...pak cik yg handle rentas halangan 2 nama dy pakcik hakim...mmg kejam..suka buli org kot..haha...abes semua peserta dan ajk sekali kne mandi lumpur..haha...mcm askar dh ak tgk...mmg enjoy...then ad nightwalk mlm 2...kami dibawa berjalan mlm....merentasi dusun2 dan hutan ckit,...lalu ank2 sungai...hehe..mmg best..penat gakla..mana tak..3 jam berjln kot...mlm plak 2...ak tgk pompuan semua dh sesak nafas..haha...then pg ahad 2 kami ad water tiubing..main2 air la..mmg lawa la tempat dy...huhu...tp byk batu gak...yg best air sungai dy deras...terbaik!!...nielah serba ckit cter ak g perak...=)



Wednesday, March 23, 2011

wahai remaja

Usia tahun ini sudah mencecah 15, 18, 20, atau 25 tahun. Usia remaja setahun jagung ini menandakan tempoh permulaan buat semua pejuang-pejuang agama bagi mematangkan fikiran supaya Islam tidak layak dipijak dan dihina oleh Yahudi dan Nasrani.Takbir ! Maka, tibalah tahap yang amat mencabar, di mana di sinilah permulaannya, iman kita akan dibentuk dengan akidah dan akhlak digauli dengan ramuan ibadah beserta bi'ah yang solehah.

Wahai remaja ,
bukan ini masanya untuk kita mencari teman hidup yang difikirkan sesuai.Asyik diifikirkan, difikirkan dan difikirkan lagi. Waktu ini syaitan dan iblis menyolek muka dan mata kita supaya tertarik kepada anugerah kecantikan dan kecomelan makhluk ciptaan Tuhan. Masa ini nafsu menyuruh kita supaya melakukan sesuatu perkara yang membolehkan kita mendapat perhatian dan pujian.Terampil mengoda bergaya!

Sedang Yusuf yang digoda oleh Zulaikha yang menggoda pun tidak langsung tertarik hatinya untuk melakukan zina. Inikan kita yang bertaraf hamba yang hina. Rata-rata melakukan ibadah untuk mengharapkan pujian dan perhatian, mahu dianggap baik, sopan dan soleh, bukan mengharapkan pahala dan perhatian Tuhan. Rata-rata melakukan kebaikan supaya dipandang bagus bukannya mencari redha Allah.






Syaitan dan Nafsu bergembira atas tindakan kita yang mengacau puteri-puteri islam yang manis dan mengurat putera-putera islam yang segak. Syaitan dan Nafsu juga tentu sedang bergembira atas kejayaan mereka menyelimuti kita supaya tidak bangun menunaikan solat Subuh berjemaah apatahlag bangun bertahajud di hamparan sejadah Qiamulail. Syaitan dan Nafsu juga amat gembira apabila melihat Rumah Allah dibunyikan di dalamnya rancak nada dering telefon bimbit, umpatan-umpatan serta perkataan-perkataan komunikasi yang merugikan masa dan membuang erti kata sebenar iktikaf .

Wahai remaja ,
kita mesti menyedari bahawasanya kita sebenarnya sedang menempuh lautan yang berombak dan bergelora saat ini. Sudah tiba masanya untuk menaikkan layar supaya kita tidak tenggelam hanyut dibawa oleh fitnah dunia. Sudah tiba masanya untuk berlayar lebih jauh dengan kapal TAKWA dan layar IMAN untuk mencari pelabuhan REDHA (Mardhatillah). Sudah tiba masanya merebut dan menjala ikan-ikan PAHALA bukannya merelakan diri ditelan dengan jerung DOSA dan badai NERAKA. Sedarkah kita ?

Adakah 'buaya-friend' dan 'gila-friend' wajib menjadi sesuatu yang dominan dalam kehidupan setiap yang bergelar remaja ? Bagaimana dengan status remaja islam ? Sememangnya wajib memilikinya seorang sat atau maksimun 4 atau bersilih ganti ? atau status mencari pengalaman di alam remaja ? Jawapannya sudah tentu sekali TIDAK !

Mengapa ? Salahkah bercinta ? Cuma setakat hendak berkenalan dengan lebih intim ? Bukannya sampai berpegangan tangan ataupun bercium-ciuman pun ? Kita dah besarlah, bukan budak-budak , semuanya BOLEH !





Bukan begitu wahai remaja,
Islam tidak menghalang benih-benih cinta ditanam di setiap hati insan bergelar muslim. Namun sekarang kita adalah MASIH REMAJA. Amanah yang diberikan bukannya disuruh menghampiri zina. Tetapi berusaha, belajar, berdakwah dan beribadah sehingga berjaya. Fokus matlamat kehidupan sebenar di alam akhirat nanti. Kenapa mengizinkan diri terus hanyut dalam noda dunia yang penuh sengketa dan pura-pura ?

Masanya sudah tiba, ayuh kita bangkit wahai remaja-remaja islam, kita berjuang sehingga Masjidil Aqsa dibebaskan. Kita berjuang sehingga fitnah Dajjal dapat kita tewaskan. Kita memerdekakan jiwa kita yang dibelenggu musuh nyata. Kita melawan hawa nafsu dengan penuh kesabaran, hingga dapat menjadi penghuni syurga yang penuh dengan kenikmatan. Janji Allah itu pasti !




Bukannya kita perlu mencari publisiti murahan. Dengan mengacau dan mengorat makhluk comel dan kacak ciptaan Tuhan. Menjaja perasaan indah gelora Uda dan Dara. Bukannya dengan meninggalkan sunnah yang nabi wariskan. Bukan dengan membiarkan alasan murahan terus menghasut ; diri masih belum dapat hidayah, diri tidak bersedia ataupun sebenarnya diri MALAS melakukannya. Bukan dengan mengambil remeh dan memandang enteng kepada ibadat dan amalan yang dilakukan.
 Bukan dengan meninggalkan Al-Quran, Kitab suci yang dipelihara kesucian zaman-berzaman.Acuh tidak acuh mentaati Tuhan ? Macamlah yakin dan pasti sangat dapat ke syurga seperti Saidina Uthman bin Affan !

Wahai remaja,
kita seringkali mengeluh dan marah apabila kita diaibkan di khalayak ramai. Tidakkah kita terfikir, kita sedang dan akan malu mengaibkan diri sendiri di depan Allah dan di tepi malaikat. Ayuh celiklah, sedarlah dan bangunlah memperjuangkan Islam. Teruskan perjuangan sehingga nyawa bercerai dengan badan.






Carilah ilmu dan perangi godaan hawa nafsu.
Kata mahu Islam maju tetapi masih malas baca buku !

Wahai remaja,
Ini bukan hanya peringatan. Ambil jadikan pedoman. Jadilah remaja cemerlang yang beriman. Bukan sampah masyarakat yang tidur di laluan najis buangan.




Ayuh berjuang demi maruah remaja ISLAM dan generasi MUSLIM sedunia !


"Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,supaya kamu jangan menyembah Syaitan! Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagi kamu.Dan(Aku perintahkan): Hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. Dan sesungguhnya Syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; (setelah kamu mengetahui akibat mereka)maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf ? "  Yaasin : 60-62

Monday, March 21, 2011

cinta sejati..


Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

siapa lah ak...

alhamdulillah...tamat sudah latihan tempatan palapes sem nie...rase lega jer semua selamat..yg penting ak x ad miss latihan..haha...mmg terbaik...x lame lg ak nak naik senior plak...waa pas 2 comission..sekejap jer duduk kat u nie...pejam celik dh 3 tahun...byk gak dugaan time blaja nie...tp time stdy niela kite akn igt dan rindu apabila dikenang balik...time kite tua dan bekerja nanti..setiap manusia mmg diuji ngan pelbagai cabaran dan masalah..lumrah la 2...ak rase beruntung sgt dpt smbung blaja kt u nie..bykla ak dpt...selain join palapes...ak dpt blaja byk perkara..dari segi membina keyakinanan diri,pemnatapan disiplin dan akhlak...serta join aktiviti universiti...mmg enjoy duduk kt u nie walaopn keje byk....kos yg ak amek pon okla..kwn2 pon sporting dan friendly...huhu..tibe2 nk coret2 pasal kehidupan ak kat u nie...mmg byk perkara yg berlaku sepanjang ak blaja nie...sejak dari sek dulu....rindu kt cikgu2 sek...terigt time kt samura dulu..kwn2 lame...mmg rindu semua...huhu..touching la plak...emm biasala tiap pertemuan ad perpisahan...ape yg baik kite amek yg buruk kite buang jauh2....hidup ini hanya sementara sebagai bekalan untuk berjumpa ALLAH..selagi mana kite hidup kite kne taat dan beribadat kepadanya...sejauh mana amalan kite...fikir2kanlah...ak hidup amek degree kt ukm nie pon sebab dulu ak cemerlang kt sek. boleh la dpt masuk ukm...x la hebat mana...ak aktif sukan gak...emm then join palapes dpt gak join army nie...dpt pengalaman ketenteraan ckit...huhu...yg penting bagus mana pon kite tp ad lg yg bagus dan lebih berkuasa...sentiasa igt diri nie..yg serba kekurangan...." )

Wednesday, March 16, 2011

hari tentera darat ke-78

LamE  ak x tulis blog nie...emm mls nak tulis sbenarnya..haha...on9 rjin plak...emm ak nk update ape ek>? emm nk citer ckitla pasai ak g lawatan hari tentera darat ke -78...emm time 2 hari ahad...kitorang bertolak dari ukm ke dataran merdeka...nie under palapes sebab ak join palapes...dptla tgk...kalo x mmg x dpt..mmg byk la kitorang dpt tgk rejimen askar malaysia..ad byk...dari segi kenderaan perang,senjata  dan mcm2la.....emm mmg best g sana tp letihla tgk mcm2 kenderaan ad...haha..sabar jela...tp paling best tgk aksi gerup gerak khas selamatkan tawanan dan lawan pengganas..mmg gempar.!!..haha..then ad aksi payung terjun dari jarak ketinggian 4000 kaki..mmg terbaikla...para dan gerak khas...teringin nk jd cm 2...best tp cuak!! tinggi 2 terjun dari heli....haha...


pancaragam



ak dan kwn2....


perbarisan



Tuesday, March 1, 2011

cm busy..

lame x update blog ak nie...agk busy la sejak akhir2 nie...haha..ad test midsem dan report ..kelas byk plak 2....huhu..lg satu mls nk update sebenarnya....emm nk tulis ape ek? emmm sebebnarnya nk citer ape ak bulan bulan feb nie..mcm2 ak join...haha...start ngan program banjir kt johor...kg.kundang ulu...ramai yg join...aktiviti nie..under unit kebajikan pelajar...dengan kerjasama,palapes permaj dan fakulti sosial...start hari jumaat then abis ahad...igt dtg sana nk jln2...haha...tgk2 kne wat kejer...basuh tingkap,lantai,umah,balairaya,masjid dan sekolah...haha...duk main air dan bykla lg....tp yg best dpt masuk paper berita harian....x caya xpela....then AD AKTIVITI kolej....masuk tempur tanpa senjata..kne at persembahan time perasmian..tiap mlm kne berlatih...haha..mmg penat...x sempt nak wat keje lain..balik terus tido..alhamdulillah semua dh lepas....time tts 2...ad lompat gelung dan pemusnahan..mmg best...dpt gak pengalaman...haha...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...